MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, December 09, 2015

Awas 23336 Celcom Trik Penjenayah Telco

Hati-hati Dengan Pencuri Licik Syarikat Telco



hati-hati dengan pencuri licik syarikat telco









https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzLxHYG1LN1gU6sWuo-gzru0J6Ui-utnr3VyZYAiOykCh3dRTyEb8woDqY4___ywohFiU-a5JttUZJsrJRdLNPwUAPN5IHIIA-e2vaETSDUxDe4WVXE2OwYPn_hEcK2tzdNEOs/s1600/jenayah+celcom.JPG

Teknik keji tipu daya bagaimana syarikat TELCO menyebabkan pengguna terpaksa bayar bil dengan khidmat SMS yang tidak dikehendaki. Tiada kaedah unsubcribe yang dinyatakan

ADUAN MANGSA PERTAMA

Saya pengguna setia celcom broadband dari tahun 2008 hingga kini (tahun 2014),
bila saya plugin modem stick ke slot usb, dan terkeluarlah pop up apps modem stick, ternampaklah simbol surat terkelip-kelip di hujung kotak bahagian bawah kiri pop up berkenaan seolah-olah memanggil dan menyuruh saya tengok isi kandungan tersebut dan tergerak hati nak baca mesej (spam message)


mesej berbunyi mcm nie:

Name: 

Number: 23336

Content: 

RM4 Ur Kitmania subscription has been successfully renewed. Chrgs:RM4/wk. To enjoy unltd games, click http://m.thecube.my/kitmania .To cancel,send STOP to 23336

Time: 13/08/2014 21:29:03





saya terus unsubscribe




Name: 

Number: 23336

Content: 

RM0 U have successfully unsubscribed to Kitmania on The Cube. For more fun games, visit http://m.thecube.my now!

Time: 14/08/2014 08:45:32




tanpa berlengah saya call customer service celcom nak dapatkan kepastian, tapi staff berkenaan gagal memberi sebarang maklumat mengenai syarikat tersebut (http://m.thecube.my/kitmania)

saya dapatkan maklumat dari link yang diberikan saya tertanya-tanya adakah link dari celcom?



customer service kata mungkin saya terklik link (auto subscribe), maksudnya kalau cara ini  datangnya dari telco berkenan, adalah satu taktik yang sangat jahat untuk mendapatkan wang dari pelanggan


ini dah di kategori mencuri duit customer bayangkan kalau saya tak baca mesej tersebut..entah berapa ratus malah beribu duit yang saya bazirkan untuk 'subscribe'service yang saya tak pernah subscribe

apa-apa utiliti bill saya akan bayar lebih dari amaun kebiasannya untuk memudahkan kerja saya dan dapat mengimbangi akaun pebelanjaan bulanan





so hati-hati kepada semua jangan abaikan message spam, baca dulu sebelum delete 


how to stop?

call the telco
and subscribe this service
Type STOP 23336 and send or Type STOP ALL 23336 and send
subscribe this service

Kredit to : /tipdantrikpower.blogspot.my


------------------------------------------------------------------------------------------------



ADUAN MANGSA KE-2
Caj tersembunyi Celcom - 'Salah' Pengguna???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCMlkhcy7PJBpw6ThQPcWliPLbPaq5RrkjtgkxAKOzIfw1JiFq-HVQAa9rIFixksrbg8uxaYySqFbB_31eYb7B2y6dAbARBNwxZ_gw4FajYeKXFBwgdLtp6suoaQmGhIQ570Vqkw/s1600/celcom1.JPG



Salam,

Pida adalah pengguna talian pasca-bayar Celcom 019 melalui pelan pakej Exec 50 dan pelan data mBasic 38.

Pida menerima bil bulanan melalui emel. Kalau nak tengok secara terperinci, Pida akan log in ke Celcom Online Customer Service dan di situ Pida dapat tengok butir-butir panggilan/sms/mms.


Baru minggu lepas aku bayar RM100 lebih, hari ni tengok-tengok ada tunggakan RM166.70. What da shell?







Ada satu yang Pida pelik dengan bil telefon Celcom Pida ni. Pida rasa setiap bulan Pida bayar penuh, tapi lepas beberapa hari mesti dapat mesej daripada Celcom kata Pida ada tunggakan. Seolah-olahnya macam apa yang Pida bayar tu tak menyusutkan langsung jumlah bil telefon Pida. Macam tak bayor je kekdahnya.

Jadi Pida pun semaklah bil telefon terperinci Pida. Memang dah lama tak semak pun. Kali terakhir semak 3 bulan lepas kot.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCMlkhcy7PJBpw6ThQPcWliPLbPaq5RrkjtgkxAKOzIfw1JiFq-HVQAa9rIFixksrbg8uxaYySqFbB_31eYb7B2y6dAbARBNwxZ_gw4FajYeKXFBwgdLtp6suoaQmGhIQ570Vqkw/s1600/celcom1.JPG




Pida mulakan dengan bil bulan Oktober 2012. Bila Pida perati satu satu, Pida tengok ada bahagian 'SMS Content Services - Received' jumlahnya RM36.00. Ok, this is fishy.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfjvoAmYq4NAYeH1JR16X1AtTX6dONyfB_5CRDJ_YWqrkcA4W027fmM6LmYGcq4MPFSITWNCsA4lF9kzcjLiaanyi-4syImZqfxrYvPfnSOUKR5M0o5tB-KgG6wrIawweHzJc52g/s1600/celcom2.JPG






