MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, November 01, 2010

Pesakit dirawat...

30 Oktober, bermulanya aku tinggal di rumah sensorang, housemate dah pindah sebab isteri dapat pindah 1 Nov nie. Terasa jugak boring, tapi aku teringat “KELUARGA UMPAMA RUMAH, KALAU PANDAI KITA JAGA, PENUHKAN DENGAN SEGALA KELENGKAPAN & HIASINYA SUPAYA LEBIH MENARIK, MAKA KITA AKAN SERONOK BILA BERADA DALAM RUMAH TERSEBUT”(nasihat untuk diri aku sendiri yang baru je jadi ketua keluarga, AMANAH-Nya yang cukup besar).

Sambungan daripada post terdahuluBertambah satu lagi pengalaman..."”. Lepas kejadian tersebut, terasa betapa kerdilnya diri aku nie...

Habis je solat isyak kat Masjid Taman Kinabutan hari Sabtu lepas, bagai orang disorongkan bantal bila ustaz faizal ajak aku pergi ke mengubati student yang “terkena” jumaat lepas, macam tau-tau je hajat aku. Memang dah lama aku tunggu ustaz faizal call, kot-kot ustaz nak ajak aku, tapi senyap je handset aku. Habis je sembahyang isyak,
aku tanye la “Ustaz, macamana keadaan student tersebut?”(sepatut jumaat malam tu student tersebut akan dirawat).
Ustaz “Belum lagi, malam nie baru nak dirawat”.
Aku : “Bila?”
Ustaz : “Sekarang”.
Ustaz : “Jomla kalau nak ikut…”.
Aku : “Betul ke?”
Ustaz : “Betul la..”.
(Aku bagitau ustaz faizal kejadian terdahulu sebelum aku sampai di Sabah menyebabkan aku sedar setiap orang perlu belajar bukan sekadar utk dirinya, tetapi untuk keluarga dan orang terdekat. Ustaz pun setuju. Makin banyak belajar, makin terasa banyak lagi tak tahu, pelikkan?!!...).



Kitorang pergi menjemput perawat yang aku namakan sebagai Abg F(nama sebenar dirahsiakan). Abg F baru je balik daripada masjid. Sebelum tu ustaz faizal maklumkan yang Abg F seorang yang warak/ahli sufi, tawadduk, ilmu penuh di dada, tapi seorang yang seorang yang amat merendah diri, langsung tidak pernah bermegah dengan segala keistimewaan tinggi yang Allah kurniakan kepada beliau. Ramai yang telah dirawat oleh Abg F, tetapi beliau tidak pernah meminta balasan wang ringgit. Daripada kisah beliau, semua orang yang dirawat oleh beliau sembuh, belum pernah yang gagal (kisah-kisah kejayaan yang diceritakan oleh beliau pun diceritakan dengan kata-kata yang cukup tersirat, kata-kata yang cukup halus, memerlukan sedikit masa untuk difahami. Menurut Ustaz Faizal, untuk jadi seorang perawat bukanlah senang, seseorang itu perlulah seorang yang langsung tidak boleh bongkak,tidak boleh menunjuk-nunjuk/perlu merendah diri serendahnya, sentiasa mendekatkan diri sepenuhnya kepada Allah, menjaga diri dengan sentiasa menjauhi kemungkaran & ikhlas kerana Allah. Antara syarat wajib yang dikenakan, anak murid yang hendaklah berguru dengan beliau pun, perlulah seorang yang tidak meninggalkan sembahyang. Sebelum merawat, perawat juga perlu terlebih dahulu memasang dinding untuk diri & keluarganya. Abang F ada menceritakan kisah didatangi seorang bomoh kerena "mengganggu" urusannya).

Selepas menjemput Abg F (umur beliau aku anggarkan dalam umur 50 tahun), kitorang menuju ke rumah pesakit di Batu 4, tempat yang orang labelkan sebagai “Black Area” tapi aku tak tau la betul @ tak sebab bagi aku kalau kita jaga diri kita, orang pun takkan ganggu. Rumah pesakit memang jauh ke dalam kampung, meremang jugak bulu tengkuk, dah la naik kancil jer. Abg F pun bagitau, dulu dia pernah lalu di kawasan orang nak bergaduh-gaduh, berparang-parang di satu tempat di Tawau nie. Tapi dia lalu je & bertawakkal kerana Allah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.

