MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, December 21, 2021

Pengamalan Misi Bantuan Banjir 2014

CORETAN SUKARELAWAN PASCA BANJIR 

Semasa banjir besar melanda Pantai Timur pada Disember 2014, hampir 300 orang para sukarelawan kami yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan telah terlibat semasa misi Bantuan Pasca Banjir 2015, bermula pada Jan sehingga Feb 2015.  
Banyak pengalaman pahit dan manis dihadapi oleh para sukarelawan yang terpilih oleh-Nya ketika membantu mereka yang kurang bernasib baik sebagai medan melatih diri untuk sentiasa memuhasabah diri mensyukuri segala nikmat pinjaman daripada Ilahi. Walau hanya sedikit bantuan yang dicurahkan, pertolongan tersebut sebenarnya amat dihargai oleh para mangsa.
Kini, pihak Briged Sukarelawan sedang bersiap sedia kembali mengumpul jumlah kekuatan "strength" bagi Misi Bantuan Pasca Banjir dalam masa terdekat bersama Pasukan Institusi Angkatan Pertahanan Awam (PISPA) dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir.

SEMOGA SEMUA MANGSA BANJIR SENTIASA DIPELIHARA DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI...
"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL"
Cukuplah Allah menjadi pelindung bagi kami. Allah adalah sebaik-baik pemberi perlindungan.

JOM JADI SUKARELAWAN PASCA BANJIR !

#MenangBersama 
#LindungiDiriLindungiSemua 
#KeluargaMalaysia 
#kpt
#unsungheroes








No comments:

Post a Comment