MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, June 21, 2013

CINTA

SALAHKAH BERCINTA???
~ENCIK HADI MENJAWAB~



Komen yang saya terima drp entry >>> TIPS BERCINTA CARA ISLAM

Pelawat yang memohon pandangan saya:

Assalamualaikum Ustaz. Saya 'respect' dengan pandangan Ustaz.
Saya ingin mendapatkan pandangan Ustaz tentang situasi yang sedang saya hadapi. Malu betul saya nak cerita. Saya sudah setahun lebih berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya (19 tahun). Sejak kami berkenalan, kami belum pernah bersemuka kerana kami belajar di tempat yang berasingan. Saya baru tamat program asasi dan dia sedang mengambil diploma. Kami berasal dari sekolah yang sama tetapi masa sekolah kami belum berkenalan. Tamat sahaja zaman sekolah kami berbual di laman facebook. Saya suka dengan cara perbualannya yang cukup sopan. Dia sekali pun tidak pernah menelefon saya untuk mendengar suara saya. Kami sering berhubung melalui sms. Seboleh-bolehnya kami berusaha bercakap mengenai perkara yang berfaedah. Saya suka bertukar fikiran dengannya. Dengan berbual mengenai isu semasa dan agama, saya dapat tahu yang dia seorang yang matang juga. Apa-apa pun kami cuba bersederhana. Bila kami masing-masing jadual mingguan penuh dengan kuliah, kami akan berbual melalui sms di hujung minggu sahaja. Kami jadi tempat mengadu masalah belajar dan masalah biasa. Baru-baru ini pula, dia telah melafazkan cintanya terhadap saya. Dia tidak minta apa-apa, cuma sekiranya saya ada perasaan yang sama terhadapnya sudah memadai baginya. Memang itulah perasaan saya secara jujurnya. Sepanjang kami berhubung saya selalu bagi ibu saya membaca mesej kami kerana saya tahu dia berhak menegur segala kesilapan saya. Saya amat rapat dengan ibu saya. Ibu saya pun sudah pasti yang lelaki itu suka pada saya. Tetapi saya belum bersedia untuk ibu saya mengetahui perasaan saya pula. Perlukah saya beritahu dengan segera? Saya bimbang kerana ibu saya mempercayai saya tidak akan jatuh cinta dengan dia. Tapi perkara itu tetap berlaku, kemungkinan ibu akan kecewa dengan saya. Walaupun saya dan lelaki tersebut belajar di tempat berasingan kami cukup rapat. Saya dapat mengenalinya dengan lebih dalam.Kami saling mendoakan agar satu hari kami dapat belajar di tempat yang sama. Apabila saya berkawan dengan dia, saya jadi tidak ingin memandang lelaki lain dan kami semakin menjaga pandangan mata kami. Sedangkan kami. tidak ada apa2 hubungan. Dia sering mengambil berat tentang saya. Sekiranya saya sakit, dia jadi risau. Saya akui, zina hati itu kadang-kala datang mengusik hati. Itulah yang merisaukan. Itu telah menjadi sebagai 'push' untuk kami mendekati Allah. Bila berjauhan (dia luar negara) kami amat rindu-merindui. Saya doakan dia, dia pun doakan saya agar kami tidak melampaui batas dan Allah tidak murka. Saya sayangkan dia kerana personalitinya. Dia pernah juga kata yang dia rindu akan saya, tetapi saya berterus terang bahawa apabila perempuan mendengar kata-kata itu dia akan jadi tidak seimbang, perempuan ada 9 nafsu. Dia dapat terima kata-kata saya dan dia meminta maaf. Saya cuma ingin dia faham. Adakah kami sedang bercinta Ustaz? Secara teorinya kami sedang berusaha mendapatkan sesuatu yang halal. Saya harap saya tidak melampaui batas. Ustaz tegurlah mana-mana kesilapan saya ye? Dan saya hargai sangat kalau Ustaz bagi cadangan. Terima kasih banyak-banyak



-----------------------------------------------------------------------------

Encik Hadi Menjawab :