Pida tengok pulak bil bulan November 2012. Pun ada jugak benda alah 'SMS Content Services - Received' tu. Kali ini jumlahnya RM64.00. Oh wadehel.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7jipA_336wSwd1DI9kROB6mQhwI0e_QA9kHBXd-Qti4sbrfB6Yzl08y9emVh0oaFPtZOT1teoL-UA1ZRS4CH2XrCfYIQc71qQPYkOG8Ub8Ilvo_vUAbNt4QGt8zJlAeVCxBwZ1w/s1600/celcom3.JPG

Ini pulak bil bagi bulan Disember setakat hari ini. Pun dah dicaj RM16.oo untuk 'SMS Content Services - Received' tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSWR9qOKvfamibEob9ZDI5wP-nENyvD67mFZUzR5arWD_55ps23c5FCtMLThx2Pf1gSOt3vUxGcNTMDgPl3c0aFIBSuYVowhyjxR4hLr5GERFDLj7EWQlKMq9t5K9_Y2IPlIVVeA/s1600/stop+all.png




Dua kali Pida hantar 'Stop All' ke nombor 37744 tu. Tapi tak dapat apa-apa sms maklum balas pun. Entah ye entah tidak. Takpe, aku tengok bil bulan depan. Kalau masih ada lagi caj tersembunyi tu, aku cubit-cubit ko Celcom!
 

Pida yakin Pida dah kena main dengan entiti yang tak pasal-pasal ada tu. Jadi Pida pun google SMS Content Services - Received. Nah, amek kau, rupanya ramai lagi pelanggan Celcom yang mengalami caj melambung macam Pida ni.

Rata-rata aduan dan komen ialah mereka dah menghubungi pihak Celcom berkenaan perkara ini. Dan rata-rata juga memberi maklum balas yang sama - pihak Celcom kata ia adalah perkhidmatan daripada 'pihak ketiga'. Dan kononnya kita sebagai pengguna ni telah membalas mesej 'Yes' kepada pihak ketiga tersebut. Tapi apa yang Pida baca, semua menafikan mereka pernah melanggan apa-apa daripada mana-mana 'pihak ketiga' yang dimaksudkan.

Jadi Pida pun cubalah hubungi talian khidmat pelanggan Celcom di nombor 1111. Pida bercakap dengan seorang staf wanita. Pida tanyakan padanya, apa itu SMS Content Services - Received', dan jawapan daripada dia telah diduga lebih awal.

Seperti yang Pida baca di forum online, jawapan Celcom pada Pida ialah 'ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.' Pida tanya lagi, habis tu kenapa dia caj saya sampai berpuluh-puluh ringgit ni?

Jawapan dia seperti diduga. Dia kata Pida pernah hantar mesej 'Yes' iaitu Pida bersetuju untuk melanggan perkhidmatan daripada pihak ketiga tersebut.

Pida berani kerat kuku laa... Pida ni bukan budak-budak bawah 18 tahun yang perlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga nak langgan itu ini. Pida tak pernah, diulangi - tak pernah respon pada mana-mana sms iklan atau promosi apatah lagi yang ajak kita melanggan kandungan sms diorang sebab Pida tau itu semua berbayar. Dan Pida tak perlukan semua itu for the whole world!

Tapi bila dia kata Pida pernah menghantar sms balas 'Yes' ke satu nombor, dan Pida dah baca mengenai jawapan seperti ini banyak kali di forum online, Pida rasa Celcom pun ada main peranan ni.

Pui Celcom, kami bukan budak kecik nak langgan game sms ke, ringtone ke, horoskop cinta ke... no, no, no!

Lepas tu Pida tanya macam mana nak hentikan caj melampau termasuk 'Push Message' yang selalu Pida terima melalui sms, staf Celcom itu meminta Pida hantar 'stop all' ke 37744. Dakwanya, semua caj tersembunyi  tersebut akan dihentikan mulai hari kita hantar sms tu.


Sekarang ni Pida rasa rugi giler kat Celcom ni. Ntah berapa banyak duit caj tersembunyi yang Pida dah bayar kat Celcom tak pasal-pasal. Dahlah sekarang ni asyik dropped call aje, sampai naik malu aku dengan orang yang menelefon tu asyik kena call Pida dua tiga kali. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRJRvAW__fyhmQ8RLC91GmOPGVliH3Nj9GnLXD9_fjpFcBHf2GuZzdt6tMNbsoAUZoSINkxu9WgA_CloA3h6_x7vEdPH1D_ohqZbqlYLN8LnGGuV1zMOMdC4NAVrly66l46PTmuA/s1600/logo+celcom.png
MOHON PIHAK CELCOM AMBIL TINDAKAN TERHADAP "PIHAK KETIGA PENIPU" TERSEBUT SUPAYA HAK-HAK PARA PELANGGAN DIJAGA DAN TIDAK DIBEBANKAN DENGAN CAS TERSEMBUNYI DAN MENGARUT SEPERTI INI KERANA DAH RAMAI YANG JADI MANGSA

 

No comments:

Post a Comment