MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, August 16, 2022

SCENE LUMBA "KL MENJERIT" KENAPA RAMAI YANG TERLIBAT DENGAN REMPIT ?

SCENE LUMBA "KL MENJERIT"

KENAPA RAMAI YANG TERLIBAT DENGAN REMPIT ?

Baru daripada melancong baru ni (dalam Malaysia je pun ), lihat hampir beratus-ratus motosikal RXZ memasuki highway.
Sebenarnya, ramai remaja Melayu yang minat dengan hobi dalam permotoran. Bermula daripada zaman sekolah dulu-dlu, ramai yang suka mengumpul koleksi atau permainan motosikal.

Bila sudah mempunyai kewangan, remaja mula membeli motosikal idaman mereka :-) . Saya pun bermula dengan motosikal ayah bawah gi keja, Honca C70 je :-) sebelum ada kemampuan kewangan masa di Universiti, saya membeli motosikal 2 stroke sebelum ter"jebak" dengan beberapa lumba haram, masa tu berkawan pulak dengan macam-macam daripada TZM, NSR, RXZ, EX5, 125z, Panther & macam-macam lagi, geng 4 stroke macam ex5 pun baru menuju kebangkitan dengan kemunculan ramai pomen-pomen hebat dengan pelbagai formula kelajuan yang sampai ada menuntut di Thailand (terkejut sebab dah terlibat, semua diterima macam adik beradik, adik beradik sebenar pun dah tak macam tu (Selepas beberapa kali accident & melihat kematian mat-mat moto lain di depan mata, saya stop tapi minat kepada dunia permotoran tak pernah hilang :-) ). Masa tu baru sedar, motosikal ini mempunyai kuasa besar untuk menghimpunkan dan menyatupadukan muda-mudi Melayu, kalau dah terlibat dengan bermacam-macam kumpulan permotoran, masing-masing automatik dah auto jadi declare macam adik beradik.. Ape hobi lain yang bole himpunkan orang kita sampai beratus-ratus tanpa kira kasta dalam masa yang singkat ??? :-)




Bila dah terlibat dunia "mat rempit" (dulu istilah tu takde lagi), elok istilah tu digunakan kepada "mat moto" yang suka langgar peraturan, bawak moto merbahaya sampai menyusahkan orang lain, yang bawa motor berhemah ni ko cop "mat moto" dah la. hahaha.. Bila usia pn dah mencecah berumur ni, aku dapat masih ramai geng-geng otai yang hebat dalam ilmu dunia permotoran ni, so kalau korang jumpe dorang kat tepi traffik light tu, jangan ko pandang menganjing, skali dia perah moto makan asap la ko.haha..
Bila aku terlibat berkawan dengan dorang, bercakap pulak dengan minat dalam bidang permotoran (masing-masing dah beranak pinak dah, dah bercucu pun ade), memang tak luak-luak ilmu dorang.
Pernah member follow je moto dorang masa konvoi, masa konvoi dorang berhemah je ikut peraturan, berhati-hati tengok kiri kanan tak bawa "membabi buta :-) ", kerja pun ramai yang dah kerja besar-besar, bila konvoi dorang akan berada di belakang sekali kerana kalau ade member-member yang moto break down jem piston bagai, dorang la orang pertama yang akan berhenti menolong. Tapi, bila dah dicabar, masuk je highway motor dorang berdesup hilang tinggalkan kita asap je kalau dah perah atas highway tu, meter cecah lebih 200**km/j. hahaha.. 

Kalau nak citer bab pomen motor, walaupun ade yang dah umur 50 60++ tahun, respek aku bila dorang bole lerai moto tu satu-satu kemudian cantum balik satu-satu balik, ikut macam-macam formula ikut pencinta kelajuan. Kalau nak citer formula kelajuan, kalau buat kitab, mau sampai kalah proffesor Phd, engineer moto Jepun pun geleng kepala mengalah menunjukkan betapa hebatnya ilmu kejuruteraan enjin permotoran dorang tapi ayat dorang macam biase la "LAJU-LAJU KO NAK GI MANA", menunjukkan betapa merendah dirinya otai-otai ni (walaupun Yamaha R1 ade belakang rumah, dorang cuma perah laju-laju atas highway je walaupun sesetangah jalan highway mcm planet marikh dah kekadang belum lagi yang berbonggol-bonggol macam bawa unta .hahaha..

Tapi gitu la, nasib seorang "mat moto" @ "mat rempit" (tahun sebelum 2010 dlu xde lagi istilah "mat rempit" tu), ade yang memandang sinis kepada dorang.. Jadi kepada yang suka melanggar peraturan (biasenye yang golongan muda-muda ni), menjadi tanggungjawab otai-otai ni untuk "bimbing" dorang yang darah tengah panas-panas lagi ni sbb baru dapat pegang handle moto, sticker harga moto pun belum tanggal lagi.. 
Bila saranan kerajaan untuk bina litar lumba atau litar drag di setiap negeri tu, memang dialu-alukan sebab masa tu boleh tengok ota-otai ni beraksi (kekadang tak mampu kita yang muda-mudi ni nak kejar) takpun dapat lihat air tangan pomen-pomen otai ni "buat moto" & "buat enjin", ade yang ambil ilmu daripada pomen thailand (sane ilmu kejuruteraan permotoran dorang hebat sbb barang pun murah, kalau tak, takkan la habis semua kenderaan dorang bole buat berlumba macam bot laju @ trak ladang skali pun, xmampu kita nak kejar. hahaha).

Apa-apa pun, aku kagum dengan semangat muda-mudi mat-mat moto ni, di sini kita dapat lihat bagaimana bangsa-bangsa Melayu serta Cina atau India bersatu-padu walaupun tak kira apa bangsa, agama atau warna kulit sekalipun, tak kira ko kaya atau miskin.. Mana nak dapat kumpul muda-mudi dalam ratusan orang yang mempunyai minat yang sama???
Semoga dikekalkan..

"ALL RIDER ARE BROTHER"..

No comments:

Post a Comment