MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, August 05, 2010

KISAH KEAJAIBAN ISLAM- "KENAPA TIDAK PERKOSA SAYA?"

-This is Islamic section-
Sambungan drp entry hikmah bertudung dalam Islam

KISAH BENAR hikmah Kenapa Islam mewajibkan bertudung & menutup aurat?!!
dipetik daripada www.facebook.com


Kisah benar ini berlaku di US. 

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.

Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.


Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.

Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak.

Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya!!! 
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. 
p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tersebut mengutamakan penutup auratnya semasa di US dan seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.].

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….



Firman Allah dalam surah An-Nur :
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”


Saya terfikir untuk create entry tajuk blog nie selepas melihat betapa JAHILNYA pihak-pihak Barat memandang penutupan aurat dan bertudung oleh WANITA ISLAM merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia. Ideologi mereka ini terus disebarkan untuk diserap oleh generasi muda Islam termasuklah segelintir belia Melayu....


Merujuk kepada sebuah ceramah agama di negara barat yang saya pernah lihat, ceramah tersebut membincangkan tentang kewajiban menutup aurat dan kenapa wanita Islam perlu menutup aurat.... Apa yang menariknya, ceramah tersebut dihadiri oleh golongan bukan Islam yang menjelaskan persoalan tentang isu-isu tentang agama Islam. Jawapan tersebut adalah seperti di bawah...


Kenapa wanita Islam perlu menutup aurat?

Jawapan penceramah tersebut
"Kehormatan wanita yang menutup tubuh badan dan aurat adalah bernilai lebih mahal dan tidak ternilai berbanding dengan wanita yang mendedahkan aurat dan kehormatannya kepada umum... Umpama hadiah yang ingin kita hadiahkan kepada suami kita, hadiah tersebut lebih bernilai dan lebih mahal jika diletakkan/ditutup dalam bekas tanpa diketahui orang lain berbanding hadiah yang dihadiahkan bulat-bulat tanpa dibalut apa-apa".


Maruah siapakah yang paling bernilai/terjaga,
antara wanita yang memakai hijab
(bertudung dan menutup badan mereka)
BERBANDING
dengan wanita yang hanya berpakaian bikini
(Mendedahkan badan mereka)?


Bagi negara barat, bikini menjaga hak asasi wanita?!!!



Adakah wanita suka jika mereka dipandang/disanjung lelaki kerana kecantikan tubuh badan mereka
(yang tidak kekal lama itu, takde orang tua yang masih berbadan cantik 100% seperti ketika mereka masih muda, makin tak cantik adalah)
ATAU
mereka disayangi seadanya
(dengan segala pakej diri yang mereka miliki, kerana insyaAllah nilai diri mereka itu akan kekal sepanjang hanyat walaupun kekurangn daripada kesempurnaan fizikal)?

Kaum Adam menilai ciri-ciri keseluruhan & dalaman kaum Hawa.
Umpama buah, kalau kulit luar dah buruk, dalam apa tah lagi... Kalau pandangan luaran secara kasar (perangai dsbginya) dah buruk, apa tah lagi ciri-ciri dalaman)....


Kepada bakal suami, percayalah bahawa mereka akan lebih hidup bahagia bersama isteri yang mereka nikahi kerana ciri keperibadian isteri mereka BERBANDING
suami yang memilih kecantikan semata-mata...


Suami akan lebih bahagia bersama isteri dengan berteraskan syariat Islam BERBANDING
yang mengahwini isteri mereka kerana nafsu semata-mata...


Ianya merupakan cara untuk wanita untuk melindungi kehormatan mereka. Segala yang aurat yang ditutup yang meliputi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan seperti dengan meggunakan hijab/ tudung dan pakaian adalah merupakan merupakan kecantikan yang hanya boleh disimpan terutamanya khas untuk suami mereka dan bukan untuk tatapan umum. Ia umpama seperti hadiah yang bernilai, dibalut cantik dengan kertas pembalut hadiah yang cantik yang ingin dihadiahkan kepada suami mereka tanpa suami dapat mengetahui apalah hadiah tersebut sebelum mereka berkahwin.


Kecantikan keseluruhan adalah khas untuk tatapan suami...


