MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, September 26, 2012

Cara Cari Jodoh

~THIS IS ISLAMIC SECTION~


macam menarik pula tajuk CINTA ni. Entry ini kesinambungan kepada tajuk entry saya terdahulu 
>>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA.


http://2.bp.blogspot.com/-gyfQD3ak2TU/T-gDtzsca1I/AAAAAAAAD0M/-MiaEsiUt7s/s1600/akad-nikah.jpg 

Untuk semester ini, ada sedikit kelainan kerana saya berpeluang sekali lagi mengajar student semester akhir. Bila dah semester akhir, masa ni dah sampai peringkat para pensyarah mencantikkan dan memperlengkapkan diri para pelajar serta membantu mereka menentukan haluan KAPAL masing-masing nak ke mana.

Yang menarik, pelbagai isu yang student suka tanya, antaranya:-

 >>> Haluan kerjaya masing-masing - Jawapan yang tu boleh baca entry saya Panduan Mencari Kerja (untuk fresh graduate).
>>> Masalah peribadi
dan yang paling fames ialah berkenaan MASALAH CINTA dan KERISAUAN UNTUK MENDAPATKAN JODOH (ada yang risau takde orang nak jadikan suami/isteri.hehehe)....

http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/04/surat-cinta-untuk-kekasihku1.jpg 

TERTARIK DENGAN SEGMEN "FIQH" pukul 1ptg tadi tentang JODOH iaitu apabila panel menyatakan SETIAP insan sebenarnya mempunyai BEBERAPA JODOH DAN BUKAN SATU JODOH SAHAJA DAN
terserah kepada kita untuk memilih JODOH YANG TERBAIK. JADI, UNTUK Entry ini saya kongsikan sedikit TIPS KAEDAH UNTUK MENCARI JODOH (suke student-student aku bila aku buka citer tentang TAJUK cinta ni.huhuhu)..

Ada juga yang KATA NAK TERUS KAWIN sebab BERCOUPLE ni HARAM, JADI saya cakap jangan la buat APA yang HARAM, cukuplah dengan BERKENALAN untuk dijadikan ISTERI/SUAMI... (jangan pegang-pegang tangan, jangan lakukan segala yang HARAM SEPERTI YANG DIHURAI SAYA DALAM ENTRY BERIKUT >>> HARAMKAH BERCINTA / BERCOUPLE ??? )

RAHSIA UTAMA KEPADA TIPS DI BAWAH IALAH ANDA PERLU MEMPERGIATKAN PERGAULAN DENGAN MENAMBAH KENALAN DAN DALAM MASA YANG SAMA ANDA SELALU BERDOA DENGAN BERSUNGGUH KEPADA ALLAH!!!! Makin banyak kenalan, insyaAllah kebarangkalian menemui jodoh-jodoh yang terbaik dengan akan semakin meningkat....



TIPS PERTAMA KAEDAH CARI JODOH (untuk lelaki dan wanita)
>>> Perbaiki TERLEBIH DAHULU 
- Cuba berusaha melengkapkan diri seperti dengan memperbaiki segala penampilan diri, gaya bergaul dan berkomunikasi, akhlak yang baik serta segala ilmu di dada tentang AGAMA. Dalam masa yang sama sentiasa berusaha menambah segala ilmu dalama  mempersiapkan diri menjejaki gerbang perkahwinan seperti mempelajari ilmu agama serta ilmu Alam Rumahtangga  [takkan 2-3 hari lagi nak kawin baru terhegeh-hegeh nak belajar tentang ilmu rumahtangga kot. Anda juga boleh belajar ilmu rumahtangga di entry saya >>>Kursus Pra-Perkahwinan (^_^) ].
>>> KEMUDIAN YANG PALING PENTING anda senaraikan segala ciri-ciri bakal pasangan yang anda ingini seperti turut melihat kepada 4 FAKTOR yang paling penting iaitu AGAMANYA kemudian kepada RUPA-PARAS (cukuplah sekadar sejuk mata memandang), KETURUNAN (yang baik) dan HARTANYA
KEMUDIAN, DARIPADA SENARAI PANJANG TU, CUBA ADAKAN CIRI-CIRI TERSEBUT  DALAM DIRI KITA SENDIRI TERLEBIH DAHULU (ini tidak, pasangan kalau boleh nak semuanya terbaik tetapi diri sendiri tidak.hehehe). KALAU NAK CARI PASANGAN YANG ALIM CONTOHNYA, KITA KENALAH RAJIN-RAJIN BELAJAR ILMU AGAMA. RIGHT???... ALLAH ITU MAHA ADIL, INSYAALLAH DIA AKAN MENEMUKAN KITA DENGAN JODOH YANG PALING SEPADAN & HAMPIR SAMA DENGAN DIRI KITA TERSEBUT. KALAU ANDA NI MAT REMPIT TEGAR, SEOLAH MUSTAHIL UNTUK ANDA DIKAHWINKAN DENGAN USTAZAH, BETUL X???

