MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, August 11, 2010

Kenangan Masa Ramadhan + My Besday...


MY PROFILE





Datang jer Ramadhan, teringat kepada beberapa kisah/kenangan aku dulu-dulu...


Darjah 6 -
A
ku pernah kena tolak basikal sorang-sorang sebab rantai putus, jauh pulak tu, dah pkl 8.00mlm baru sampai rumah. Orang lain pun dah lame dah habis berbuka puasa. Mak aku & famly bukan main risau, siap nak g wat report polis dah masa tu sebab takut apa-apa jadi kepada aku (yela, klu dulu ade henset, bole la dorang call tanye aku ade kat mane..hahaha..)




2007 - Aku banyak kali kena naik turun turun terowong jalan kaki sebab tempat parking dalam tunnel tu dah penuh, penatnya Tuhan sahaja tahu... Macam nak tercabut lutut rasenye...


Terowong hidroelektrik Cameron

2009 - Baru je dapat offer mengajar di Sabah. Masa ride ke Kota Bharu tengahari bulan Ramadhan (seminggu sebelum ke Sabah), lagi beberapa kilometer je lagi nak sampai bandar, ntah camner bike aku tetiba je engine blow. betapa seksanya nak menolak bike aku tu sorang-sorang, macam nak tercabut lutut pergi cari workshop. Sampai je workshop, dorang plk cakap dorang tak boleh repair, aduss, sabar ajala....

Terpaksa menolak lagi, yang paling seksa masa nak kena melintas jalan, dah la berat bike aku tu, mase ni la nak wat hal.... Last-last, ade jugak satu kedai yg sanggup repair walaupun dia tak biase. Kena overhaul. Aku cakap, aku sanggup bayar lebih sebab mane lagi nak cari workshop bulan-bulan puasa nie, nak patah balik bukan main jauh lagi...


- 1st time aku berpuasa dalam tempoh yang paling singkat iaitu masa baru sampai ke Tawau, imsak pukul 5.45 pg kat LCCT, berbuka 6 ptg lebih je sebab kat Tawau, siangnya lebih cepat...

- 1st time tempoh berpuasa aku yang paling lame, iaitu masa nak balik beraya kat kg, imsak kat Tawau dalam 4.45pg, berbuka kat semenanjung pukul 7.20ptg gitu.... Sabar je la.....



2010-
Terjumpa sebuah buku, dah lama cari buku nie, "KEAJAIBAN SAINS DALAM HADIS"....

1st time tertarik nak beli masa terlihat kat Jusco Klang... Entahla, terasa nak sangat-sangat beli tetapi kecewa sebab beg nak bawa balik ke Tawau dah penuh, susah nak isi lagipun berat jugak buku nie... Susah jugak nak kalau tak beli waktu tu, sebab bukan senang nak singgah book store Jusco tu...



KEAJAIBAN SAINS DALAM HADIS

Then, beberapa hari lagi sebelum puasa,terjumpa lagi buku nie, kat Book Store kat Tawau, ada satu je... Alhamdulillah, dah aku beli...

Bila bace buku nie, memang terdapat banyak bukti betapa ajaib dan agungnya Al-Quran.. Keajaiban sains yang baru ditemui 1-2 abad nie sebenarnya telah lama diterangkan di dalam Al-Quran....

Albert Einstein sekalipun, daya pemikirannnya yang genius dan hebat itu seperti "teori relativiti" yang hanya dapat dibuktikan 14 tahun yang kemudiannya menjadi titik permulaan sebelum Saintis barat baru mula menemui teori-teori lain di alam cakerawala ini selepas itu seperti black hole, sebenarnya juga telah lama diterangkan lebih 1000 tahun lalu semasa Al-Quran mula diturunkan... InsyaAllah, pada masa akan datang, akan aku kongsikan pada masa akan datang...

Maka, bagi aku, mungkin faktor tersebut menjadi punca keagungan Islam pada suatu masa dahulu.


