MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, December 20, 2012

HAKIKAT ALAM JIN

Hardy Boy : Maaf kerana tidak sempat update beberapa minggu ini atas faktor kekangan masa ekoran komitmen dgn beberapa tugasan di tempat kerja. (Macam biasalah, biasanya saya akan update & share ilmu sekurang-kurangnya seminggu sekali..). Beberapa hari lagi, saya akan kembali ke kampung halaman, bercuti sehingga 1 Jan 2013. 

 Kali ini saya tertarik utk share tentang Hakikat Alam Jin yang sering menjadi misteri di dalam kalangan masyarakat kita. Sebenarnya, alam jin ini cukup unik tidak dapat difikirkan oleh akal manusia & telah sedia tertulis di dalam Al-Quran. Betapa Hebatnya Ciptaan Allah & Kitab Suci Al-Quran....

Beberapa pengalaman saya termasuklah semasa mengikuti perawat merawat pesakit sebelum ini memberikan saya sedikit ilmu tentang jin ini....

 

 -------------------------------------------------------------------------------

Hakikat Alam Jin (tawwakkal.blogspot.com)

Firman Allah swt yang bermaksud,
Dan sesungguhnya kami ciptakan manusia dari tanah liat kering yang berasal dari Lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan kami ciptakan jin sebelum adam dari api yang sangat panas.
(Al-hijr:26-27)



Firman Allah swt yang bermaksud,
“Dan aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya melakukan amal ibadat kepada ku”


(Adz-Dzariyat:56)



“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan daripada kalangan lelaki jin,maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
(Al-jin:6)



Sabda Rasullullah saw:
“Jin itu terdapat tiga golongan,satu golongan berterbangan,satu golongan berbentuk ular dan anjing,dan satu lagi berdiam ditempat dan berpindah-pindah”
(HR-Al-hakim)



Firman Allah swt yang bermaksud,
“Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”

(Al-A,raf:27)



Firman Allah swt yang bermaksud,
“Semua yang ada dibumi itu akan binasa.Dan tetap kekel zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”


(Ar-Rahman:26-28)



Sabda rasullullah saw yang bermaksud,
“Aku berlindung dengan kemuliaanMu.tiada tuhan kecuali engkau yang tidak mati sedangkan manusia dan jin itu mati”
(HR-Bukhari)

Maha suci Allah yang menjadikan segala kejadian dialam maya ini termasuk sekelian makhluk termasuklah makhluk yang bernama jin.Marilah kita renungkan bersama tentang kebesaran maha pencipta dan apakah kaitan makhluk ini dengan manusia dan akibat serta kesan kepada kita.







ASAL USUL KEJADIAN JIN.
Menceritakan akan asal kejadian jin ini adalah berbagai pendapat tentang terciptanya makhluk ini,namun tidak satu pun terdapat dalil masa terciptanya samada dari kitab dan sunah rasullullah SAW.pendapat mengatakan bahawa jin telah diciptakan oleh Allah sebelum Adam.



Seperti yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Basyar Al-Qorsyi dalam kitab Al-Mabda dari Abdillah bin Amr bin Asy berkata bahawa “Allah swt menciptakan anak cucu jin sebelum terciptanya Adam dalam jarak masa 2000 tahun.namun ada pendapat yang mengatakan hanya 40 tahun.



Bagaimana pun segala pendapat amat sesuai dengan keterangan firman Allah swt dalam surah Al-Hijr ayat 26-27.


BAHAN KEJADIAN DAN ALAMNYA.
Allah menciptakan jin itu dari pada api yang sangat panas dan Rasulullah SAW telah bersabda “Malaikat itu diciptakan daripada cahaya,jin diciptakan daripada api yang menyala sedangkan manusia diciptakan dari tanah yang dijadikan bentuk sifat”



Perbezaan alam yang tidak diragukan dengan manusia,dimana ada persamaan kehidupan seperti mereka ini perlukan makan dan minum,berkahwin ,beranak pinak dan juga kematian.kelebihan yang diberikan Allah kepada makhluk ini adalah tidak dapat dilihat dan boleh menjelma dan merubah bentuk dalam pelbagai keadaan.

Di dalam hal yang demikian,terdapat segolongan manusia yang berbeza pendapat dengan keberadaan makhluk ghaib ini dan menolak terus kepercayaan ada tidaknya masyarakat jin kerana hijap mata kita sebagai manusia tidak dibuka untuk melihat mereka namun bagi mereka yang mendalami keadaan tersebut akan terkadangkalanya merasai kehadiran makhluk jin tersebut.persoalannya mengapakah Allah menciptakan bulu roma,adalah salah satu sebab merasakan akan adanya makhluk itu dan kehadirannya.

