MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~
Wednesday, June 26, 2013
Tuhan Sedang Menguji Kita
~Petikan Buku Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita"~

Friday, June 21, 2013
CINTA
SALAHKAH BERCINTA???
~ENCIK HADI MENJAWAB~
Pelawat yang memohon pandangan saya:
Assalamualaikum Ustaz. Saya 'respect' dengan pandangan Ustaz.
~ENCIK HADI MENJAWAB~
![]() |
Komen yang saya terima drp entry >>> TIPS BERCINTA CARA ISLAM |
Pelawat yang memohon pandangan saya:
Assalamualaikum Ustaz. Saya 'respect' dengan pandangan Ustaz.
Thursday, June 13, 2013
Tuhan Sedang Menguji Kita
Petikan daripada buku Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita"
Pada Selasa lepas, lepas habis bengkel MQA di Putrajaya, saya ke stesen Bas, menanti bas untuk ke Kuantan pada pukul 10 pagi. Selepas tiba awal pada pukul 9.00 pagi selepas 40 minit perjalanan menaiki kereta, saya sabar menanti hingga pukul 10 menanti bas tiba. Tiba je tepat 9.50pagi, pihak Bas Transnational membuat pengumuman bas yang akan saya naiki mengalami kerosakan, juru kaunter dengan selamba bagitau "semua penumpang dikehendaki menukar tiket perjalanan ke waktu lain atau bayaran tiket RM25 akan dipulangkan"
(sedikit geram kerana saya datang ke Klang bukan untuk melancong dan diatas urusan kerja. Dalam masa yang sama, 2 bas syarikat lain baru sahaja bertolak pada pukul 9.30 pagi, kalau bagitau awal-awal kan senang nak ditukar ke bas lain, memang sedikit marah dan geram)....
Sambil bertenang seketika, saya menarik nafas sedalam-dalamnya berfikir seketika pilihan yang perlu diambil. Akhirnya saya buat keputusan menunggu di stesen bas tersebut menanti bas seterusnya pada pukul 5 ptg tersebut.
Sambil berjalan-jalan, saya ternampak buku Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita" (sebenarnya saya memang suka membaca buku motivasi Islamik, selain ia untuk bahan ceramah motivasi saya, ia sebenarnya memotivasikan kita dalam masa yang sama), mungkin menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini tentang "UJIAN" dan "Dugaan" kerana saya rasa saya perlukan suntikan motivasi (mungkin dengan jawapan tersebut, saya juga dapat membantu masyarakat lain untuk mereka mereka mencari jawapan kepada Persoalan yang sama...". Hingga pukul 5 ptg hingga bas sampai, saya "dipukau" untuk menghabiskan buku tersebut, isi kandungan amat padat dan berisi bermakna (tidak seperti sesetengah buku motivasi lain yang saya baca yang kadangkala isinya hambar apabila mula masuk ke bab pertengahan seolah penulis mula kekeringan idea, & ada juga yang tajuknya lebih "grand" berbanding isinya yang sebenar). Buku karangan Ustaz Kazim Elias ni padat dengan mesej yang cukup bermakna sama seperti kuliah yang disampaikan oleh beliau, cuma gaya persembahan sedikit berbeza, menarik dengan isi kandungan ilmu yang padat yang kadangkala menyentak kita daripada lamunan kita selama ini yang sering hanyut di dalam "zon selesa"... Adakalanya Ujian daripada Allah itu merupakan teguran untuk kita apabila kita hampir terpesong daripada landasan-Nya... Adakalanya "UJIAN" datang untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Adakalanya Ujian datang untuk menggantikan sesuatu nikmat yang dipinjamkan kepada kita dengan nikmat yang lebih baik. Adakalanya UJIAN datang supaya kita lebih menghargai setiap peluang yang diberikan-Nya... Adakalanya UJIAN datang supaya kita sentiasa berdoa, lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya. Adakalanya UJIAN datang untuk mengelakkan diri kita jauh ter"sesat" dalam meneruskan perjalanan hidup... Adakalanya UJIAN datang supaya kita bersabar berdoa dan merayu kepadanya menanti DOA-DOA tersebut dimakbulkan-Nya. Adakalanya UJIAN datang untuk menaikkan kita ke martabat "dalam fasa kehidupan" yang lebih tinggi. UJIAN yang datang juga menjadikan diri kita lebih cekal, kuat dan matang meniti perjalanan hidup yang amat mencabar... AKHIRNYA KITA AKAN TEMUI BAHAWA SETIAP UJIAN YANG "DIKURNIAKAN-NYA" KEPADA KITA MERUPAKAN SATU NIKMAT DALAM MENJADIKAN HIDUP INI LEBIH MENYERONOKKAN DAN LEBIH BERMAKNA TIAP KALI DIUJI-NYA...
Pada Selasa lepas, lepas habis bengkel MQA di Putrajaya, saya ke stesen Bas, menanti bas untuk ke Kuantan pada pukul 10 pagi. Selepas tiba awal pada pukul 9.00 pagi selepas 40 minit perjalanan menaiki kereta, saya sabar menanti hingga pukul 10 menanti bas tiba. Tiba je tepat 9.50pagi, pihak Bas Transnational membuat pengumuman bas yang akan saya naiki mengalami kerosakan, juru kaunter dengan selamba bagitau "semua penumpang dikehendaki menukar tiket perjalanan ke waktu lain atau bayaran tiket RM25 akan dipulangkan"
(sedikit geram kerana saya datang ke Klang bukan untuk melancong dan diatas urusan kerja. Dalam masa yang sama, 2 bas syarikat lain baru sahaja bertolak pada pukul 9.30 pagi, kalau bagitau awal-awal kan senang nak ditukar ke bas lain, memang sedikit marah dan geram)....
Sambil bertenang seketika, saya menarik nafas sedalam-dalamnya berfikir seketika pilihan yang perlu diambil. Akhirnya saya buat keputusan menunggu di stesen bas tersebut menanti bas seterusnya pada pukul 5 ptg tersebut.
![]() |
Buku Motivasi Islamik Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita" |
Wednesday, June 05, 2013
Berhijrah ke Tempat Baru
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya pada 3 Jun 2013 akhirnya saya melaporkan diri di tempat baru sebagai pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi di Pantai Timur, selepas berapa hampir 4 tahun bertugas di IPT di negeri di bawah Bayu, Sabah. Sebelum itu, saya pernah bekerja sebagai jurutera projek di Kuala Lumpur pada 2006. Masing-masing mempunyai pengalaman permulaan bertugas di tempat baru yang berbeza.
Masa yang diberikan cukup singkat iaitu hanya 2 minggu sebelum saya dikehendaki melaporkan diri tempat baru (boleh kalau mahu buat penangguhan selama 2 minggu lagi, tetapi selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuklah mencari rumah sewa baru akhirnya saya memutuskan utk tidak memohon penangguhan)....
Dugaan memang ada yang perlu saya hadapi (sebagai harga yang perlu dibayar supaya kita lebih menghargai apa yang telah dikurniakan, ada "HARGA" yang perlu dibayar)... Segala-galanya seakan di"reset" kembali menjadi "kosong", bermula daripada bawah kembali dalam membina kembali kejayaan dalam kerjaya yang pernah dibina sebelum ini... Masuk ke tempat baru, memang cukup besar, 3 blok bangunan memanjang, staf yang lebih ramai (ramai yang lebih senior), teletak di bandar, pelajar yang lebih ramai, suasana yang jauh berbeza dan ada cabaran-cabaran baru yang yakin telah sedia menanti...

Subscribe to:
Posts (Atom)