MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, June 13, 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

Petikan daripada buku Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita"
Pada Selasa lepas, lepas habis bengkel MQA di Putrajaya, saya ke stesen Bas, menanti bas untuk ke Kuantan pada pukul 10 pagi. Selepas tiba awal pada pukul 9.00 pagi selepas 40 minit perjalanan menaiki kereta, saya sabar menanti hingga pukul 10 menanti bas tiba. Tiba je tepat 9.50pagi, pihak Bas Transnational membuat pengumuman bas yang akan saya naiki mengalami kerosakan, juru kaunter dengan selamba bagitau "semua penumpang dikehendaki menukar tiket perjalanan ke waktu lain atau bayaran tiket RM25 akan dipulangkan" 

(sedikit geram kerana saya datang ke Klang bukan untuk melancong dan diatas urusan kerja. Dalam masa yang sama, 2 bas syarikat lain baru sahaja bertolak pada pukul 9.30 pagi, kalau bagitau awal-awal kan senang nak ditukar ke bas lain, memang sedikit marah dan geram).... 

Sambil bertenang seketika, saya menarik nafas sedalam-dalamnya berfikir seketika pilihan yang perlu diambil. Akhirnya saya buat keputusan menunggu di stesen bas tersebut menanti bas seterusnya pada pukul 5 ptg tersebut.


Buku Motivasi Islamik Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita"
Sambil berjalan-jalan, saya ternampak buku Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita" (sebenarnya saya memang suka membaca buku motivasi Islamik, selain ia untuk bahan ceramah motivasi saya, ia sebenarnya memotivasikan kita dalam masa yang sama), mungkin menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini tentang "UJIAN"  dan "Dugaan" kerana saya rasa saya perlukan suntikan motivasi (mungkin dengan jawapan tersebut, saya juga dapat membantu masyarakat lain untuk mereka mereka mencari jawapan kepada Persoalan yang sama...". Hingga pukul 5 ptg hingga bas sampai, saya "dipukau" untuk menghabiskan buku tersebut, isi kandungan amat padat dan berisi bermakna (tidak seperti sesetengah buku motivasi lain yang saya baca yang kadangkala isinya hambar apabila mula masuk ke bab pertengahan seolah penulis mula kekeringan idea, & ada juga yang tajuknya lebih "grand" berbanding isinya yang sebenar). Buku karangan Ustaz Kazim Elias ni padat dengan mesej yang cukup bermakna sama seperti kuliah yang disampaikan oleh beliau, cuma gaya persembahan sedikit berbeza, menarik dengan isi kandungan ilmu yang padat yang kadangkala menyentak kita daripada lamunan kita selama ini yang sering hanyut di dalam "zon selesa"... Adakalanya Ujian daripada Allah itu  merupakan teguran untuk kita apabila kita hampir terpesong daripada landasan-Nya... Adakalanya "UJIAN" datang untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Adakalanya Ujian datang untuk menggantikan sesuatu nikmat yang dipinjamkan kepada kita dengan nikmat yang lebih baik. Adakalanya UJIAN datang supaya kita lebih menghargai setiap peluang yang diberikan-Nya... Adakalanya UJIAN datang supaya kita sentiasa berdoa, lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya. Adakalanya UJIAN datang untuk mengelakkan diri kita jauh ter"sesat" dalam meneruskan perjalanan hidup... Adakalanya UJIAN datang supaya kita bersabar berdoa dan merayu kepadanya menanti DOA-DOA tersebut dimakbulkan-Nya. Adakalanya UJIAN datang untuk menaikkan kita ke martabat "dalam fasa kehidupan" yang lebih tinggi. UJIAN yang datang juga menjadikan diri kita lebih cekal, kuat dan matang meniti perjalanan hidup yang amat mencabar... AKHIRNYA KITA AKAN TEMUI BAHAWA SETIAP UJIAN YANG "DIKURNIAKAN-NYA" KEPADA KITA MERUPAKAN SATU NIKMAT DALAM MENJADIKAN HIDUP INI LEBIH MENYERONOKKAN DAN LEBIH BERMAKNA TIAP KALI DIUJI-NYA...

InsyaAllah pada masa akan datang saya akan share sedikit kupasan tentang buku ini, buku yang sangat menarik bagi saya, yang menyedarkan kembali kita daripada lamunan & keadaan sentiasa dibuai mimpi, bukan segala-Nya senang dan mudah diperolehi dalam di dalam hidup ini, ada usaha yang perlu dilakukan serta tidak menyerah bulat-bulat kepada Allah tanpa usaha yg setimpal. 
Buku ini bagi saya memang menarik kerana ia membawa kita bersama-sama memuhasabah diri menilai diri kita yang amat kerdil di sisi-Nya ini....
 





"Ya Allah, Jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku, Berikan aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah LEBIH BAIK daripada apa yang aku inginkan dan impikan.. KAU DAMAIKAN hatiku untuk menerima TAKDIRMU kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancanganMu yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku..
Amiin".. 

1 comment:

  1. Blogger Template 2013 - new blogger premium template updated change your template themes thank you

    ReplyDelete