Salam,
terima kasih kepada saudari kerana sudi berkongsi kisah saudari. Bagi pendapat saya, perhubungan anda berdua lebih kepada perhubungan sebagai sahabat atau kawan biasa dan bukannya sebagai kekasih (itulah seharusnya yang berlaku dalam perhubungan jika ingin perhubungan itu berlangsung sebagai suami isteri dan diberkati Allah, bukannnya bercinta bagaikan pasangan kekasih. Masing-masing perlu saling menjaga perhubungan tersebut berdasarkan batas pergaulan dan menjauhi daripada sebarang perkara/perbuatan yang menghampiri perkara yang ditegah Allah, zina mahupun maksiat....

Perhubungan saudari juga boleh saya umpamakan masih dalam proses "taaruf" saling berkenalan (berkawan), untuk mengenali sama ada lelaki tersebut sama ada dia sesuai untuk dijadikan bakal suami nanti(perbuatan tersebut tidak tidak salah selagi ianya menjaga batas dan mengikut syariat Islam dan ianya tidak sewajarnya berlanjutan lebih daripada itu).

Saya jangkakan juga mungkin saudari akan mengambil masa 3-5 tahun lagi untuk saudari mendirikan rumahtangga dengan mana-mana calon suami yang sesuai setelah membina kerjaya nanti(demi masa depan yang lebih cerah), dan mungkin berdasarkan keadaan saudari ketika ini,masih terlalu awal untuk saudari mendirikan rumahtangga. Di sebabkan tempoh yang lama tersebut, tidak salah jika perhubungan saudari dan lelaki tersebut adalah atas dasar kawan biasa bukannya atas "tiket pasangan kekasih".
Perasaan "cinta" tersebut adalah kurniaan Ilahi tetapi ianya perlu dikawal supaya perasaan tersebut tidak melarat daripada menjurus kepada perbuatan yang menghampiri kemaksiatan dan campak jauh-jauh "benih hawa nafsu" jika benih tersebut mula mahu bersarang di hati..
Untuk membina sebuah rumahtangga juga, ianya bukan sesuatu yang remeh dibina begitu sahaja tanpa persediaan dan perancangan yang teliti, asas kepada rumahtangga perlu kukuh termasuklah aspek ekonomi(kerana dunia pada masa kini hampir segala-galanya memerlukan sumber kewangan), membina kematangan diri, penuhkan ilmu rumahtangga dan ILMU Agama (ianya sememangnya mengambil masa yang lama, berperingkat-peringkat bukannya dapat dipelajari 2-3 hari sebelum nak kahwin dan adakalanya ianya diperolehi melalui pengalaman diri). BAGAIMANA PULA NAK KAHWIN TETAPI ASAS UNTUK BINA RUMAHTANGGA PUN TAK KUKUH??? Untuk situasi ini, berusahalah kukuhkan asas tersebut, umpama juruterbang nak terbangkan kapal terbang, ilmu teori dan pengalaman semasa proses belajar kena cukup bersedia, ada ujian kena dilalui untuk menentukan sudah bersedia atau belum. Kalau ujian dan persediaan pun tak cukup, berkemungkinan besar terhempaslah kapal terbang tersebut.