- DISEPANJANG TEMPOH PERKENALAN, BERSAMA-SAMALAH MENYELIDIK LATARBELAKANG KELUARGA BAKAL PASANGAN ANDA DENGAN MERUJUK kepada 4 FAKTOR DI ATAS (ianya lebih elok jika anda menyelidik secara diam-diam dan tersirat tanpa memaklumkan kepada bakal pasangan anda).

http://www.marufclub.com/maruf/wp-content/uploads/2012/08/cinta.jpg
Ada pelajar yang bertanya kepada saya APAKAH CIRI RAHSIA YANG PALING PENTING ADA JIKA LELAKI/WANITA TERSEBUT TIDAK KITA KENALI SANGAT??? JADI SAYA MEMBERITAHU, LIHATLAH KEPADA SEKUAT MANA PEGANGAN DAN PENGAMALAN AGAMANYA!!!! 
PELAJAR BERTANYA LAGI, KENAPA???
SAYA : KERANA BERDASARKAN PERKENALAN SAYA MUNGKIN MENCECAH RIBUAN MANUSIA, SAYA DAPATI BAHAWA LELAKI/WANITA YANG BERPEGANG KUAT PADA PEGANGAN AGAMANYA ADALAH YANG PALING TERBAIK BERBANDING YANG TIDAK BERPEGANG KEPADA AGAMA. MAKIN TINGGI PEGANGAN AGAMANYA, INSYAALLAH LELAKI/WANITA TERSEBUT MERUPAKAN PASANGAN YANG PALING TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PASANGAN HIDUP. SENARAIKAN APA SAHAJA AKHLAK BAIK YANG DIKEHENDAKI, SAYA YAKIN SEMAKIN TINGGI PEGANGAN AGAMA SEMAKIN BAIK AKHLAK DAN MEREKA PASANGAN YANG TERBAIK SERTA PALING BERTANGGUNGJAWAB DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA BERSAMA-SAMA.
TAK PERCAYA??? Saya cabar tuan/puan supaya LIHATLAH INSAN-INSAN DISEKELILING ANDA DAN TENTUKAN SEJAUHMANAKAH KEBENARAN INI !!!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgM44TbvjT8voq5_bsKskTddyPVWxn8HYdSqMVwPfV_yfnLh_JR3DIjau5_tSDE01i_RN1KHTd72Dc8oNcV6wyQuvLFJ4ruXdZ1IzUXoKPY24nh5QMoaRIC6MGyz26olDO0HZM_nQ/s1600/7+petala+cinta2.png

