MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, March 18, 2013

Petua Dilimpahi Rezeki


~Islamic section~
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwDSF5gciWp-3gLtnQ7VdCkQVhkNRc3FjLu2iY6i1wgctj25G-Tf0mCUY6FGANWDjRKI7icayOeyhocLqWLWixR4e8gRcUnIRm95kGmERc8t8akI0l0Cq4t5ZCpfNQgvCP-Af_/s1600/rezeki.jpg

PETUA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSLsIU1pdp_mScuEZGyL8waLgUhYnoNGj_g1jY1qTNssXV7lbMO  

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Tuesday, March 12, 2013

Syria Conflict photo gallery

SYRIA CONFLICT

~ amaran : entry ini saya labelkan 18 SG TETAPI BAYANGKAN JIKA KITA BERADA DI TEMPAT MEREKA, melihat pun kita tidak sanggup inikan mereka yang setiap hari bersabung nyawa. YA ALLAH, SEMOGA UMAT ISLAM TERUS BANGKIT MEMBANTU MENUMBANGKAN REJIM BASYAR ASSAD LAKNATULLAH~

(Peristiwa di Lahad Datu ketika ini memberi kita sedikit sebanyak pengajaran, pengalaman dan perasaan yang dilalui oleh saudara-saudara kita di Syria...)

SYRIA - KEKEJAMAN REJIM BASYAR ASYAD (GALERI FOTO)

HARDY BOY - Sedih bila mengenangkan nasib umat Islam di Syria sehingga kini masih terus disembelih dan dibunuh. Yang terbaru semalam (11 Mac 2013), seramai 20 orang penduduk ditemui ditembak dengan tangan terikat di belakang di sebuah sungai di Syria, betapa kejamnya mereka dan umat Islam di sana dibunuh setiap hari yang terdiri daripada MENGIKUT SUNNI oleh rejim Basyar Assad yang merupakan pengikut Syiah (mereka menganggap darah pengikut Sunni adalah HALAL untuk ditumpahkan dan dibunuh selagi mereka tidak mengikut ajaran syiah. Syiah merupakan ajaran yang amat sesat walaupun kononnya mereka menganggap mereka mengamalkan ajaran Islam yang paling TULEN).  

Rejim Basyar Assad ini juga diberikan kekebalan oleh Presiden SYRIA Basyar Assyad untuk terus menyiksa, membunuh dan memperlakukan sewenang-wenangnya penduduk Syria berfahaman Sunni hinggakan kaum wanita dan kanak-kanak tidak dilepaskan daripada menjadi mangsa. Wanita-wanita juga turut menjadi mangsa diperkosa oleh rejim Laknatullah ini tetapi MEDIA dan DUNIA terus mendiamkan diri dan membutakan mata....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_vn5Jzk2V_96vK-AIwpkzcfw7M54xi9GUiWNm6Fr4T-lyNDUieq0vteIYopuCtHWh0WcphxH0XcmN-x1uRD0TxDoLSysiQCt2Yun67m6VghnEqObL7pAsUQkNweEQIH1GP8ni/s1600/bashar.jpg
Semoga Rejim Basyar Assad (yang menyokong fahaman syiah) terus hancur & tumbang

Yang menyedihkan bila media (termasuk terdapat beberapa media Malaysia tertentu) melabelkan pejuang-pejuang di sana sebagai pemberontak. Rakyat di sana terus disekat kebebasan menggunakan teknologi maklumat dan internet bagi mengelakkan kekejaman Rejim Bashar Asshad dibongkar oleh Dunia. Berita kononnya Israel menyerang Syria (dan dalam masa yang sama bersekongkol dengan US) sebenarnya hanyalah propaganda mainan Syria dan Israel bagi menyembunyikan kekejaman Syria terhadap rakyatnya.

