MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, February 18, 2014

Kahwin Muda

CUKUP MATANGKAH ANDA UNTUK BERKAHWIN DI USIA YANG MENTAH???

(Tertarik saya untuk memberikan respon kepada satu email yang saya terima apabila melihat ramai muda-mudi berdarah muda memandang ringan kepada perkahwinan (umpama main masak-masak) dan tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki perempuan)...

Assalamualaikum, bolehkah saya bertanya?

bagaimanakah cara mengelakkan daripada berkahwin muda?
saya pelajar sedang membuat kajian




  -------------------------------------------------------------

“CUBA STABILKAN DIRI, PENUHKAN DADA DENGAN ILMU RUMAHTANGGA, ILMU AGAMA, ILMU FARDHU AIN, ILMU HADIS BARU LA BERJUMPA MAK AYAH PEREMPUAN NYATAKAN HAJAT UNTUK BERKAWIN”.

 


Waalaikumussalam,


Persoalan pertama, tanyakan pada diri
"Atas Tujuan Apakah Untuk Anda Berkahwin Muda???"...
"Cukup matangkah untuk anda mendirikan rumahtangga???"
"Bersediakah untuk memikul tanggungjawab???"
"Cukupkah segala persediaan"
“ Cukupkah Ilmu Rumahtangga, Ilmu Agama, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Hadis???”
“Adakan terlebih dahulu KUNCI PEJABAT, KUNCI RUMAH dan KUNCI KERETA, kerana CINTA SEMATA-MATA tidak dapat membuatkan anda kenyang (^_^) ”...

kerana untuk mendirikan sebuah rumahtangga bahagia, bukan semudah untuk mengelakkan maksiat semata-mata, ianya lebih daripada itu, umpama ingin menerbangkan sebuah pesawat, jika tidak lulus lagi tempoh pengajian

i) Cukup kenalkah dengan bakal pasangan tersebut??? Boleh senaraikan 20 ciri-ciri negatif??? (Banyak ujian yang boleh dilakukan untuk mengenali bakal pasangan anda tanpa perlu dating berdua-duaan). Jaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan walaupun anda cuma berkawan biasa...
Jika alasan untuk elak maksiat, seorang ustaz pernah memberitahu saya jika dugaan sekecil maksiat pun tak dapat nak elak, inikan pula dugaan yang lagi besar semasa berkahwin.
Kalau setakat nak elak maksiat, kehidupan kini banyak maksiat berlaku di depan mata, kena la belajar bagaimana cara untuk elakkan maksiat tu kerana BERKAHWIN JUGA BUKAN UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU SYAHWAT semata-mata. Berahwin juga bukan setakat nk elak maksiat semata-mata. Contohnya jika kehidupan semasa bekerja terpaksa berhadapan dengan pelbagai golongan yang suka buka aurat, dedah sana sini, officemate pula suka pakai skirt pendek, takkan semua orang sebegitu kita nak ajak kahwin, tak cukup kuota isteri 10 sekali pun. Yang PENTING, KUATKAN IMAN MENGHADAPI DUGAAN DI DUNIA YANG FANA INI.
Maksudnya, maksiat tu kena la fikir MACAMMANA nak elak kalau cuma tu sahaja alasan untuk berkahwin muda mentah-mentah lagi, tak cukup matang...
Kahwin juga tidak boleh main redah tawakkal begitu sahaja. Untuk kenal seseorang memang kena banyak bersabar, kekadang makan masa bertahun-tahun berkawan biasa untuk mengenali baik buruk seseorang itu. Apabila sudah kenal baik buruknya, terpulang kepada diri sendiri nak teruskan untuk berkahwin atau memutuskan perhubungan tetapi masih boleh berkawan biasa.
Walaupun bukan semua, tetapi saya paling tidak membenci lelaki yang suka menggunakan alasan agama untuk mengaburi kelemahan diri dan mengambil kesempatan dengan memanipulasi AGAMA.
Ada juga segelintir lelaki yang terlalu mentah untuk berkahwin dengan gaji cukup-cukup makan untuk diri sendiri (bukan tidak boleh, kena la usaha lebih lagi lihat kemampuan mampu tak untuk menanggung Anak Dara orang). Pada masa kini, memang banyak jumlah simpanan kewangan yang diperlukan untuk mendirikan perkahwinan, takkan berkahwin pun masih nak bergantung kepada duit mak bapa, semua belanja kahwin minta mak bapa sponser, apabila mudah sangat nak berkahwin kekadang ada segelintir lelaki tidak terlalu menghargai hasil rumahtangga yang baru didirikan, mulalah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami & mula pasang kayu tiga.

CUKUP MATANGKAH ANDA UNTUK BERKAHWIN DI USIA YANG MENTAH???...
Apa salahnya jika seorang bakal suami cuba dapatkan pekerjaan yang elok, stabil dan terjamin sebelum mendirikan rumahtangga??? Stabilkan dulu pekerjaan (cukup untuk tanggung isteri dan anak-anak) & diri sendiri, beli kereta & sewa rumah, lengkapkan semua dalam rumah dengan duit sendiri, jangan nak berhutang dgn duit mak bapak, baru la bakal suami akan lebih menghargai isteri dan rumahtagga yang dibina apabila sudah berkahwin nanti.
Dah stabilkan diri, penuhkan dada dengan ilmu rumahtangga, Ilmu Agama, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Hadis baru la berjumpa mak ayah perempuan nyatakan hajat untuk berkawin. Nasihat ini bukan berunsurkan materialistik semata-mata tetapi dalam dunia ni & alam perkahwinan banyak perkara yang memerlukan wang ringgitdan perbelanjaan.

“CUBA STABILKAN DIRI, PENUHKAN DADA DENGAN ILMU RUMAHTANGGA, ILMU AGAMA, ILMU FARDHU AIN, ILMU HADIS BARU LA BERJUMPA MAK AYAH PEREMPUAN NYATAKAN HAJAT UNTUK BERKAWIN”.

HARDY BOY – Maafkan saya kerana mungkin anda tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, tetapi yang penting anda senaraikan dan pertimbangkanlah segala baik-buruk tindakan tersebut, kemudian TEPUK DADA TANYA IMAN.... JANGAN HANYA BERTAWAKKAL SEDANGKAN USAHA HANYA ALA KADAR SAHAJA.... wallahualam....

Boleh juga rujuk kepada entry saya terdahulu:
http://princehardy.blogspot.com/2011/07/berkahwin-ketika-masih-belajar-pada.html





ARTIKEL renungan (Bukan niat untuk mengaibkan tetapi sebagai ikhtibar)


"Perkahwinan Usia Muda" Banyak iktibar/pengajaran yang diperolehi dalam kisah ini sama ada kesilapan mereka, ibu bapa atau keluarga sekeliling.
"Cerai didakwa dirogol suami 4 bulan sebelum berkahwin" >>> kisah lanjut http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/cerai-dakwa-dirogol-bekas-suami-4-bulan-sebelum-kahwin.html
>>> kebenaran-terbongkar-punca-sebenar
>>> bekas-suami-nur-fazira-saad-janda-muda


--------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------
Dalam membuat keputusan itu carilah redha Ibubapa kerana redha Ibubapa juga merupakan redha Allah, jangan diikut ego "darah muda".

kisah lanjut : >>>sinarharian.com.my/pengantin-seminggu berkahwin-dibakar



Kisah lanjut >>> suami-tendang-perut-isteri-hamil-lapan.html

Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com.my/kes-cerai-di-malaysia-meningkat
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com
truestory.my

No comments:

Post a Comment