 TIPS KE-2 >>> KETERBUKAAN 
Bermaksud jangan terlalu cerewet sangat  dalam memilih pasangan hidup, cerminlah diri sendiri.hehehe.. Maksud saya, JIKA NILAI KITA DI PASARAN TINGGI (contohnya ramai yang beratur panjang untuk menyunting kita, bolehla diketatkan syarat tapisan dalam memilih calon pasangan hidup. TETAPI JIKA RUPA DAN KEPERIBADIAN KITA TIDAKLAH TERLALU BERNILAI KEBOLEH PASARAN TINGGI, mungkin rupa dan peribadi kita tidak terlalu menjadi rebutan RAMAI, tak salah jika kita menerima calon pasangan hidup yang seadanya TAPI DENGAN SYARAT si DIA MEMPUNYAI AKHLAK YANG TERBAIK DAN berpegang KUKUH KEPADA AGAMA. Kalau setakat nak yang cantik/hensem, itu semua boleh ditouch-up kemudian. KECANTIKAN LUARAN MANUSIA BERMULA DARIPADA KECANTIKAN DALAMAN.hehehe...

http://gentarasa.files.wordpress.com/2011/12/cinta.jpg

TIPS KE-3>>> PERGIATKAN PERGAULAN SOSIAL
Bermaksud di sini kita perbanyakkan bergaul dan menambah kenalan yang baik di dalam senarai kenalan kita. Walaupun anda wanita, TAK SALAH jika anda mempunyai ramai kenalan/kawan LELAKI, betul tak?? asalkan anda pandai menjaga adab pergaulan. BILA BERTAMBAH RAMAI KENALAN YANG BERLAINAN JANTINA, insyaAllah SEMAKIN TINGGI ANDA MENEMUI CALON JODOH PASANGAN YANG TERBAIK, (KEKADANG TU SIAP BOLEH PILIH-PILIH LAGI YANG TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PASANGAN HIDUP..).

Pada masa kini, tak salah juga jika wanita mencari jodohnya sendiri, mungkin anda boleh memohon pertolongan kepada para sahabat untuk mencadangkan calon untuk anda berkenalan terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan memih yang terbaik (tapi jangan terlalu cerewat, insyaAllah anda akan temui yang terbaik.. CEREWET TU SEPERTI HANYA MAHUKAN YANG TERLALU CANTIK/KACAK  DAN KAYA SAHAJA...). 


ANDA JUGA BOLEH MEMOHON BANTUAN IBU BAPA UNTUK CARIKAN/MERISIK JODOH YANG TERBAIK UNTUK ANDA!!!!
http://1.bp.blogspot.com/-T3IAWz3AVos/T84bYR2oNWI/AAAAAAAABYU/CfFscgx6aS4/s1600/etika-suami-isteri.jpg
 
TIPS KE-4 >>> CARI CALON DI LUBUKNYA...
Maksudnya di sini, DI MANA anda menemui calon anda, mungkin di situ menggambarkan ciri-ciri dan akhlak calon pasangan hidup anda. Maka, anda perlu selalu menghampiri lokasi di mana calon-calon pasangan idalaman anda mungkin akan berada. Jika mahukan seseorang yang berkebarangkalian elok AGAMANYA, perbanyakkanlah menghadirkan diri ke kelas-kelas atau majlis AGAMA SERTA MASJID TAPI DALAM MASA YANG SAMA NIAT UTAMA ANDA MEMANG INGIN MENDALAMI AGAMA (sekurang-kurangnya anda mendapat ilmu untuk kelangsungan hidup anda). 
Jika ingin yang suka ulat buku, mungkin anda kena selalu pergi libray sambil-sambil baca buku.
Kalau anda ingin yang suka shopping, cari sahaja di shopping kompleks (yang ni ramai yang tak gemar, habis duit anda nanti.hehehe). JANGAN PULA JIKA ANDA INGIN MENCARI YANG ELOK AKHLAK DAN AGAMANYA TETAPI ANDA SELALU MENDEKATKAN DIRI MEMASUKI DISCO atau Kelab Malam.hehehe!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjobmSrLDxcd5npDXd2SJfjDheBcDirLJWo2KHGC3bpsEX-i37mhQaPryDKrBTHP5mKmZrPiKh3YdGqOE2oSjLcrxMY1GiihKyuKo7wemzguvr8FiQkkB90Dn8pW2ldhbNFzVcJQ/s1600/beza+dosa+lelaki+perempuan.jpg



 TIPS KE- 5 >>> JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA
- SELALU PERBANYAKKAN BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH.



