Kepada adik-adik yg dpt markah kurang cemerlang semasa SPM, JANGAN SEDEY SEDEY YE (tu pn kalau anda dah memang berusaha bersungguh-sungguh, BERDOA & BERTAWAKKAL masa SPM. Kalau yg spesies yg memang malas tahap gaban tu lain la, semoga cepat terSEDAR 😅).
Pakcik dlu pn xde la xcerdik sgt, masa study kt MRSM Perlis, pakcik pernah dpt rank 300 lebih drp 400 org student masa exam setiap penggal.
Masuk je interview keja alam pekerjaan, bos yg interview langsung tak tengok pn pointer tp dia nk tgk jiwa kental & hati cukup kering x sbb dia nk suruh jadi JURUTERA PROJEK hydroelektrik Mega kt hutan belantara jin bertendang bertahun-tahun.
Kemudian, aku bgtau bos klu aku xdpt perform dlm tempoh 6 bulan masa probation time pertama tu, aku akan resign dlm masa 24 jam (1 hari projek tertangguh, syarikat kena bayar denda RM25 000 SEHARI !).
Alhamdulillah projek tu berjaya siap lepas bertahun-tahun aku "berperang" kat sana dgn mcm-mcm kontraktor besar. Elektrik drp projek berkenaan alhamdulillah dah diagihkan keseluruh Malaysia tmasuk rumah aku sekarang ni (disbbkan sistem kuasa elektrik kt Malaysia ni berbentuk "cincin").
Pengalaman aku pn xde la semuanya best sgt jd projek engineer ni walaupun org kate glamer mcm drama pkl 7 ptg (sbb ko seolah kena pikir sendiri kehendak/angan-angan klien mcm nk buat klcc atas awan by hook or by crook pandai-pandai la ko pikir caranya) walaupun byk juga yg best. Hahaha..
Last, dlm hidup kita, perbanyakkan "BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDOA, BERTAWAKKAL KEMUDIAN REDHO/PASRAH). 😊
No comments:
Post a Comment