Perhubungan saudari dan lelaki tersebut (sambil menunggu untuk menamatkan pengajian, sebelum masing-masing mendapatkan pekerjaan yang terbaik dengan pendapatan yang stabil/mencukupi, mengumpul kewangan yang mencukupi untuk persediaan mendirikan perkahwinan dan sebagai bekalan selepas rumahtangga didirikan nanti kerana di dalam alam rumahtangga seorang suami seharusnya stabil daripada segi 3 "KUNCI" iaitu mempunyai Kunci Pejabat, Kunci Rumah dan Kunci Kereta disamping cukup kesihatan mental dan fizikal, cukup ILMU AGAMA dan ILMU Rumahtangga serta CUKUP MATANG untuk mendirikan rumahtangga kerana setiap faktor diatas penting perlu ada jika rumahtangga ingin didirikan...). Untuk Bakal Isteri, saya nasihatkan agar mendapatkan pekerjaan yang stabil terlebih dahulu selepas tamat pengajian supaya dapat mengumpul kewangan yang mencukupi semasa dan selepas Majlis Perkahwinan nanti(takkan dah dewasa dan mampu bekerja dengan pendapat yang lumayan pun masih nak bergantung kepada sumber kewangan mak ayah lagi kot, bila lagi nak bantu ibu bapa, kalau sudah jodoh tidak ke mana, tetapi jodoh tersebut juga tidak perlu dikejar secara semberono sahaja main serkap jarang kemudiannya serkap jarang sapa-sapa yang dapat untuk diajak kahwin, "bertawakkal" tanpa usaha dan doa yang cukup...).. Jika sebelum berkahwin, si isteri sudah menjawat jawatan dalam pekerjaan dengan pendapatan yang stabil, ianya merupakan satu bonus dan insyaAllah menjamin kehidupan isteri dan anak-anak jika ditakdirkan tiba-tiba suatu hari nanti sesuatu kecelakaan terjadi kepada suami nanti. Di era yang semakin moden ini, memang saya akui pihak swasta lebih memilih yang berstatus bujang untuk bekerja dengan mereka berbanding yang telah berkahwin (melainkan jika wanita yang berstatus berkahwin mempunyai kelebihan yang jauh lebih tinggi berbanding wanita bujang)...
Berpada-padalah ketika berhubung dengan mana-mana lelaki, tidak salah jika anda berhubung dengan sms, facebook dan sebagainya asalkan mengikut batas pergaulan dan menjauhi apa yang DIHARAMKAN...
Untuk mengenali seorang lelaki memang ianya juga mengambil masa bertahun-tahun (kerana jika ada sebarang sikap buruk, lambat laun ianya juga akan terbongkar, mana mungkin seorang manusia itu mampu bersikap hipokrit terhadap bakal pasangannya dalam tempoh yang lama, selalulah berdoa agar Allah menemukan anda dengan jodoh yang terbaik dan sesuai dengan anda dan mohon kepada Allah, solat hajat dan istikarah mohon Allah tunjukkan kepada anda petunjuk adakah lelaki yang anda kenali itu adakah jodoh anda yang paling sesuai).
Jodoh seorang Hamba Allah sebenarnya bukan satu, adakalanya Allah kurniakan beberapa jodoh untuk dipilih. Sering kali, ada pengantin yang telah berkahwin seharian, tak sampai sebulan dah bercerai, antaranya disebabkan mungkin perempuan tersebut tersilap memilih jodoh, yang tu belum kira lagi isteri yang dijadikan suami sebagai "punching bag" tempat melepaskan geram suami yang tidak bertanggungjawab(mungkin sebelum kahwin wanita tersebut main serkap jarang memilih suami tanpa menyelidik dan mengenali sedalam-dalamnya sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut. Yang penting berusaha semaksimum mungkin, berdoa sebanyak-banyanya kepada Allah sebelum disusuli dengan bertawakkal kepada Allah, bukan hanya bertawakkal semata-mata dan menyerahkan diri kepada takdir). Memang diakui, lelaki lebih lambat matang berbanding seorang wanita, ada yang sudah berusia 25 tahun tapi masih berperangai macam "budak-budak" yang tidak matang... Jika lelaki tersebut belum matang lagi untuk berkahwin, berikan sedikit masa lagi kepadanya hinggalah dia bersedia....
Kesimpulannya, tidak salah jika saudari meneruskan berkawan dengan lelaki tersebut mahupun bertahun-tahun asalkan mengikut batas pergaulan yang Allah telah tetapkan.. Wallahualam...
(pandangan saya mungkin berbeza dengan indvidu lain, jadi dapatkan pandangan ramai lagi orang yang lebih arif untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik...)
 

1 comment:

  1. Blogger Template 2013 - new blogger premium template updated change your template themes thank you

    ReplyDelete