Ketetapan alam jin adalah ghaib dan dimanakah tempat tinggal mereka?.Sabda Rasullullah”jin itu terdapat tiga golongan,satu golongan yang berterbangan diudara,dua golongan yang berbentuk ular dan anjing dan ketiga yang berdiam ditempat dan berpindah”.Kebiasaan jin ini mempunyai tempat kesukaan mereka terutama di pasar,ditempat yang kotor seperti tandas,tempat hiburan khususnya tempat yang dilarang oleh agama islam.

SIAPAKAH JIN DAN APAKAH JIN BERJASAD
Makhluk jin ini adalah berbeza daripada malaikat dan terdapat beberapa persamaannya dengan manusia seperti berakal,merdeka,dapat membezakan atau memilih diantara yang baik dan yang salah.

Makhluk jin ini pada istilahnya berbeza prinsipnya dengan manusia tetapi mereka juga ada yang islam dan taat kepada Allah serta ada yang kufur serta bersekongkol dengan iblis.

Sehubungan dengan persoalan adakah jin itu berjasad,perbezaan pendapat dalam hal tersebut dimana jin itu tidak berjasad tetapi boleh merubah rupa bentuk keadaan mereka kepada menjadi jasad dalam bentuk jelmaan,namun pada prinsipnya jin itu mempunyai jasad yang halus bagaikan udara dan tidak diperlihatkan ketebalannya sehingga dapat dilihat oleh manusia,dengan itu jin itu dapat masuk kedalam liang roma anak Adam dan memfokuskan kesistem akal manusia supaya setiap perwatakan manusia yang dirasuk jin melakukan dan mengeluarkan perkataan tanpa sedar.

Jin itu jaga diberi keistimewaan oleh Allah dalam merubah bentuk jasad mereka seperti binatang dan manusia contohnya anjing,ular,burung,kuda,kambing atau binatang berbisa lain.

Makhluk jin itu juga mempunyai kemungkinan kekuatan seperti contoh bergerak dengan cepat dan yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman as,jin yang bernama ifrit dapat memindahkan singgahsana kerajaan Yaman ke Baitul Maqdis dalam masa yang singkat.

APAKAH JIN MEMPUNYAI KERAJAAN DAN NAMA MENTERI SERTA DIMANAKAH ARSY MEREKA.
Makhluk jin dan iblis itu mempunyai kerajaan mereka sendiri dan mempunyai menteri serta nama-nama tersendiri dan mengadakan peracangan untuk menghacurkan manusia.Iblis telah meminta kepada Allah penagguhan dan kesempatan sehingga hari kiamat supaya mereka dapat menyusun langkah dan strategi dalam melemahkan dan memesongkan umat manusia supaya bersama-sama masuk dan dihumban ke neraka jahanam.


Firman Allah yang bermaksud:”Iblis menjawab;berilah tangguh kepada aku sehingga mereka dibangkitkan.Allah berfirman;”sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”
(Al-A,raf:14-15)


Pemerintah jin yang teragung adalah iblis,dialah yang akan mengarahkan bala tenteranya yang tergolong dalam golongan jin dan syaitan melaksanakan segala penyusunan rancangan untuk memesongkan iman manusia supaya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.


Waktu yang amat disukai mereka dalam menjalankan menghasut keatas manusia adalah pada waktu malam.


Bahawasanya Rsullullah SAW telah bersabda:Apabila terdapat sebahagian malam atau pada waktu malam,hendaklah kamu menahan anak-anakmu,sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu”.


Iblis adalah raja kepada pemerintah syaitan dan jin,diantara nama-nama dan jenis jin adalah;



1. Jin ifrit – yang mempunyai kekuatan dan penipu.
2. Syaitan – para syaitan.
3. Al-maraddah – peragu-peragu.
4. Al-tayaaruun – yang berterbangan.
5. Al-a,waan – para pelayan-pelayan.
6. At-tawaabi – para pengikut.
7. Al-ghawaasuun – para penyelam.
8. Al-Qurana – pengawan-pengawan.
9. Al-ummaar – pemakmur.


Antara pemimpin dan kerajaannya.
Antaranya kerajaan jin yang paling jahat iaitu Ifrit.
1. Thamrith.
2. Munaliq.
3. Shugal.
4. Hadlabaajin.
( mempunyai kerajaan yang besar dan pernah menjadi menteri kepada nabi Sulaiman as.)