8-Ogos-2010 (Ahad) Hari Besday -
Dok rumah jer, tak tau nak gi mana. Tetiba pagi tu, dapat bad news drp adik aku, enjin motor RXZ dia blow masa kat highway kat Slim River daripada KL menuju ke Teluk Intan dalam satu konvoi ... Yang geramnya, bole dorang tinggalkan macam tu je adik aku....

Nasib baikla, ade seorang Uncle Cina bawa lori tolong bawa adik aku & motosikalnya ke pekan Slim River. Banyak workshop tutup, jenuh juga dorang mencari... Akhirnya jumpa juga sebuah workshop yang sanggup repair, kena overhaul, tapi dia cakap pkl 8 mlm baru bole siap.... Adik aku call aku, minta "bank-in"kan RM350.. (Dalam hati aku, baru je nak saving utk beli tiket flight balik raya..huhuhu.. Xpela, yang penting dia selamat sampai ke KL)...

Malamnya, pkl 11 baru adik aku nie sampai KG. Baru.... Member-member konvoi tu, bole jer langsung tak ambil tahu, apa punya orang la....



9-Ogos-2010- Aku masuk ofis cam biase jer, takde orang kot ingat Besday aku... Masuk ofis, sunyi jer... Pkl 8pg masuk kelas jap.... Ada sambutan Pelancaran Program Ramadhan & aku betul-betul terharu, diakhir program tu dorang umum nama aku, dapat hadiah sempena Majlis Perkahwinan aku bln 6 baru nie..hehehe.. Memang tak sangka... Thanks (^_^)...



Hadiah daripada Kelab Staff (sayang lagi nak bukak) (^_^)...


Seminggu sebelum 8-Ogos-2010 (balik KL jap)...
Honeymoon kali ke-2 kot, tapi dekat-dekat jer, xsempat lagi nak honeymoon jauh-jauh. Maybe hujung tahun honeymoon kat Sabah or Cameron Higlands....
Get surprise present from my beloved wife for my Birthday. Walaupun ala kadar je disebabkan masing-masing busy & wife cuba nak bg surprise walaupun baru balik daripada kursus, but I really surprise & appreciate it . Actually aku plan nak dinner je, tapi xsangka plk ade cheese kek & dpt beberapa hadiah.....

Cheese Cake

With My beloved wife
[Lepas bergambar, kawan kitorang tgk wife aku cium tangan aku, then aku cium ubun-ubun wife aku (sbgai tanda wife aku mentaati aku & tanda aku meletakkan dia di tempat yang tertinggi), dia mcm nak menangis, terharu kot. ..hehehe..

Ahamdulillah sepanjang perkenalan dengan wife aku ni since 2007, belum pernah lagi kitorang bergaduh, kalau ade ape-ape hal pun, kitorang akan discuss elok2 sbb dengan berterus-terang, insyaAllah banyak perkara boleh diselesaikan. (Kalau aku marah, aku lebih suka diam jer, xbanyak cakap mcm biase, pastu wife aku mesti dpt tau yang aku tengah marah & dia akan pujuk aku dgn 2 - 3 ayat je. Bila aku dah sejuk sure dia akan mula perli aku cakap "Macam budak-budak suke merajuk".. Aku pun diam + malu2.hehehe. Aku klu marah pn kejap je, pastu cepat sejuk, sakit kepala klu pendam marah lame2.hahaha). Masing-masing kenalah menegur & memperbaiki diri satu sama lain. My wife nie bagi aku rupe parasnya biase2 jer tapi seorang yang taat, lemah-lembut & understanding walaupun kekadang tu citarasa kitorang berbeza. Aku amat menghormatinya & aku pun dalam proses untuk cuba menjadi seorang suami yang terbaik.
Walaupun ade member ofis aku cakap, isteri kena ikut je ape2 cakap suami sebab suami nie Boss!!!. Tapi bagi aku, xbest la
kalau camtu. Kalau sekali-sekala isteri kita "jual mahal" bila kita minta wife kita buat ape2, baru la seronok..hahaha..





No comments:

Post a Comment