Setiap Musim Bunga Taman Ini Ditenggelami Air Dan Mewujudkan Pengalaman Bawah Air Yang Mempesonakan
Setiap
tahun, sebuah taman di kaki bukit pergunungan Austria Hochschwab,
bertukar menjadi kolam besar dengan semua laluan pejalan kaki dan
bangku-bangku tenggelam di bawah air. “Jangan takut”, kata jurugambar
Marc Henauer, kerana ia bukan satu bencana. Sebaliknya ia satu fenomena
semula jadi yang luar biasa disebabkan oleh salji yang mencair yang
meningkatkan tahap ketinggian tasik pada musim bunga.
Juga, latar belakang yang sempurna untuk penggambaran bawah air yang luar biasa.
Setiap musim bunga taman ini bertukar dari trek berjalan ke tempat menyelam.
Terletak berhampiran perairan Grรผner See (Green Lake) yang berwarna zamrud, taman ini adalah tarikan pelancong sepanjang tahun.
Tetapi apabila salji di Gunung Hochschwab mula cair, semua trek, jambatan dan pokok mula tenggelam ke dunia bawah air.
Tahap
kedalaman tasik hanya 1-2 meter bagi kawasan seluas 2000 persegi meter.
Tetapi pada bulan Mei ia meningkat dengan cepat dan mencapai kedalaman
10-12 juga meliputi kawasan seluas 4000 persegi meter.
Menurut
jurugambar Marc Henauer, perasaan berada di sebuah taman bawah air
adalah ajaib dengan visibility luar biasa, sesuatu yang hanya terdapat
di laut tropika.
“Di
bawah air, kami merasakan magik. Matahari mewujudkan sinar cahaya yang
hebat apabila membelah air. Kemudian anda fikir ia adalah mimpi dan
berharap orang kerdil muncul,” kata Henauer.
Fenomena
menakjubkan ini berlangsung selama 3 hingga 4 minggu pada musim bunga,
namun, Henauer berkata mereka telah menghabiskan seminggu di lokasi
untuk merealisasikan siri foto ini.
Gambar luar biasa Henauer tentang Tasik Hijau di Austria ini telah
memenangi tempat ke-3 untuk pertandingan National
Geographic TRAVEL tahun 2014. Untuk melihat lebih banyak kerja-kerja
fotografi beliau , lihat halaman Facebook Marc Henauer atau layari laman web beliau.
Sumber: aplus
No comments:
Post a Comment