Selepas berkahwin, barulah aurat yang bernilai itu merupakan hadiah akan menjadi halal kepada suami. Suami sudah pasti akan tertanya-tanya dan wujudnya elemen surprise apakah hadiah di dalam kotak tersebut. Ketika ini, bakal suami akan tertnya kepada diri mereka, adakah mereka mencintai bakal isteri mereka kerana nafsu atau mencintai bakal isteri mereka secara sepenuhnya dengan berlandaskan syariat Islam?!!


Apabila mereka dihadiahkan hadiah tersebut selepas kahwin, maka mereka akan lebih menghargainya kerena betapa sukarnya untuk mencapai ke gerbang perkahwinan tersbut termasuklah terpaksa bertarung dengan NAFSU...

Islam always teach us to always be a humble servant no matter how beauty we are...


Memang, rupa paras wanita sebenarnya lebih cantik jika tidak menutup aurat tetapi ianya hanya untuk tatapan suami mereka sahaja....

Jadi, kepada bakal suami, janganlah takut memikirkan kalau-kalau isteri anda tidak kelihatan cantik (seperti ketika mereka memakai hijab) setelah mereka mendedahkan aurat mereka buat kali pertama kepada anda selepas berkahwin...
Percayalah, InsyaAllah, sesungguhnya kamu akan dapati bahawa mereka bertambah cantik ketika itu ditambahkan pula dengan kecantikan dalaman (Jasmani, emosi, rohani dan Intelektual selain daripada pegangan agama)...


Berbeza dengan wanita yang mendedahkan aurat mereka, sedarkah mereka adakah mereka disayangi kerana nafsu? Sukakah wanita jika mereka disayangi kerana nafsu semata-mata?!!...

Kepada para suami, sukakah mereka jika isteri mereka yang tidak berhijab menjadi santapan mata-mata para kaum adam di luar sana yang memandang dengan penuh perasaan bernafsu?!!! Jika anda suka, ianya sama juga seperti mereka menyentuh tubuh badan isteri anda.... Betapa murahnya & rendahnya maruah isteri anda....

Hikmah penutupan aurat (walaupun mungkin sedikit merimaskan, sebenarnya ganjarannya yang tidak terhingga akan diterima di dunia dan akhirat kelak yang kekal abadi. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara untuk kita mempersiapkan persiapan..).. Setiap detik anda berhijab, sebenarnya sepanjang itulah anda mendapat ganjaran pahala...

Kepada suami, janganlah biarkan isteri anda terus mendedahkan aurat mereka kerana anda juga akan turut mendapat saham dosanya....

Kepada wanita yang mendedahkan auratnya, jika anda tidak kasihani diri anda, kasihanilah bapa anda yang secara tidak sengaja terpaksa memikul dan berkongsi saham "dosa-dosa percuma anda" setiap saat anda mendedahkan aurat anda orang-orang yang tidak seharusnya....

Kepada isteri yang mendedahkan auratnya, kasihanilah juga suami anda yang saham dosanya juga bertambah-tambah kerana tanpa sengaja suami anda juga terpaksa menanggung serta berkongsi "dosa-dosa anda" setiap kali anda membuka aurat....





Hardy boy : BARU-BARU INI, ADA SATU PERISTIWA YANG MENGHAIRANKAN SAYA SEMASA SAYA BERJALAN HENDAK MENAIKI KAPAL TERBANG. 
Legging
DI DEPAN SAYA ADA SEPASANG COUPLE ISLAM (TETAPI FREE HAIR), BERJALAN MENUJU KE PESAWAT. YANG MENARIK PERHATIAN SAYA IALAH, MEMANG TANPA SEGAN SILU PEREMPUAN MUDA TERSEBUT MEMAKAI LEGGING (SELUAR YANG NIPIS DAN KETAT) SEHINGGA MENAMPAKKAN SETIAP SUSUK TUBUH DARIPADA DARIPADA PINGGANG HINGGA KE BAWAH SEHINGGALAH KE HUJUNG BUKU LALI SEHINGGALAH MENAMPAKKAN SETIAP ALUR. BERJALAN PULA TERGEDIK-GEDIK, DENGAN BAJUNYA YANG KETAT DAN SENDAT HINGGA KE PINGGANG (PEMAKAIAN LEGGING DI MUDA MUDI SEKARANG NIE PUN SEMAKIN MENJADI-JADI & MENJADI TREND). 
DISEBABKAN KAWASAN LORONG TERSEBUT SESAK DENGAN ORANG RAMAI YANG TERPAKSE BERJALAN PERLAHAN-LAHAN, SEAKAN TERASA DIA DIPERHATIKAN, TETIBA SAHAJA DIA KELIHATAN GELISAH DAN TERUS KELAM KABUT CUBA MENARIK BAWAH BAJUNYA SUPAYA DAPAT DILABUHKAN HINGGA KE PARAS PINGGUL (SEBAB NAK COVER BALIK SELUARNYA YANG KETAT TU). MASA NIE TAU PULA MINAH NIE MALU. MEMANG MASA TERSEBUT SAYA PERHATIKAN TERDAPAT BEBERAPA LELAKI BERADA DI BELAKANGNYA. TINDAKANNYA CUBA MELABUHKAN BAJUNYA TU MENYEBABKAN SAYA TERTANYA-TANYA, BUKANKAH TINDAKAN DIA MEMAKAI PAKAIAN KETAT TU IALAH UNTUK DITONTON OLEH ORANG RAMAI, KENAPA PULA MESTI DIA RASA MALU???hahaha (Tau plk minah nie malu, ingatkan TAK TAU MALU. Kalau malu, sure dia akan pakai pakaian yang lebih sopan).

