MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, September 28, 2016

Viral Kisah Nasi Lemak Anak Dara Shah Alam

#viral

Kisah Nasi Lemak Anak Dara Di Shah Alam Ini Jadi Viral


Ini merupakan kisah benar tentang seorang gadis yang merupakan pemilik Nasi Lemak Anak Dara yang semakin popular dan diminati ramai. Gadis yang datang dari kedah ini bermula dari ‘zero’ untuk berniaga nasi lemak di seksyen 7 Shah Alam.
Kejayaan gadis ini membuka kedai nasi lemak di tepi jalan membuka mata ramai pihak.
Jom baca kisahnya ini:
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah saya dapat order 100 bungkus nasi lemak anak dara untuk pagi nie. Tapi hamba Allah nie bagi amanah kepada saya untuk sedekah kepada sesiapa yg singgah gerai saya pagi tadi. Terima kasih tuan. Moga makin murah rezeki tuan ๐Ÿ˜Š Hanya 50 minit licin semua jualan. Alhamdulillah rezeki Allah ๐Ÿ˜Š
..

Mesti ramai yg nak tau kisah hidup saya dan macam mana saya boleh buka gerai nasi lemak anak dara kan?
..

Okay sebelum tu saya cerita latar blkng saya dulu ๐Ÿ˜Š. Nama penuh sye Siti Hajjar Binti Ahmad. Umur dah 24 tahun. Anak ketiga dari lima adik beradik. Tinggal kat Sungai Petani, Kedah. Saya degree fresh graduate electronic engineering (medical electronic) dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan insyaAllah Oktober nie saya akan konvo dengan beralaskan cgpa 3.33.
..

Saya sebenarnya baru merantau dan stay kat Shah Alam dah hampir tiga minggu. Alasan sye nak stay kat sini sebab selalu dapat interview dan bg sye better sye dok kat sini terus. Alhamdulillah lepas saya buat keputusan stay kat sini, sye terus dapat offer keje sebagai cost&design engineer kat subang jaya. Tapi akan start September nanti.
..

Saya sebenarnya lgsg tak rancang nak niaga. Tetiba ilham datang untuk buka gerai nasi lemak. Lagipun hobi sye memasak so better sye guna kelebihan sye tu dari sye membazir masa dgn benda tak faedah kan. Bagi sye berniaga nie sgt enjoy dan salah satu sunnah Nabi. Dan 90% pintu rezeki tu adalah daripada perniagaan.
..

Saya dtg Shah Alam nie memang zero tak bawa apa-apa dari Kedah. Tapi kain baju tu bawa la. hehe.. Berbekalkan semangat yg ada, saya try berdikari untuk cari rezeki sendiri. Bagi sayasaya dah mampu untuk uruskan soal diri sendiri tanpa menyusahkan mak saya ataupun family saya. Dan saya akan bangga kalau dapat tunaikan permintaan arwah abah sye untuk tengok saya berjaya. Pasal mak saya memang la dia risau saya dtg sini sebab anak perempuan kan so macam-macam boleh jadi. Tapi insyaAllah atas berkat doa sorang mak, saya akan berjaya juga suatu hari nanti. Terima kasih mak.
..

Okay mesti korang pelik kan mcm mana saya dapat modal sebab td saya cakap saya dtg Shah Alam zero. Saya memang ada business brand shawl saya sendiri, Qaseh Stalista. Nanti jgn lupa like ye. hehe.. Tapi saya nak simpan duit dari business shawl saya tu untuk design yg baru. Saya dapat modal buka gerai nasi lemak anak dara pun dari teman rapat sye. Nasib baik dia boleh tlg sye bg modal. hehe..
..

Korang tak pelik ke camne saya boleh tulis bahasa kelate “nasi murah, hargo pecoh palo!”? Sebabnyo kawe meme fasih kelate. Hok mano ore kelate tu, boleh jah nak kecek kelate nga kawe. Kawe pehe belako demo oyak. Haha.. Lagi satu ore kelate byk nego sebab tu kawe suka juga...

Okay lepas tu sye pun mula la start beli brg semua. Mesti nak tau kan sapa yg masak. Fully 100% saya buat semuanya sendiri. Berbekalkan ilmu masak yg belajar dari mak, saya masak semuanya sendiri. Terima kasih lg sekali mak. Saya sebenarnya berniaga tepi simpang pun sorang cuma ada juga kadang-kadang kawan teman. Terima kasih. Masuk harinie dah 4 hari saya berniaga. Almost sepanjang saya berniaga saya memang tak cukup tido sebab nak siapkan semua mknn. Tapi disebabkan customer kesayangan saya semua, saya sanggup korban untuk puaskan hati customer. Saya paling suka bila org suka makan masakan saya. InsyaAllah saya akan sentiasa perbaiki skill saya ๐Ÿ˜Š
..

Selesai je berniaga nasi lemak tu, saya terus kemas brg dan angkat semua brg tu naik atas. Rumah saya tingkat paling atas tau kat flat pkns tu. Tapi jgn risau insyaAllah saya kuat dari mental dan fizikal. Nampak saya kecik dan lembut tak semestinya saya tak boleh buat keje cmtu. Saya rasa semua org boleh buat cuma nak taknak je kan. Nasihat saya sapa-sapa nak berjaya kena usaha. Hiraukan apa org cakap pasal kita asalkan benda tu memang di bawah keredhaan Allah.
..

Korang mesti tertanya kan yg nasi lemak anak dara nie sekejap je ke atau berterusan? InsyaAllah akan berterusan sampai bila-bila sebab saya ada plan nak buka kedai sendiri. So lepas nie korang boleh la rasa dan terus makan kat kedai nasi lemak anak dara tu terus. hehehe.. Tapi insyaAllah bila saya dah cukup modal dan still dalam tempoh penyimpanan. Bila dah cukup modal, saya akan buka ye dan akan inform kat korang.
..

Abes tu macam mana dgn offer keje kat subang? InsyaAllah saya dalam proses buat solat istikharah untuk minta petunjuk yg mana sesuai. Tapi jangan risau nasi lemak anak dara sentiasa ada setiap hari cuma akan tutup bila cuti je. Kalau gerai saya tutup, saya akan inform kat facebook saya ye ๐Ÿ˜Š
..

Saya rasa setakat nie je jalan kisah hidup sye sebagai si gadis penjual nasi lemak anak dara. Hopefully jalan cerita sye mampu jadi sumber inspirasi untuk korang semua untuk terus berjaya. Takda dalam dunia nie semua keje senang asalkan kita usaha dan terus berusaha sampai berjaya. Yang penting doa. Doa senjata umat Islam sebab Allah yg beri kita rezeki dan kawal semua yg kita buat.
Siapa usaha dia tentu boleh berjaya dengan izinNya. Usaha, doa dan tawakal adalah tangga kejayaan. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan masih belum terlambat yang penting usaha gigih. InsyaAllah berjaya. – PENMERAHDOTCOM

No comments:

Post a Comment