MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, March 19, 2021

TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DAN PENGUCAPAN AWAM BERPENGARUH

TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DAN PENGUCAPAN AWAM BERPENGARUH

 

 

Pengenalan

Pernahkah anda terlibat dalam beberapa insiden dan peristiwa seperti di bawah?

i)       Diminta memperkenalkan diri di dalam suatu majlis.

ii)        Diminta menjadi pengerusi majlis.

iii)     Dilantik wakil kumpulan untuk berucap atau membentangkan laporan bagi pihak kumpulan.

iv)     Menyampaikan sepatah dua kata ucapan aluan atau ucapan balas.

vi)     Ingin menyuarakan pujian atau ketidakpuasan hati di hadapan khalayak ramai.

vii)    Dijemput menyampaikan ucapan berkaitan pengalaman anda.

viii)   Memujuk pelanggan anda untuk membeli produk, menyokong kempen atau anda dilantik untuk berunding mengenai sesuatu isu.

ix)     Mengadakan kelas pembelajaran secara sidang video.

 

Kisah Teladan Komunikasi

Sebuah kisah benar tentang bagaimana pengucapan awam berpengaruh dapat memberikan impak yang besar dan menjadi suatu fenomena. Mengisahkan mengenai seorang tokoh kemerdekaan dunia iaitu Mahatma Gandhi. Di awal kemunculan Mahatma Gandhi, pada 8 Ogos 1942,  beliau telah berucap di khalayak ramai menyuarakan kepada masyarakat India untuk bersatu. Hasil ucapan berkenaan, kongress India meluluskan cadangan yang dinamakan “Quit India Resolution” namun, jalan menuntut kemerdekaan masih panjang. Individu yang terlibat ditangkap dan dipenjara. Namun, ucapan Mahatma Gandhi berkenaan telah berjaya menyedarkan dan menyatukan masyarakat India untuk bangkit umpama singa yang dibangkitkan daripada tidur. Pada 15 Ogos 1947, India mengistiharkan kemerdekaan mereka.  

 

 





Thursday, March 18, 2021

MANISNYA UJIAN ALLAH

#motivasi
#CancerSurvivor

MANISNYA UJIAN ALLAH

Ketika dipinta syurga tanpa hisab, Tuhan sebaliknya mengurniakan ujian. Lalu hati bertanya, "mengapa yang dipinta Jannah sebaliknya yang dikurniakan musibah?"

Lalu Allah mengingatkan: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab.” (QS. Az-Zumar: 10)

Untuk mendapat syurga tanpa hisab, mungkin dengan pahala tanpa hisab jua. Lalu Allah berikan musibah kerana dengan musibah itulah kita membina tabah.

Allah tidak akan berhenti menguji, walaupun kita telah bersabar sekali. Justeru, Allah ingin kita bersabar berkali-kali. Sabar dalam bersabar itulah sabar yang indah.

Ada musibah, baru ada tabah...bila ada tabah baru ada Jannah. Ingat itu wahai diri...Setiap kali kau diuji!

[Ustaz Pahrol Mohamad Juoi]


Tuesday, March 16, 2021

RAHSIA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN DALAM ORGANISASI


RAHSIA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN DALAM ORGANISASI

Pengertian Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1996), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin iaitu melalui teladan. Maksud kepimpinan dalam pentadbiran awam menurut Kamus Dewan (1996) pula ialah sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi.



Sebuah kisah inspirasi tentang kepimpinan daripada kisah benar bagaimana T Kugan telah berubah nasib daripada seorang yang bekerja sebagai penghantar surat pejabat kepada seorang juruterbang Airbus A320, pernah menarik perhatian media sosial dan  kisahnya menjadi sumber inspirasi kepada ramai belia. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai kisah T Kugan, masa depan beliau berubah berpunca daripada peranan yang diberikan oleh majikannya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang memberi peluang serta dorongan kepadanya untuk menjadi seorang juruterbang AirAsia. Pemimpin yang baik juga bukan sahaja dinilai pada bilangan pencapaian, tetapi berapa ramai ketua yang dilahirkan.

Monday, March 15, 2021

Terharu - Saat seorang juruterbang melayan mesra seorang warga emas

Saat sebak,
bagaimana seorang juruterbang melayan dengan layanan yang cukup mesra salah seorang penumpang istimewa kapal terbangnya, seorang warga emas.


Thursday, February 04, 2021

KERJA PART TIME

Kepada yang mencari kerja part time terutamanya ketika Covid melanda, ada yang dibuang kerja, ada yang hilang punca pendapatan kerana perniagaan terjejas.

Kredit - https://www.centre.my/post/pekerjaan-gig-kerja-sampingan-atau-kerja-tetap