MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, February 25, 2011

Dapat Award daripada Nur Gadis Labuan

Create your own banner at mybannermaker.com!Petang-petang jumaat gini biasela, busy sikit, dah la semalam hari Gaji, so hari nie busy plk kelam-kabut nak siapkan keja, next week ade audit...huhuhu... Sape kate keja kt pejabat senang?!! (busy la utk orang yang suke wat keja last-last minute macam saya nie...hehehe...).
Maybe petang nie pkl 6ptg kot baru balik,dah la hari tu rekod saya terkunci dalam bangunan nie dah masuk kali ke-2, last 14 Februari 2011 hari tu, satu lagi tahun lepas, sebabnya Guard yang jaga dorang miss communication sebab pertukaran shif keja... Pastu, saya keluar je bilik staf, tau-tau habis semua lampu dlm bangunan tu dorang tutup, gelap gelita sampai aku teraba-raba cari mane la dorang letak suis lampu tu..huhuhu...
Lepas terkunci kali ke-2, saya diam2 la, malas nak kecoh. 1st time terkunci dulu, saya bengang sampai marahkan security guard yang bertanggungjawab, natijahnya tak lama kemudian, dia berhenti kerja (kesian jugak, sebab aku nie bkn senang nak marah orang..hehehe. Diam-diam gunung berapi, klu sekali meletup, bergegar la dunia nie..hehehe). dah la masa hari kejadian, habis buku laporan dorang aku tulis komen yang pedas sambil mengisi masa lapang menunggu guard buka pintu ... Saya faham, bermacam cerita seram yang ade dlm bangunan nie, security guard pun sampai takut, tapi kalau saya yang kena kunci, ape "aku nie mcm berani sangat ke?!!hehehe".

Tengah busy + tensen wat kerja, thanks kepada Nur Gadis Labuan kerana menghadiahkan award nie (^_^)... Saya sukeee....

 
Blog Nur Gadis Labuan


Thursday, February 24, 2011

JOM TRY BRAIN STORMING, ICE BREAKING, ILUSI OPTIK INI !!!

Salam ukhwah & Thanks to all my visitor & follower, trafik kali nie betul-betul busy berbanding dahulu sampai saya pun tak terjaga blog nie...hehehe.Thanks juga kepada Amyna..(^_^).. 
MY IDOL.?!! hehehe...
Ade beberapa artikel dah saya publish ke luar negara (maksudnya kena la menaip dalam bahasa Inggeris) yang telah dilawati oleh pelawat luar negara seperti MIRACLE OF GOD  dan juga  TAKBAI TRAGEDY  tapi tak larat juga kalau nak mengarang semua artikel In English.hehehe..
Satu lagi entry saya yang sedang hot sekarang ialah
Panduan-Mencari-Kerja-Untuk-Fresh-Graduat.

Hari nie busy sikit, biasela hari nie 24 Februari 2011 merupakan "hari gaji" kepada semua kakitangan kerajaan... Aku pun busy la jugak, melawat ke beberapa bank-bank untuk menyelesaikan beberapa urusan perbankan termasuklah menyambung kembali astro yang dah kena potong (geram jugak sebab dah la dorang daftar alamat aku salah, lain yang aku daftar, lain yang dorang rekod, sebab tu bill tak sampai, last2 kena potong). Nak kena sambung balik terpaksa la bayar tambahan lagi RM20 termasuk bil astro utk 2 bulan(termasuklah utk bln nie skali... Tapi takpe, nasib baik amoi yang jaga kaunter tu lawa, sejuk sikit hati..hehehe ..(gatai)

Then seterusnya aku ke Tabung Haji, menambah sedikit simpanan. Dulu saya & wife dah daftar haji, kena penuhkan RM1300 dalam bank baru bole daftar. Lepas penuh je akaun dlm bank, baru la dapat no giliran. Giliran aku korang tau yang ke berapa?!! Dapat giliran selepas 35 tahun lagi. Tapi pegawai tu ade bagitau klu nak gi awal pun bole, bole la hantar surat rayuan kepada pihak Tabung Haji. Kalau giliran dah tiba, seelok-eloknya penuhkanlah simpanan dalam akaun tersebut sehingga RM11 000. RM1300 yang korang masukkan tadi Tabung Haji bekukan, kalau nak ambil juga wang tersebut (in case la kalau ade hal emergency nak guna duit tersebut) maka korang kena la daftar keluar & no giliran tapi secara automatiknya terbatal.... seelok-eloknya, lakukankanlah Haji ketika kita masih muda belia (macam Tuan Haji Ali, lecturer aku dulu, dah 2 kali dia pergi haji. Panjang citer Tuan Haji nie semasa dia kat Mekah, tapi InsyaALLAH, lain kali saya kongsikan.hehehe)...
(Hajat di hati dulu nak hadiahkan pakej UMRAH kepada isteri sebagai hadiah perkahwinan tapi belum berkesempatan lagi buat masa sekarang. Kos maybe dalam RM3500 seorang..).  

