UPDATE TIPS RESUME:
Ayat yang boleh la jugak saya terima sedikit walaupun tak berapa nak cantik ayat permohonannya.. |
Ayat yang "kurang asam jawa" yang menyebabkan saya terpaksa tolak permohonan tersebut. Kalau nak "berbicara" pun tak pandai, memang susah orang nak ambil kerja... |
Ayat yang memang "kurang asam jawa" menyebabkan saya terpaksa tolak permohonan tersebut, kurang berbudi bahasa nak minta "barang" orang.. |
Tips-tips lain :
1) Resume yang dihasilkan hendaklah ringkas tetapi padat, tidak perlu tebal kerana majikan tidak mempunyai banyak masa untuk menapis semua resume.
2) Kalau boleh, letakkan alamat resume anda adalah beralamat di negeri yang sama dengan syarikat yang dimohon supaya memudahkan anda dipanggil majikan (majikan juga tidak mahu menyusahkan calon yang ingin diinterview).
3) Anda juga boleh mendaftarkan ke dalam akaun www.jobstreet.com kerana di dalam web tersebut ada disediakan template resume untuk diisi oleh calon.
4) Seeloknya, resume ditulis di dalam bahasa Inggeris jika memohon ke syarikat swasta kerana mungkin ketua majikan anda tidak fasih berbahasa melayu atau warganegara asing.
5) Masukkan pengalaman berguna anda dan pengetahuan yang bersangkutan dengan pekerjaan yang dimohon termasuklah kemahiran-kemahiran yang anda miliki.
6) Cungkil & tonjolkan kemampuan dan kelebihan diri anda di dalam resume yang mungkin membezakan dan menjadikan anda unik berbanding calon-calon lain.
7) Resume anda perlulah menunjukkan ciri-ciri professional/formal.
8) Buatlah kajian dan carian di dalam internet berkenaan topik "Menghasilkan resume yang menarik & berkesan". Maklumat dan tips-tips yang saya kongsikan di sini mungkin tidak mencukupi.
8) Jika ada sampel hasil kerja/air tangan anda yang terdahulu yang menarik seperti gambar-gambar serta blueprint, anda boleh sertakan bersama sebagai salinan dan bukti…. Kalau ade gambar-gambar seperti gambar projek yang anda pernah siapkan, anda juga bole sertakan bersama.
9) Semasa temuduga, belajarlah bagaimana untuk “memikat” hati majikan anda dalam masa yang singkat.
-------------------------------------------------------------------------------------
Akhir sekali, banyakkan BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL…(^_^)…
PESANAN : 5 Tips Memohon Jawatan Kerjaya/Penempatan Latihan Industri
- memandangkan kebanyakan syarikat kini lebih mengutamakan EMEL berbanding pos atau faks
Berdasarkan situasi semasa yang diterima daripada pemohon bagi mengisi jawatan kosong sama ada di syarikat atau organisasi serta pemohon bagi mendapatkan tempat latihan industri seringkali melakukan KESILAPAN berikut dan sangat penting untuk DIPERBAIKI segera..

KESILAPAN PENULISAN RESUME
1. menggunakan alamat EMEL yang tidak profesional seperti "idacomel90@yahoo.com", "black_0786@gmail.com" dan sebagainya
--> sebaiknya "create" satu alamat emel bagi tujuan urusan rasmi dengan menggunakan nama penuh
--> CTH : muhammad.farid@gmail.com, nur_nadia_mustaffa@yahoo.com, ahmadkamalhassan@hotmail.com
2. menghantar "attachment" yang mana nama failnya kurang sesuai seperti, "aku punyer", "resume baru", "A34527" dan banyak lagi
--> pastikan nama fail ditulis dengan jelas dan memudahkan rujukan penerima
--> CTH : RESUME_muhammad farid, borang pengesahan praktikal_nur nadia mustaffa
3. ruangan "Subject" tidak diisi atau tidak jelas seperti, "mohon LI", "mohon keje engineer" dan sebagainya
--> gunakanlah perkataan rasmi dan ayat yang lengkap
--> CTH : PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC
4. ruangan emel yang kosong serta tiada "SIGNATURE" atau penggunaan ayat yang kurang sesuai seperti tanpa ucapan salam atau kata panggilan hormat
--> seharusnya emel yang dihantar dengan "attachment", perlu juga menulis sekurang-kurangnya 7 patah perkataan & "signature"
--> CTH 1
Tuan,
dilampirkan Resume untuk pertimbangan
Yang benar,
AHMAD KAMAL HASSAN
012-XXXXXXXXX
ahmadkamalhassan@mail.com
--> tetapi adalah lebih baik jika ianya lengkap dengan tujuan emel dihantar sebab penerima bukan sahaja menerima emel anda serta bukan sahaja tawaran kerja itu membuatkannya menanti permohonan.. dan "setting signature" siap-siap pada emel supaya "auto generated"
--> CTH 2
Tuan,
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, saya NUR NADIA BINTI MUSTAFFA sepertimana lampiran resume berminat untuk memohon jawatan Jurutera Elektrik di syarikat ABC sepertimana tawaran yang diiklankan di akhbar Berita Harian.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan berdasarkan kemampuan saya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
NUR NADIA BINTI MUSTAFFA
019-876XXXX
nur_nadia_mustaffa@yahoo.com
5. menghantar emel dengan hanya "FORWARD" emel yang dihantar ke syarikat lain
--> sebaiknya "edit" terlebih dahulu supaya menunjukkan tumpuan kita kepada syarikat yang dihantar serta tidak menggambarkan kita telah menghantar permohonan ke banyak syarikay lain
Adalah diharapkan anda tidak mengulanginya kesilapan di atas.
Jika anda telah berusaha berpuluh-puluh kali mohon kerja tetapi masih tidak dipanggil untuk ditemuduga, cuba kaji kesilapan resume anda. Perbanyakkan mohon kerja, krn anda kena ingat nisbah jika 100 tempat yang anda apply, sebulan kemudian maybe hanya dalam 20 syarikat akan panggil anda kerja. Jika anda hanya apply sekadar 10-20 sahaja, makin kurang la peluang untuk anda dipanggil temuduga. Jadi, banyakkan berusaha dan berserah kepada Allah tanpa mudah berputus asa...

Beberapa gambar dalam salah satu seminar "Bengkel Kerjaya" saya..
No comments:
Post a Comment