MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, March 15, 2012

FOTO - WAD BERSALIN YANG DAIF DI HOSPITAL FILIPINA

 HARDY BOY - Saya pernah dengar pengalaman kawan-kawan yang terpaksa bersesak-sesak semasa proses sebelum, semasa & selepas melahirkan anak di hospital yang sesak tapi rasanya dorang taklah bersesak-sesak macam keadaan di bawah ni. Hopefully, keadaan begini tidak terjadi kepada my wife & hospital di Malaysia ini (^_^)


---------------------------------------------------------------


WAD BERSALIN YANG SESAK DI HOSPITAL FILIPINA


Inilah rupa wad bersalin di sebuah hospital di Filipina serta masalah ledakkan kadar kelahiran akibat campur tangan golongan tak masuk akal suatu agama.



Dunia tersembunyi? Kalau Azu tak baca artikel ini, sampai bila pun tak tahu situasi genting Hospital Besar di Manila yang menempatkan 300 orang ibu dan anak dalam sesatu masa. Bayangkanlah~Opps memang sukar nak menggambarkan keadaan sesak disana kan.

Selamat datang ke wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di Manila. Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2% setahun. Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang. Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam! Akibatnya Dr Jose Fabella Memorial Hospital, sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.

Persoalannya disini mengapalah padat sangat? Oh jawapannya sangat mudah. Filipina ialah sebuah negara Roman Katolik. Paus tidak membenarkan penganut Katolik memakai kondom, memakan pil perancang, melakukan pengguguran atau apa saja bentuk perancangan keluarga. Kesemua ini dianggap berdosa kerana "melanggar kehendak tuhan". Di Filipina 90% penduduknya adalah katolik.

Presiden Beningno Aquino III cuba untuk mengurangkan kadar kelahiran di Filipina dengan memperkenalkan pengajian seks di sekolah dan kempen perancangan keluarga bagi mengawal populasi Filipina yang telahpun mencapai 90 juta orang! Walaupun cadangan beliau mendapat sokongan rakyat, pihak Gereja Katolik Filipina menentang sehabis-habisnya cadangan Presiden. Mereka memberi amaran akan menyisihkan beliau dari gereja Katolik. 


2 comments:

  1. bersyukur melahirkan zuriat di HKL..... mohon share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan Puan, berkongsi itu amalan mulia (^_^)

      Delete