Di bawah ini merupakan video bagaimana dengan bertudung dapat melindungi kaum wanita...





"Untuk kaum wanita, ingatlah juga bahawa kaum Adam mempunyai 9 akal dan 1 nafsu tetapi ada segelintir Adam yang 9 akalnya berjaya dikawal oleh 1 nafsu (Jadi tidak hairanlah jika jenayah yang mereka lakukan mengalahkan BINTANG lantaran mengikut NAFSU syahwat yang menguasai jiwa)
(TAHNIAH WAHAI HAWA KERANA,KEBANYAKAN 9 nafsu anda berjaya dikawal oleh satu akal SAHAJA.)..".






Jadi, kepada golongan yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan wanita seperti "SISTER IN ISLAM (SIS)" (yang terdiri daripada golongan intelektual tetapi sebenarnya jahil, nama "Islam" yang diperjuangkan pun hanyalah propaganda dan & taktik untuk memurtadkan lebih ramai wanita Islam. Anda carilah di dalam internet siapakah yang bertindak sebagai tulang belakang mereka, antaranya ialah anak mantan PM, sila rujuk sini dan sini), nantikanlah azabnya di akhirat nanti....  
Kalau golongan SIS ade terbace mengenai artikel ni, korang takde nama lain ke yang korang nak letak selain nak letak perkataan "ISLAM", kononnya nak "mempertahankan hak asasi wanita"!!!. Walaupun apa sahaja agenda korang, percayalah bahawa tidak semudah itu untuk umat Islam & Wanita terpengaruh dengan agenda korang melainkan yang jahil & cuma nama sahaja Islam semata-mata tetapi tidak mengamalkannya. SIS ini telah pun didakwa di mahkamah supaya digugurkan perkataan "ISLAM" dan diganti dengan nama lain namun dakwaan tersebut ditolak oleh mahkamah (Saya lagi la xfaham la). 
Banyak perkara yang kononnya NGO ini memperjuangkan hak asasi wanita yang amat membakar hati serta jiwa umat Islam memperlekeh/mempersendakan isu agama Islam seperti membantah poligami, memperjuangkan pemakaian hijab/menutup aurat kononnya kerana ianya menzalimi kaum wanita, mereka memperjuangkan mendedahkan aurat ini tidak menyebabkan gejala rogol...
Maklumat selanjutnya, sila baca di sini<<<





Web page SIS ini yang mempermainkan isu sensitiviti umat Islam
Which more protected women right, sexist clothe women or hijab women?


SAYA TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENYINGGUNG PERASAAN GOLONGAN-GOLONGAN WANITA ISLAM YANG GEMAR MENDEDAHKAN AURAT, MUNGKIN MEREKA BELUM CUKUP KUAT UNTUK BERUBAH DALAM MASA YANG SINGKAT, BELUM MENDAPAT HIDAYAH & MUNGKIN JUGA BERPANDANGAN YANG BERBEZA. 
LELAKI ATAU WANITA, HAKIKATNYA SEMUANYA WAJIB MENUTUP AURAT. 
SAYA CUMA HAMBA-NYA YANG DAIF & HANYA INGIN MEMPERINGATKAN SESAMA KITA & DIRI SAYA SENDIRI...

Conclusionnye, mana lagi cantik, buka aurat atau tutup aurat??? (^_^)
Video - Kewajipan Menutup Aurat



No comments:

Post a Comment