Raja jin kafir alam bawah.
1. Ahmar.
2. Burkhan.
3. Mazhab.
4. Marrah.
5. Syamsyurash.
6. Zubai,ah.
7. Maimon.
8. Jana.
9. Amirun.
10. Arwah.


Diantara anak-anak Iblis yang juga mempunyai kerajaan yang besar adalah.
1. Thubar – ditugaskan merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala bencana supaya umat manusia dapat melakukan perkara buruk dan memalingkan keimanan serta kerasukkan.


2. Daasim – ditugaskan supaya marasuk manusia untuk menggagalkan keharmonian rumahtangga,silaturrahim dan para jemaah serta kekeluargaan.



3. Al-Awar – menggalakkan manusia membuat maksiat dan zina,minum arak,liwat dan berjudi.



4. Zalanbur – merasuk manusia supaya berperang dan berbunuhan.

Adalah diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Jabir berkata; Rasullullah SAW bersabda:”Sesungguhnya iblis itu meletakkan arsynya di atas air,kemudian dia mengutusksn tenteranya dan yang paling dekat mereka dari kedudukan keagungannya adalah fitnah,salah satu dari mereka datang seraya berkata “Aku telah kerjakan itu dan ini.Kemudian dia berkata “Apa yang telah engkau perbuat tentang sesuatu,ia menjawab. “Tidak aku tinggalkan kepadanya (manusia) sehingga aku boleh memisahkan antara dia dan keluarganya,lalu ada yang berkata: “Hendaklah engkau mendekatkan dirinya.atau ada yang berkata lagi “tetapkanlah saja dia”lalu ia berkata: “Betul engkau.”




KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.



Mungkin syaitan ataupun jin???

TAAADDDA....!!!!......rupe2nye makhluk ni dibuat drpd plastik jek...
Toyol - hantu kanak-kanak bogel

Pelesit - dipelihara manusia
 
Hantu air - dalam air

Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian kot???
 

Hantu kubur
Pari-pari
Hantu galah


Jin Tanah
Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

Hantu Kum-Kum

Puaka
HANTU PENANGGAL KUALA KANGSAR

Penanggalan


Hantu bidai

Jembalang tanah

Hantu Penanggalan


kredit to : syuxermelankolia.blogspot.com


LAGI GAMBAR HANTU

KREDIT KEPADA TUAN BLOG >>> syahmielias.blogspot.com
------------------------------------------------------------




 













 
























 











 





 


SEJAUH MANAKAH KEBENARAN GAMBAR-GAMBAR DI ATAS, BERSAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN. APA YANG PASTI, KUASA MAKHLUK TIDAK AKAN DAPAT MENGATASI KEKUASAAN YANG MAHA PENCIPTA (^_^)



----------------------------------------------------------------






update :

HARDY BOY - Seram - Entiti Yang Tidak Dikenali Yang Berjaya Kamera Aku Rakam
 Bagi membongkar kejadian pocong yang aku temui pada tahun lepas (sila baca entry ini penampakan-pocong-di-highway-airport), aku pun menjalankan siasatan mengkaji lokasi kejadian dengan lebih dekat dengan capture beberapa gambar di sekitar lokasi kejadian.
HASILNYA, kamera aku berjaya merakam sebuah objek (seakan makhluk halus) yang berjaya dirakam di sebuah tanah perkuburan lama semasa maghrib. Yang peliknya, semasa kejadian aku xdpt lihat dengan mata kasar. Objek tersebut tidak dirakam dalam gambar-gambar yang lain. Dah puas aku zoom in, zoom out tapi masih xdapat mengesan jika terdapat perkara lain yang mencurigakan yang menjadi faktor entiti tersebut (dalam istilah lain, hantu) berjaya dirakam. 

Jika ada yang mempunyai teknologi yang lebih tinggi atau lebih pakar, maybe boleh menerangkan adakah objek tersebut merupakan makhluk halus yang berjaya dirakam atau gambar tersebut mempunyai alasan logik yang lain. Wallahualam...
(Sewaktu merakam gambar di perkuburan tersebut, saya sempat "memberitahu" kepada "mereka" bahawa niat saya baik, bukan untuk mengganggu mereka. Yelah, manela tau kalau-kalau ade kelompok jin yang menghuni di kawasan tue.hihihi...).

(Sila klik untuk besarkan gambar)
Hantu Kubur - Bila aku tengok hantu nie, teringat aku kepada crita movie dalam Citer P-Ramlee, Pendekar Bujang Lapok sbb ade iras-iras macam hantu kubur dalam citer tu...
 


No comments:

Post a Comment