QUINGYUAN: Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.
Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.
Pakar kemudian terpaksa menggerudi tengkorak bayi itu bagi mencabut bahagian terakhir di sebuah hospital di Quingyuan, China.
Ketua pakar bedah, Li Guofeng berkata: “Sebuah pengecas telefon bimbit hitam terpacak di belakang kepalanya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kes seumpama ini.” Menurutnya, bayi itu bernasib baik kerana terselamat. “Jika ia terkena pada saluran darah, dia mungkin mati serta-merta,” katanya. - DM
kesiannye..sedangkan kite yg da besar ni kalai tercucuk jarum pun dah issshhhhhhhhhh..ni baby,eeeeeeeeee...kesiannnn!! :(
ReplyDeletethanks for ur comment cik rossa.. tu la, kekadang kita ni selalu cuai tanpa kita sedari kesilapan kita tu membawa kesan yang besar kepada orang lain (^_^)
ReplyDeleteya Allah!!,..seram!
ReplyDeletetu la Cik Nurul, kesian baby tu.... semoga dpt dijadikan pengajaran
ReplyDelete