MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, June 06, 2021

Perang Israel dan Negara Arab 1967

#copyPaste
#FreeGaza
#FreePALESTIN

5 Jun 1967, berlaku perang antara tentera Israel dan negara-negara Arab selama enam hari. Negara-negara Arab yang terdiri dari Mesir, Jordan, Syria, serta Iraq dan Lebanon berpecah di Timur Tengah.
Israel menyerang Mesir dan Syria sebagai tindak balas terhadap penutupan Selat Tiran oleh Mesir, yang kemudian dipimpin oleh Presiden Gamal Abdul Nasser. Penutupan itu dilakukan kerana Nasser menerima laporan pihak Israel mengumpulkan tenteranya di sempadan Syria.

Jordan, yang mempunyai perjanjian pertahanan dengan Mesir, bergabung dalam perang beberapa saat kemudian. Pertempuran meletus di beberapa buah kawasan, terutama di El Arish, Sharm el Sheikh dan Tebing Barat.

Walaupun kurang dalam jumlah pasukan, tetapi senjata, peralatan, strategi, disiplin yang dimiliki oleh pasukan Israel menjadikannya jauh lebih unggul dalam perang yang berlangsung dari 5 Jun hingga 10 Jun 1967.

Hasil akhir Perang Enam Hari menyaksikan Israel sebagai pemenang, setelah berjaya menguasai wilayah-wilayah yang sebelumnya dikuasai Mesir, Syria dan Jordan.

Wilayah Israel setelah Perang Enam Hari, meningkat dua kali ganda dengan kejayaan mereka menguasai Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai, Dataran Tinggi Golan, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Seperti yang dilaporkan oleh Histroy, Jumat (06/05/2015) Setelah konflik berakhir, PBB meminta penarikan pasukan dari kawasan yang dikendalikan oleh Israel, tetapi panggilan itu ditolak. Israel mengatakan akan menyerahkan Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Dataran Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai kepada pemilik asalnya dengan pengiktirafan negara Israel dari negara-negara Arab, tetapi syarat itu ditolak dengan keras.

Negara-negara Arab pada pertemuan Ogos 1967 memutuskan untuk tidak berdamai dengan Israel, tidak berunding, dan tidak akan mengiktiraf Israel. Namun, Mesir, yang kehilangan wilayahnya, akhirnya berjaya berunding dengan Israel untuk mendapatkan kembali Semenanjung Sinai.

Ikuti juga kami di:
Facebook 👉🏾 https://www.facebook.com/cintagazamalaysia2/
Instagaram 👉🏾 https://www.instagram.com/cintagazamalaysia/

Layari infakpalestin.com untuk menyumbang.

Atau istiqamah4gaza.com untuk berinfak secara bulanan (auto-debit).

#PerangEnamHari
#IsraelKoyak
#MyAqsaDefenders
#CGM

No comments:

Post a Comment