MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, July 12, 2020

Kisah Seram Resort Banting

#copyPaste
- kredit to Tulip Hani


RESORT YANG MENYERAMKAN 

      Jam menunjukkan 11.45 malam. Aku terimbau memori dua tahun yang lalu. Waktu itu aku mendapat surat arahan bekerja di mana aku ditugaskan untuk menjalani bengkel di sebuah resort di Banting bersama seorang rakan sekerja (iza-bukan nama sebenar). 
  
     Aku balik ke Shah Alam untuk berehat semalaman sebelum meneruskan perjalanan ke resort berkenaan pada keesokan harinya. Aku berjanji untuk berjumpa dengan Iza di resort berkenaan. Sampai di resort, jam telah menunjukkan pukul 1 tengahari. 
   

Haunted Castle by nihileswari on DeviantArt
    Aku dan Iza pergi ke coffee house untuk makan tengahari memandangkan kami belum boleh check in. Sewaktu menunggu makanan, terdapat terlalu banyak lalat di coffee house. Kami sempat bertanya kepada waiter disitu. Dia menyatakan yang sekarang musim lalat. 
   
     Sewaktu ingin menjamah makanan pun lalat menghurung makanan yang kami makan sehingga akhirnya tak habis pun makanan tersebut disebabkan lalat yang terlalu banyak. Selepas makan, kami pun check in setelah dimaklumkan oleh urusetia. 
    
     Aku dan Iza tinggal sebilik. Petang tu selepas Asar, Iza mengajak aku keluar berjalan ke pantai. Sambil berjalan tu sempat la kami bergambar untuk dijadikan kenangan sewaktu berada disini. Semasa berjalan di tepi pantai, Iza mendapat call mengatakan makcik dia meninggal.
     
     Aku dan dia bergegas balik ke bilik. Dia packing balik semua pakaian dan terus bergegas balik kampung. Aku melihat jam ditangan menunjukkan pukul 6:15 petang. 

     Tiba-tiba bulu romaku tegak berdiri. "Lain macam je ni". Hatiku berbisik. Aku pun melurutkan tanganku di anggota badan yang tegak berdiri tetapi bulu roma tetap tegak. Terus aku berkata "Aku datang sini 3 hari jer sebab aku ada bengkel. Lepas tu aku balik la". 
     
     Habis je aku bercakap, tiba-tiba meluncur laju hantu berambut panjang keluar dari bawah katil. Muka dia dihadapkan diatas lantai dengan tangannya panjang lurus ke depan. Aku tidak dapat melihat wajah sebenar hantu tersebut. Mukaku pada waktu itu pucat lesi. Satu badan menggeletar. Terus aku lari keluar meninggalkan bilik tersebut dan tunggu di lobby untuk berjumpa urusetia. 

     Sewaktu di lobby, baru otakku dapat berfikir. Macam mana hantu boleh keluar dari bawah katil sedangkan ruang untuk katil divan dan lantai hanya dalam 1-2 cm. Hampir pukul 8 ramai peserta yang turun makan sebelum bengkel bermula.

     Aku berjumpa dengan urusetia dan menceritakan apa yang berlaku dan aku ingin  balik ke Shah Alam. Dia seolah tidak percaya dan berkeras suruh aku tinggal di situ dan habiskan bengkel. Dia suruh aku rahsiakan semua ini kerana tak nak peserta lain takut.

     Dia ajak aku tinggal sebilik dengan dia tapi aku menolak dan tinggal bersama seorang rakan lain (Lina- bukan nama sebenar). Aku mengajak seorang rakan lain untuk temankan aku balik ke bilik tersebut untuk mengambil semua barang. 

     Malam tu bengkel habis pukul 12 lebih malam. Perutku meragam. Aku mengajak Lina untuk balik ke bilik. Dia menyatakan dia ingin berbual sebentar dengan yang lain. Aku balik ke bilik untuk menggunakan bilik air kerana bilik air di kawasan lain terlalu kotor. 

     Dalam perjalanan nak ke bilik di tingkat 2, aku memasang MP3 mengaji. Sewaktu lif sampai di tingkat 2, semua lampu sepanjang dikoridor tidak bernyala. Hatiku merasakan banyak 'mata' yang memandang aku sehingga sampai ke pintu bilik. 

     Aku membuka pintu bilik dan masuk. Di dinding bilik terdapat 2 lukisan abstrak seolah orang tumpahkan cat. Semasa aku memandang gambar tersebut, tiba-tiba aku melihat sepasang mata yang menyeramkan memandang tepat ke arahku. Jantung rasa nak gugur waktu tu. 

     Aku terus ingin keluar. Aku membuka pintu dan Lina muncul didepan pintu. Hatiku lega melihat Lina. Dia terperanjat tengok muka aku dah pucat. Aku hanya diam dan menurut langkah Lina masuk balik ke dalam bilik tersebut. Aku terus membersihkan diri dan tidur sambil memasang mengaji di MP3. Keesokannya aku bangun awal pagi tetapi masih berbaring diatas katil. Aku melihat langsir diberanda telah ditarik. 

     Aku fikir mungkin kawanku yang buka. Apabila dia bangun dari tidur, dia bertanya samada aku buka langsir dan aku mengatakan tidak. Dia menuduh aku yang buka. Aku malas nak layan, aku diamkan sahaja.

      Sewaktu berada didalam bilik air untuk menggosok gigi, aku terasa seperti ada yang sedang memerhati. Hati dah rasa lain macam tapi disebabkan ada kawan sebilik aku buat tak tau. 

     Bengkel bermula jam 8 pagi. Aku melihat ada yang tak cukup tidur dan bertanya kepada kumpulan aku samada ada apa-apa yang berlaku pada mereka malam semalam. Ada yang kata mereka kena cakar. Kesan cakar tu ada dikaki. Ada yang kata dapat mimpi ngeri, kena tindih dan sebagainya. Aku menceritakan kisah yang berlaku pada diriku. Semua dah mula minta untuk pendekkan bengkel ini pada urusetia. Urusetia tetap bertegas nak suruh habiskan pada masa yang telah ditetapkan.  
     
     Ada seorang lelaki (jalal-bukan nama sebenar) ni dia kata sebelum tidur, dia mendengar ada orang terjun dari balkoni bilik dia terus ke dalam kolam renang. Sedangkan kolam renang tu hanya boleh digunakan sehingga jam 6 petang dan tidak ada sesiapa yang mandi pun sebenarnya.

     Selepas 3 hari berbengkel, maka kami semua bergegas untuk keluar dari resort tersebut. Semua ada memori yang mengerikan berlaku pada diri. Sesampainya aku di Shah Alam, aku google tentang resort tersebut. 

     Rupanya ramai dah menceritakan tentang kisah yang berlaku pada mereka sewaktu menginap disitu. Ada yang tempah 2 malam akhirnya memutuskan untuk tidur semalam sahaja setelah berlaku peristiwa yang mengerikan. 

     Ada yang mengatakan jika dapat bilik yang balkoni menghadap ke hutan lagi teruk gangguan yang akan diterima.

No comments:

Post a Comment