Sambungan daripada entry saya terdahulu kisah keajaiban Islam: Kenapa Tak Rogol Saya???.
Baca nie ade terbaca mengenai artikel menarik daripada Ustazah Hamizah http://mrse1faaezmom.blogspot.com. So, saya minta share ye ustazah.hehehehe..
Baca nie ade terbaca mengenai artikel menarik daripada Ustazah Hamizah http://mrse1faaezmom.blogspot.com. So, saya minta share ye ustazah.hehehehe..
Saya tertarik dengan artikel tersebut kerana sebelum nie saya pernah berdebat & bertegang leher tentang isu tudung nie, bukan berdebat dengan perempuan tetapi dengan lelaki yang merupakan kawan rapat saya (semasa di Kuala Lumpur dahulu) tetapi mamat nie memang JAHIL tentang ilmu agama, nama dia je Islam tetapi selalu bawa balik perempuan-perempuan yang bertukar bersilih ganti ke rumah (memang bagi saya member saya nie seorang yang cukup hensome, memang dia pernah membukti depan saya yang dia dapat me"tackle" perempuan dalam masa beberapa min sahaja, tak sampai 30 min.
Dengan ayat manis & kereta mewahnya, siapa tak cair. Kata-kata yang keluar daripada mulutnya sungguh berkuasa sehingga dapat mencairkan perempuan yang mana perempuan-perempuan tersebut akan dia bawa hingga ke dalam bilik (sudah tentulah untuk meniduri perempuan tersebut).
Allah Maha Agung apabila suatu hari, lelaki ini disihir sehingga hampir menemui ajal di depan saya, tak lama kemudian barulah dia mula bertaubat (tapi sekejap jer).
Allah Maha Agung apabila suatu hari, lelaki ini disihir sehingga hampir menemui ajal di depan saya, tak lama kemudian barulah dia mula bertaubat (tapi sekejap jer).
Bagi lelaki nie yang saya namakan Mr. F, bagi dia semua perempuan bertudung nie adalah hipokrit berbanding yang free hair & bermacam2 lagi tohmahan buruk dia lontarkan kepada wanita bertudung. Semasa berdebat, dia pernah mencabar saya supaya tunjuk je mana-mana perempuan bertudung & dia akan "äyat" sehingga dia bawa masuk dalam bilik. Then, saya tak menyahut cabaran tersebut selepas puas berdebat, biarlah Allah sahaja yang tunjukkan kepada Mr. F nie, tak sanggup saya menanggung dosa saya yang sudah sedia menggunung.
Akhirnya, baru-baru ni saya terlihat, dalam ramai-ramai gadis yang dia kenal (memang dia nie seorang playboy), akhirnya dia berkahwin dengan seorang gadis bertudung. Bagi saya, ia bukanlah mustahil kerana walau lelaki nie "jahat macam jin" sekali pun, pasti dia akan cari isteri yang "baik macam malaikat".
Sehinggalah beberapa bulan selepas berkahwin, mulalah isterinya menanggalkan tudung, free hair, MASYAALLAH... Dan, bagi saya juga, ia bukanlah mustahil kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada kawan isteri saya yang menanggalkan tudungnya selepas kahwin kerana suaminya memuji dia lebih cantik jika tidak bertudung, nauzubillah, dunia akhir zaman....
HIKMAH BERTUDUNG DALAM ISLAM
1. Menjalankan syi’ar islam
2. Berniat untuk ibadah
3.Menutup aurat terhadap yg bukan muhrim
4. Kerana saya ingin taat kepada Allah yg telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin taat kepada Rasul-Nya, pembimbing umat dengan risalah beliau
6. Untuk memperoleh redha Allah (inya Allah)
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmatnya yg tiada putus
8. Seluruh ulama sepakat bahawa hukum mengenakan jilbab itu wajib
10. Bukan kerana bergaya
11. Bukan kerana mengikuti trend
12. Bukan kerana berlagak masih suci
13. Lebih baik suci dari pada zalim
14. Tidak sekedar bermaksud agar berbeza dari yg lain
16. Jilbab sesuai untuk semua wanita yg mahu menjaga dirinya dari bahan nafsu semata
17. Saya ingin menjadi wanita solehah
18. Saya tengah berusaha mencapai darjat takwa
19. Jilbab adalah pakaian takwa
20. Jilbab adalah identiti wanita muslimah
21. Diawali dengan memakai jilbab saya ingin menapak jalan ke surga
22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian
23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah
24. Para sahabat (sahabat Rasulullah yg wanita) juga berbusana muslim
25. Mereka merupakan tuntutan seluruh muslimah, begitu juga saya
26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yg sama seperti mereka
28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah)
29. Jilbab lebih melindungi diri
30. Membuat saya lebih merasa aman
31. Menjaga diri dari gangguan lelaki
32. Menjaga diri dari pandangan objek pandangan lelaki-lelaki yg hanya ingin ‘cuci mata’
33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki
34. Menjaga diri dari mata lelaki yg liar
35. Menjaga diri dari tangan-tangan yg ingin menjamah
36. Menghindar dari zina mata dan zina hati
38. Jilbab dapat menghindari saya dari sikap-sikap yg negatif
39. Jilbab dapat menghapus keinginan-keininan yg menyimpang
40. Membuat saya lebih bersahaja
41. Membuat saya lebih khusyu’
42. Menjauhkan saya dari perbuatan dosa (insya Allah)
43. Membuat saya malu bila berbuat dosa
44. Mendekatkan saya pada Allah
45. Mendekatkan saya pada Rasulullah
46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi
47. Mendekatkan saya pada sesama muslim
48. Mendekatkan saya pada ajaran islam
50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran islam
51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran islam
52. Ajaran islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yg kuno
53. Berjilbab bukan sesuatu yg kuno
54. Mengatakan jilbab itu kuno bererti telah menggugat autoriti Allah.
Imam Muslim menuturkan sebuah riwayat, bahwasanya Rasulullah saw bersabda;
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti punuk onta. Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya. Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”[HR. Imam Muslim].
HARDY BOY : SAYA AMAT KAGUM DENGAN WANITA YANG BERTUDUNG KERANA JIKA SAYA DITAKDIRKAN MENJADI WANITA DAN PERLU MEMAKAI TUDUNG, SAYA AKAN MENGAKU KALAH UNTUK BERTUDUNG. Sememangnya wanita yang bertudung ini amat kuat imannya, insyaAllah, yang adakalanya pemakaian tudung nie mungkin merimaskan dan "panas", tetapi panas lagi di akhirat nanti, dan pastinya pahala ganjaran yang diperolehi nanti amat tidak ternilai serta ia merupakan satu anugerah/nikmat yang Allah kurniakan hanya kepada wanita.....
Video - Kewajipan Menutup Aurat
No comments:
Post a Comment