Suatu hari, seorang lelaki dan isterinya pergi ke sebuah zoo. Mereka melihat seekor monyet yang sedang membelai pasangannya dengan lemah lembut.
Lalu isteri lelaki itu berkata: "Alangkah romantiknya monyet itu."
Kemudian mereka mendapati pula sepasang singa jantan dan singa betina yang berjauhan antara satu sama lain. Singa jantan itu hanya diam dan bersendirian di satu sudut seolah-olah singa betina itu tidak wujud.
Maka isteri lelaki itu berkata lagi : "Alangkah sedihnya suasana tanpa cinta."
Suaminya kemudian berkata sesuatu kepada isterinya : "Cuba lemparkan batu itu ke arah singa betina dan lihatlah." Apabila dia melemparkannya, singa jantan itu terus melompat dan mengaum untuk mempertahankan singa betina.
Pandangan wanita itu beralih pula kepada pasangan monyet dan dia melakukan perkara yang sama dengan membaling batu kepada monyet-monyet itu.
Ternyata monyet jantan terus melompat dan meninggalkan monyet betina untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari terkena batu.
Suami wanita itu kemudian memberitahunya : "Jangan tertipu dengan apa yang awak lihat pada romantiknya sesetengah orang, kerana banyak kali ia hanyalah penampilan luaran yang menipu yang menyembunyikan hati yang kosong. Ada orang lain yang tidak menunjukkan apa-apa, tetapi hati mereka penuh cinta yang tulus".
Malangnya hari ini terdapat begitu banyak yang seumpama monyet, dan sangat sedikit singa dalam kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment