MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, January 28, 2023

Buli & gangsterisme di asrama

#ProjekHighCouncil

Hampeh tol citer Projek High Council Astro ni, tetiba rasa mcm director drama ni satu sekolah dgn kitorang pulak ๐Ÿ˜ช (asrama penuh tp bkn sbp, kt belah utara). Plot citer mcm same je mcm alam sekolah dlu & yg realitinya lagi teruk. Masa form 4, setahun ko kena sepak terajang, dibuli & lagi teruk drp citer dlm tu oleh form 5 (masuk je menengah atas, semua senior dok bawa perangai raging teruk2 drp sekolah asrama lama dorang, jd cara buli lebih kurang sama). Student 1 tingkatan je dah 400 orang. Satu je kesilapan terbesar sekolah ni, ialah disebabkan semua warden sekolah hampeh lepas tangan takde kt blok asrama, diserah kpd senior form 5 utk "kawal" form 4 & form lain-lain,
akhirnya disalahgunakan kuasanya. Masuk form 5, citer tak habis lagi bila senior yg 400 org tu berpecah kpd group2 ikut negeri. Ramai sgt yg budget2 samseng. Tiap kali hujung minggu dah tgh malam, belakang asrama jadi port gaduh pulak group2 ni tp one by one by one sampai la tamat sekolah (masing2 standby pisau & senjata lain mmg dlm poket ๐Ÿ˜ช).


Jalan citer drama ni yg secara kebetulan yang hampir sama (mungkin dh habis tapis dah tinggal yg ringan je) mungkin disebabkan budaya/cara ragging semasa menengah bawah lebih kurang sama je, sebelum budaya tu di"himpun"kan bersama bila kaki-kaki buli/gangsterisme ni berpindah ke sekolah lain & budaya tu akan diperturunkan kpd generasi-generasi junior.

Kalau ditanya, bagaimana ni hapuskan budaya buli/gangsterisme di asrama penuh ni, satu je, WARDEN-WARDEN tu buat la keja & peka dgn reaksi student bkn tido je, bkn dibiarkan berminggu rumah warden (yg dalam blok asrama tu kosong je) & serah kpd ketua blok (senior form 5) untuk handle junior.
(Zaman aku form 3 dlu kt asrama sekolah biase je, sorang je warden jaga 1 asrama yg 3 tingkat, sgt sensitif dgn student, hujung minggu je akan jadi "majlis" sebat menyebat rotan di khalayak ramai oleh warden sorang ni kpd pelajar yang langgar peraturan & xturun solat kat masjid (termasuk la aku sbb terlajak xsedar g solat subuh di masjid ๐Ÿ˜…). Sblm tu,Warden akan spot check subuh sebat sape yg xbangkit lg ๐Ÿคฃ

No comments:

Post a Comment