Korang suke tak pendidik/cikgu korang didik korang macam ONIZUKA?!!

Bila jadi pendidik nie, biasela saya suka pakai LCD Projector & laptop. Bukan ape, saya nie memang jenis malas nak menulis kat White Board. Yang seronoknya, bila pakai Projektor nie, saya berpeluang membuli mana-mana student-student saya yang nakal, degil, samseng, keras kepala & suke buat bising. Majoriti student saya adalah remaja 19 tahun ke atas dengan pelbagai perangai & latar belakang. Pendekatan kekerasan tak sesuai, tapi bagi aku pendekatan psikologi ialah paling berkesan. Kalau nak "dera" dorang pun, dera mental lebih mendatangkan kesan berbanding dera fizikal...hehehe.. 

Kekadang saya gunakan pendekatan yang digunakan oleh dalam citer "GREAT TEACHER ONIZUKA", memang berkesan, akhirnya mereka secara automatik hormatkan kita, "Kalau Tak Percaya, Cubalah..hehehe).  Jadi pendidik nie, aku kena memainkan peranan sebagai pelakon filem, kena memainkan semua watak serius, garang, kelakar, sedih, gembira, boring dan bermain dengan emosi student termasuklah jadi GANAZ & SAMSENG kekadang bile keadaan memakse.hehehe...
Dalam kelas, saya nie kekadang seorang yang pemalas, so dengan penggunaan POWER POINT, ia akan membantu kemalasan saya ini (yela, kekadang satu kelas sampai 4 jam non-stop, petang plk tu). Kemalasan ini menyebabkan saya menyukai kepada para pelajar yang pemalas dan suka buat bising dan POWER POINT telah mengubah hidup saya {macam dalam iklan plk(^_^)}. Pelajar yang malas nie la yang akan jadi mangsa membaca kesemua perkataan di dalam SLIDE POWER POINT tu & kena terangkan, then aku akan sambung terangkan dgn lebih detail..... (Bukan ape, dorang nie pemalu nak bercakap depan orang ramai, so kite pergunakanlah sepenuhnya kelemahan tersebut.hehehe.. Lepas tu baru dorang tau susah juga keja pensyarah nie nak kena mengajar/bercakap 4 jam).

BILA DORANG DAH PENAT, SO, SAYA AKAN SHARE LA SLIDE PICTURE DI BAWAH SUPAYA DORANG RELAX & SAMA-SAMA BRAINSTORMING..... 
(bukan main panjang mukaddimah, baru nak masuk isi.hehehe..Kesian korang kena bace..)...


SILA KLIK DI BAWAH YE UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA ...(^_^)...

Friday, February 18, 2011

Thanks A Lot Myna For "PREVIEW : HARDY BOY PUNYA BLOG!"

Kejutan untuk petang-petang Jumaat yang Mulia nie bila rakan sepejabat Puan Amyna dengan baik hatinya promote my blog...hehehe.. Rase segan plk, sebab sape la saya nie, muka xhensem, hidung tak mancung, pipi plk macam keta sorong..huhuhu..... I really appreciate it

Thanks Puan Amyna, terkejut sampai hilang mengantok petang-petang gini. hehehe.... Yang paling saya xleh terima ialah ayat2 promote@pujian tu, adusss, xlayak rasanya utk diri yang hina nie. Sapa la saya nie, siap Myna tlg promote blog saya lg..hehehe...
Anyway, terima kasih banyak2... (^_^) (Berapa banyak terima kasih daa.....). 

Thanks juga kepada Cik Dymna, orang yang paling comel dlm kolej kitorang..hehehe...


 
pls click here!!!
Blog Puan Amyna


 
Pls click here...
Blog Puan Amyna

About myself (yang orang lain tak tahu):

Wednesday, February 16, 2011

GAMBAR-GAMBAR KEAJAIBAN ALLAH






Amazing Photos - ~MIRACLES OF GOD~

Pls "like" at blogobo.com/in/627/0/