Dalam perjalanan, ustaz memaklumkan yang punca pesakit amat sukar dikesan kerana jin yang mengganggu tersebut bukan calang-calang jin serta pandai bersembunyi dalam badan sehingga sukar untuk dikesan. Sudah lama jin tersebut menghuni badan pesakit.

Bagi aku pula, jin tersebut sebenarnya tidak bermaksud untuk memudaratkan pesakit tetapi secara tidak sengaja oleh jin tersebut, pesakit telah pun dimudaratkan.

Sampai di rumah pesakit, selepas beberapa ketika, rawatan dimulakan. Abg F memulakan dengan menyampaikan sedikit tazkiraH. Kemudiannya, aku terkejut apabila beliau meramal ciri-ciri pada pesakit dengan betul sekali selepas bertanyakan nama. Abg F memulakan rawatan beberapa ayat suci Al-Quran. Kemudian rawatan dimulakan daripada tangan, setiap jari-jemari untuk mengesan kedudukan makhluk tersebut. Kemudian ke bahagian kaki, jari jemari kaki. Rawatan diteruskan ke bahagian kepada pesakit.


Kemudiannya ke sendi lutut. Setiap bahagian yang ingin di”scan” diminta keizinan pesakit dan ibu pesakit. Tempat rawatan juga terbuka, di ruang tamu dengan disaksikan oleh bapa saudara pesakit.

Kemudiannya, perawat bertanyakan adakah kelainan yang dirasai pesakit. Pesakit memberitahu yang merasakan sesuatu pada bahagian dada.

Kemudian, perawat meminta lada putih. Lada putih ditekan di setiap jari-jari kaki dan lutut pesakit.

Selepas rawatan di atas dilakukan, makhluk tersebut masih gagal dikesan dan pesakit masih tidak merasakan apa-apa kesakitan.

Ibu mangsa juga ada memaklumkan yang jin tersebut amat licik, setiap kali dirawat, jin tersebut memang sukar dikesan.

Dengan tenang, Abg F meneruskan rawatan. Air mentah diminta sebelum dibacakan beberapa ayat suci Al-Quran. Beliau memaklumkan yang selepas air tersebut diminum pesakit, insyaAllah jin tersebut akan keluar jika dia berada di dalam badan pesakit. Selepas diminum pesakit, tiada reaksi yang diperlihatkan oleh pesakit. Perawat kemudiannya memaklumkan yang jin tersebut tiada di dalam badan pesakit (berkemungkinan jin tersebut telah lari selepas mengetahui kehadiran perawat).

Kemudiannya, perawat memaklumkan yang selepas ini, pesakit wanita tersebut berkemungkinan akan diganggu oleh beberapa mimpi buruk. Mimpi-mimpi tersebut merupakan petanda kemarahan daripada jin tersebut kerana tidak dapat memasuki badan pesakit lagi. Perawat memaklumkan dengan yakin, insyaAllah jin tersebut tidak dapat memasuki/merasuk pesakit lagi kerana diri pesakit telah dipagar selepas meminum air yang telah dirukyah tersebut.

Perawat memaklumkan, tasbih yang direndam di dalam air sebelum dibacakan ayat tadi hanyalah sebagai ikhtiar untuk memfokuskan/ikhtikad(kalau tak silap aku dalam bahasan arab) bukannya tasbih tersebut yang mendatangkan kebaikan.

Perawat seterusnya memohon, jika ibu pesakit ingin meneruskan rawatan seterusnya, pesakit perlu disediakan kain putih sebelum perawat melukis sesuatu rajah di atas kain putih tersebut dengan dakwat. Kemudiannya, pesakit akan dimandikan di depan halaman dengan disaksikan oleh ibu pesakit dan saksi terdekat. InsyaAllah, jin tersebut tidak akan mampu untuk mengganggu lagi selepas pagar diri pesakit ditambah kekuatannya. Pesakit seelok-eloknya dimandikan pada hari khamis malam jumaat iaitu malam penghulu segala hari.

