MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, July 11, 2021

Petua Kurangkan Sakit Selepas Cabut Gigi

Sambungan entri saya "Cabut Gigi Tunggul / Akar" sebelum ni >>> princehardy.blogspot.com/2021/07/cabut-gigi-tinggal-tunggul.html

Tips yang saya untuk kurangkan sakit gigi selepas beberapa minit / jam cabut gigi
1) kemam kain gauze yang diberikan doktor seketat yang boleh bagi menyekat perjalanan darah keluar daripada gusi dan mempercepatkan darah beku / berhenti mengalir. Ini juga dapat membantu gusi yang berdarah tersebut mengecut (Tips ini untuk menyekat sebarang pendarahan yang berlaku untuk kurangkan pengaliran darah termasuklah selepas terkena suntikan atau luka. Saya dapat semasa saya sertai Angkatan Pertahanan Awam dulu. Tekan kawasan pendarahan dengan kain gauze, kain bersih, tisu atau tangan yang bersih, Bila tiada pengaliran darah keluar, darah di kawasan tersebut akan membeku/berhenti mguengalir).
Pengalaman saya, kurangkan kerap menukar kain gauze berkenaan yang akan melambatkan pendarahan gusi berhenti kalau boleh sehingga 3 jam. Tetapi, jika tidak selesa, anda bole tukar kain berkenaan.



2) Cuba dapatkan masa untuk cabut gigi berkenaan diawal pagi di mana pada ketika itu, darah dalam tubuh kita tidak mengalir sekencang ketika tengahari ketika kita aktif. Suasana sejuk di dalam klinik, kenderaan dan rumah juga memainkan peranan untuk melambatkan pengaliran darah dalam darah.

3) Bila kain gauze  berkenaan dicabut setelah tiada lagi pengaliran darah yang banyak, boleh juga kemam ais, air sejuk atau ais krim untuk membantu gusi di kawasan berkenaan cepat mengecut serta mempercepatkan pendarahan.

4) Tidur atau baring dapat mengurangkan pengaliran darah. Elakkan membuat kerja yang berat.

5) Makan ubat penahan sakit jika tidak yakin mampu bertahan sakit. Biasenya ubat bius akan hilang perlahan-lahan dalam masa 2 jam selepas cabutan gigi.

6) Jangan berkumur 1 hari @ 2 hari selepas cabut gigi untuk mengelakkan gusi kembali berdarah.
7) Jangan makan makan yang panas/pedas.

8) Jangan minum minuman yang panas.

9) Jangan merokok kerana nikotin dalam rokok akan mengurangkan darah untuk berhenti atau berlaku jangkitan kuman / bahan yang tidak perlu di dalam luka berkenaan.

10) Jangan gosok gigi semasa gusi masih lagi berdarah bagi memberikan peluang darah pada gusi berkenaan membeku.

11) Gusi mungkin akan membengkak dalam tempoh 1-2 hari akibat pendarahan berkenaan. Gusi juga akan perlahan-lahan mengecut yang akan menyebabkan kita terasa sakit dibahagian cabutan. Elakkan situasi merisikokan jangkitan kuman serta segera dapatkan rawatan doktor jika berlaku jangkitan.

No comments:

Post a Comment