hardy boy : Baru balik drp cuti panjang, dapat beberapa khabar menggembirakan lagi, alhamdulillah. Traffic blog pun makin naik mendadak, terasa seronok utk share ape-ape artikel menarik dalam dunia maya (Maybe 1 post utk satu minggu cukup la..hehehe). Bermula cuti sekolah bermaksud bermula la Musim Kahwin... So, baru nie berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis perkawinan & tak kurang juga kenduri tahlil saudara yang meninggal kemalangan dlm sebulan lebih yang lalu (perempuan & masih muda lagi, anak baru seorang).
"DAH BERTUNANG TAPI MENGAKU BELUM BERTUNANG" ?!!.. (^_^)
(walaupun bertunang nie hukumnya "tidak wajib dihebohkan" tapi takkanlah sampai kenalan terdekat pun nak disorokkan/taknak maklumkan peristiwa bersejarah tu).
[Tujuan saya menulis entry ini ialah menegur sikap segelintir orang kita yang suka merahsiakan status "SUDAH BERTUNANG" walaupun sudah menjadi tunangan orang (maybe kerana dorang tidak yakin akan terus setia untuk menjadi suami/isteri pasangan tunangan dorang. Akibatnya, mereka yang merahsiakan status "BERTUNANG" ini lebih cenderung untuk memutuskan pertunangan apabila ada orang lain yang ingin melamar mereka) & kebaikan mengistiharkan status "SUDAH BERTUNANG" tapi janganlah terlalu melampau-lampau sampai 1 Dunia tahu (^_^). ].
---------------------------------------------------
Hadis Rasulullah saw yang mafhumnya:
"Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita/lelaki apabila wanita/lelaki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'jelas'/tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / lelaki di atas pinangan orang lain.
Hadith Rasulullah SAW:
” Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya “. (HR Bukhari dan An-Nasai).
---------------------------------------------------------
Cuti sekolah nie pun ramai juga member yang bertunang tapi diam-diam je, bila ditanya tak mengaku, lepas puas dikorek-korek baru la mengaku sudah pun bertunang (^_^).hehehe.. Pelik juga ye kenapa hendak dirahsiakan PERISTIWA GEMBIRA INI? Alasannya
"Bertunang Je, Belum Tentu Confirm Jadi Isteri/Husband Lagi"
(Kalau dia tak cakap mcm tu pun, memang semua orang sedia maklum..hehehe.
Bagi aku, bertunang perlu("perlu" disini aku tak maksudkan "wajib") dihebohkan terutamanya kepada kenalan terdekat (tapi kalau nak hebohkan kepada satu dunia nie, yang tu terpulang kepada diri sendiri la, tak salah & tak wajib), manala tau tetiba ade orang nak datang meminang/merisik/menyimpan perasaan cinta, tau-tau bila dah sampai rumah perempuan, tau-tau perempuan idamannya dah jadi tunangan orang, kesian pula nanti). Kalau sebelum tu, habis semua perkara remeh-temeh hatta bersin pun nak dihebohkan dalam facebook...
Bila bertunang, merupakan peringatan kepada orang lain iaitu HARAM jika BERTUNANG DENGAN TUNANGAN ORANG LAIN, tapi tak bermaksud perempuan tersebut sah milik lelaki tersebut melainkan selepas diijab-kabulkan. Maksudnya juga, orang lain akan berhati-hati supaya tidak menjadi perampas tunang orang lain, walaupun ada juga kes, saat-saat akhir nak berkahwin pasangan tersebut putus tunang kerana ikut kekasih lain. Kalau setakat declare dah ade special boyfren/girlfren, kkdang orang kita ni hak milik orang lain tu la yang hendak dirampas, saje nak "test power/market diri" mampu tak menjadi perampas, banyak kes mcm tu yang berlaku setiap hari tapi susah kita nak dengar golongan perampas ni merampas tunang orang lain bila memang dorang dah sedia maklum perempuan/lelaki tersebut dah jadi tunang orang lain...
Ada juga sesetengah perempuan yang suka sorokkan statusnya dah jadi tunangan orang takut saham jatuh. Hasilnya ramai juga golongan ini yang akhirnya terpikat dengan lelaki lain sebab lebih hebat daripada tunangnya sekarang, asalnya cuma nak berkawan sahaja tetapi tersangkut disebabkan lelaki tu dalam diam cuba pihat hati perempuan nie. Salah perempuan tu juga kerana jika lelaki tahu perempuan ni telah jadi tunang orang, dia pun akan lebih menjaga batas pergaulannya & memang ramai daripada kaum adam ini ditakdirkan pandai memikat hati perempuan dgn pelbagai stategi. Jadi, perempuan perlu la mencegah sebelum parah. Berbeza dgn kaum lelaki, mereka takkan segan silu mengatakan mereka telah jadi tunangan orang.
Bila disorok tak mahu mengaku dah bertunang, bermacam-mcam cerita/fitnah yang keluar, orang kita nie biasela, kekadang ade juga mulut jahat, mcm artis juga,