MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, July 13, 2015

Tips Membezakan Madu Asli dan Madu Tiruan


Kaedahnya ialah, Madu dicampur ke dalam gelas yang berisi air.
Madu tiruan akan mendap ke bawah gelas, terus larut dengan air tersebut dan mengeluarkan buih
Madu sintetik (buatan) pula akan terus larut dengan mudah dengan air tersebut.
Manakala madu ASLI akan terus turun ke dasar gelas yang berisi air tersebut dan sukar untuk larut kerana kepekatan madu tersebut yang tinggi serta kurang mengandungi air berbanding madu tiruan atau madu buatan (yang dicampur sirap atau gula).

 http://www.terapialfateh.com/wp-content/uploads/2014/12/pepaya.jpg




CARA MEMBEZAKAN MADU ASLI DAN PALSUCara Membezakan Madu Asli Dan Palsu . Sila kongsi maklumat ini dengan kenalan anda.
Posted by Kerja Dari Rumah on Saturday, 7 February 2015
Video eksperimen mengenali MADU ASLI DAN MADU TIRUAN

Tips lain cara membezakan madu palsu dan madu asli:
  1. Uji madu dibakar di atas senduk. Bakar bahagian bawah senduk yang sudah diletakkan madu di atasnya. Hasilnya jika madu itu asli akan mendidih dan buih akan tumpah dari senduk, jika madu itu palsu ia akan mendidih tetapi buihnya tidak sampai tumpah.
  2. Titiskan madu ke atas kertas. Hasilnya ialah jika madu asli, ia tidak akan membuatkan kertas basah. Sedangkan madu palsu akan terserap ke dalam kertas, kerana madu palsu memiliki kandungan air yang lebih tinggi.
  3. Uji menggunakan batang mancis, caranya dengan memasukan batang mancis ke dalam madu beberapa saat. Ambil dan gesekkan batang mancis tersebut agar menyala. Hasilnya jika madu asli, batang mancis tersebut akan menyala namun jika palsu akan sebaliknya.
  4. Uji dengan segelas air. Lakukan dengan cara menteteskan madu ke dalam segelas air. Hasilnya jika madu asli akan terus jatuh ke dasar gelas dan tetap berkumpul/tidak larut dengan air.
  5. Masukan madu ke dalam freezer, madu asli tidak akan membeku.
  6. Dengan cara mencampurkannya dengan kuning telur. Hasilnya jika madu asli, telur akan berubah warna dan terlihat seperti setengah matang.

No comments:

Post a Comment