Perawat memaklumkan yang jika pesakit masih lagi dirasuk jin tersebut, jangan ragu-ragu untuk memanggil perawat kerana jin tersebut paling senang untuk ditangkap dalam keadaan tersebut. Malah, jin tersebut paling senang untuk ditanya dari manakah dan apakah sebab jin tersebut mengganggu pesakit.

Selepas selesai sesi rawatan, tazkirah diberikan lagi rasional daripada setiap rawatan yang diberikan oleh perawat. Sekali sekali ustaz faizal mencelah. Sepanjang sesi rawatan, aku lebih banyak diam daripada bersuara sebab niat aku cuma hendak belajar sahaja. Perawat bagi aku memang seorang yang cukup peramah dan tak lokek berkongsi ilmu, tanya sahaja apa sahaja soalan, insyaAllah dijawab beliau dengan panjang lebar beserta ayat daripada Al-Quran. Banyak ilmu dan teguran yang perawat kongsikan. Antaranya, “Mengapakah makhluk tersebut memasuki badan pesakit?”. Jawapannya “Makhluk tersebut telah sebati dengan pesakit tersebut dan memilih pesakit daripada anak kedua tersebut kerana menyukai untuk menjadi tempat persinggahan bermula daripada umur pesakit 12 tahun lagi”.

“Kenapakah makhluk tersebut adakalanya tidak menunjukkan reaksi apabila ayat suci dibaca?”.
Ulasan daripada ustaz, “Ini kerana mulut kita sentiasa bercakap kotor/berdosa. Yang lainnya, kerana kita jarang membaca ayat Al-Quran maka ayat tersebut tidak berkesan. Kita juga jangan sekadar membaca tetapi perlukan penghayatan dan amalan. Ayat Al-Quran umpama pisau, walaupun setajam mana sekalipun, apabila jarang diasah, akhirnya pisau tersebut menjadi tumpul. Tapi, jika pisau tersebut sentiasa diasah, makin diasah makin bertambah pisau tersebut dan bertambah berbisa”.

Banyak yang dikongsikan oleh perawat, kalau nak tulis maybe berjela-jela lagi kot baru habis post nie. Bukan ape, jika ilmu tersebut tak dikongsikan, lambat laun aku akan lupakannya. Selepas pukul 10.15 malam, baru kitorang beransur pulang melalui sebuah kawasan perkuburan yang dikatakan “paling keras” oleh penduduk tempatan. Perawat bagitau kitorang yang macam-macam perkara yang penduduk pernah ternampak termasuklah keranda terbang di atas bumbung rumah penduduk, keesokkan harinya, 2 orang penduduk akan meninggal (puncanya, aku tak sempat tanya Abang F sama ada secara kebetulan atau sebaliknya). Beliau juga pernah Nampak sundal bolong di sebuah jambatan berkain putih, masa tu dia naik basikal jer, selepas tengok terasa basikal yang dinaikinya menuruni jambatan terasa berat. Dalam fikirannya, dia cuma terfikir, “Kat mana rumah perempuan nie?” sebab kawasan tersebut jauh daripada kawasan rumah orang. Sampai rumah, barula member dia bagitau yang dia telah tengok sundal bolong yang orang selalu perkatakan tu. Sundal bolong masa tu dok diam-diam jer, tak ganggu Abang F nie pulak.

Selepas Abg F dihantar, pukul 10,30 baru la aku & ustaz faizal sampai rumah. Teringatkan malam ni perlawanan Piala Malaysia masih tengah panas berlangsung, aku pun terus menyambung tonton bola (walaupun aku nie takde perasaan bila tengok bola). Alhamdulillah, Kelantan menang juga 2-1.



Hardy boy : Teringatkan ada kawan aku masa degree dulu yang bagitau kawan dia boleh lihat makhluk halus siap bagitau member aku “Aku nampak ‘menda’ tu tadi kat tepi ko!!!”, Mau tak meremang tengkuk member.

Menurut Ustaz Majid AKRINE, memang dia akui ada beberapa orang yang dianugerahkan untuk melihat makhluk halus. Ini kerana jin yang bersama individu tersebut sebenarnya yang “memberitahu” minda individu tersebut sehingga membolehkan dia “melihat” makhluk halus/hantu tersebut. Jin tersebut mungkin datang tanpa diminta, sengaja ataupun dipusakai daripada nenek moyang dengan disedari/x disedari.

No comments:

Post a Comment