SEMOGA penulisan entry saya ini membantu memaparkan kepada dunia kekejaman SYIAH DAN REJIM BASYAR ASSAD LAKNATULLAH yang sehingga kini tidak henti-henti menyembelih umat Islam di Syria (Terdapat banyak video, foto & artikel yang saya jumpa terlampau kejam & tidak berperikemanusiaan, hingga seharian terbayang-bayang, tak sanggup rasanya hendak share di sini ).... 
SEMOGA KITA SEMUA TIDAK PUTUS-PUTUS MENDOAKAN SAUDARA KITA DI SANA...

Wednesday, February 27, 2013

BERTAUBAT

~ISLAMIC SECTION~

Semoga kita semua x lalai & selalu muhasabah diri SETIAP HARI DAN KETIKA...
Semoga Allah menerima taubat kita dan ampunkan segala dosa-dosa kita & KITA TIDAK TERUS HANYUT DENGAN ARUS KESERONOKAN DUNIAWI...
INSYA-ALLAH.... 

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/62158_540924752596451_991040237_n.jpg
Klik untuk besarkan gambar

Tuesday, February 19, 2013

Hantu - Genting Highlands

HARDY BOY : TUKAR MOOD ENTRY KALI NI, NAK SHARE CITER HANTU BOLE??? hehehe... (betul tak betul, wallahualam walaupun jin itu memang wujud (^_^)

Plan nak gi Genting Highlands daripada dulu lagi tapi tak sempat walaupun dulu pernah jejak sekali tapi pukul 1 pagi la dgn kawan-kawan, gi jenjalan (bukan berjudi.hehehe)... 
(Entry sebelum ni saya pernah sharekan beberapa pengalaman saya berjumpa dengan "menda alah ni" depan mata (hantu, jumpa beberapa hantu penanggal dan pocong serta mengikut merawat pesakit yang dirasuk jin tak termasuk mendengar jin/bunian tiba-tiba menjerit marah kerana rumah/hutan mereka ditarah di tengah-tengah malam semasa saya berehat melatih pelajar silat berdekatan dengan sebuah gaung di sebuah kawasan perumahan), seram sejuk juga la tapi kita kena ingat bahawa "mereka" pun hamba Allah juga, InsyaAllah tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita jika sekadar penampakan sahaja melainkan seperti kes jika kita disihir dsbagainya. Tapi kalau kes dalam bilik hotel, pernah juga beberapa kali saya dok sensorang dalam bilik yang besar semasa berkursus sebab roomate tido ditempat lain tapi belum pernah la pulak jumpe "menda" ni walaupun member saya di bilik yang berhampiran saya nampak menda alah ni selalu bertengkek di penjuru hujung bilik masa dia sedang tido sepanjang satu minggu kitorang berkursus di hotel di Melaka, hampeh tol tapi member saya ni buat taktau je, malas nak layan.hehehe..)

Genting Highlands

Peta Genting Highlands




Boleh baca sini >>>HAKIKAT ALAM JIN
>>> KOLEKSI GAMBAR HANTU 

Loh Mahfuz


 ~Islamic Section~ 

Semasa blogwalking, tertarik untuk saya sharekan artikel di bawah, supaya kita jangan putus untuk bergantung harap & berdoa kepada Allah (^_^)

sumber :

 

Perihal Loh Mahfuz 

Hanif Bin Abdul Bahar : Asalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya perihal Loh Mahfuz yang sering disalah erti. Dikatakan bahawa setiap makhluk telah ditentukan rezeki, jodoh, maut di Luh Mahfuz, tetapi dia juga menyatakan setiap manusia telah ditentukan sama ada dimasukkan ke syurga atau neraka sejak lahir, adakah kenyataan ini benar? Kerana ini menjadi titik percanggahan dimana sering disalah ertikan kerana ada yang berfikiran bahawa sekiranya telah ditentukan masuk neraka dan syurga sewaktu lahir lagi, apakah gunanya seseorg itu hidup sedangkan ditakdirkan masuk neraka dan bg mereka yg ditakdirkn masuk syurga sudah tentu nasib mereka bertuah kerana ditakdirkan sebegitu. Mohon nasihat ustaz bagi merungkai salah faham ini.