TIPS KE-6 >>> SELALU SOLAT ISTHIKARAH DAN SOLAT HAJAT
- Seeloknya SOLAT ISTHIKARAH DAN SOLAT HAJAT ini dilaksanakan di 1/3 malam pada pukul 3 pagi. Berdoa dan merayu kepada Allah dengan berdoa bersungguh-sungguh agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. SOLAT ISTHIKARAH juga boleh dilakukan untuk memohon kepada Allah memberikan petunjuk tidak hanya ketika anda menghadapi dilema dalam membuat pilihan terbaik.
- Jika anda menghadapi dilema sama ada CALON YANG ANDA PILIH ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK, ANDA JUGA BOLEH SOLAT ISTHIKARAH MOHON ALLAH MEMBERIKAN ANDA PETUNJUK UNTUK MEMBANTU ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN MEMILIH PASANGAN HIDUP YANG TERBAIK... INYAALLAH, ANDA AKAN DIBERIKAN BEBERAPA "PETUNJUK" APABILA TIBA MASANYA...

http://farm4.static.flickr.com/3065/2728002849_0cf392b5ec.jpg

TIPS KE-7 >>> TERIMA SEADANYA BAKAL PASANGAN HIDUP ANDA..
>>> Jika anda menemui calon jodoh yang terbaik, anda boleh memulakan dengan cuba berkenalan dan mengenali si dia terlebih dahulu. Jika si dia memberikan lampu hijau, mungkin anda boleh menyuarakan hasrat anda untuk menjadikan si dia pasangan hidup, maka anda ingin mengenalinya dengan lebih rapat dalam tempoh masa beberapa bulan. (Jika "LAMPU MERAH" tak salah jika anda cuma berkawan biasa sahaja). Jika masing-masing bersetuju, selepas tempoh tersebut anda boleh melanjutkan ke proses merisik, pertunangan dan ke alam perkahwinan. Jika dalam tempoh tersebut masing-masing mendapati tidak sesuai dan tidak serasi, tak salah jika anda memutuskan perhubungan sebelum anda memasuki ke alam perkahwinan kerana ianya lebih baik daripada bercerai semasa sah menjadi suami isteri. (Dalam memikat hati pasangan umpama ANDA MEMANCING atau BERMAIN LAYANG-LAYANG, jika respond negatif anda bole lepaskan talinya sedikit jika tidak tali akan terputus akibat terpaksa, kemudian jika respond kembali positif anda bole memintal kembali tali untuk terus dekat dengan anda. Begitulah tips tersebut diulang sehingga akhirnya IKAN atau LAYANG-LAYANG tersebut semakin mendekati anda).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeBBxBwP128DlpGKTP8pXmohY_hTI1vwbOXez6IC-5whj6n4Rxlkv10jDVxWS1uV6MBrs4fNN5S6tqtnM5xLuj7tLXo9vJ1Y4z9PlJJtGIDzZYgdcWbcALb33ZD_8gBy05hxf-/s1600/amni.jpg

TIPS KE-8 >>> JANGAN KECEWA JIKA CINTA ANDA DITOLAK..
Jika cinta anda selalu ditolak, janganlah terlalu memendam rasa, anggap ia sebagai percubaan untuk anda mencari yang lebih baik "LIFE MUST BE GO ON, RIGHT???". 
TERUS bangkit dan teruskan mencari CALON PASANGAN HIDUP YANG LAIN... 
Semakin banyak percubaan yang anda lakukan, lambat laun insyaAllah anda akan menemui KEJAYAAN. Mencuba lebih Baik daripada Langsung Tidak Mencuba, BETUL TAK??? (percubaan untuk anda suarakan hati anda juga perlu dirancang  dengan melihat kepada masa yang sesuai, jangan tergopoh-gapah, jangan terlalu mengejutkan calon pasangan jodoh anda...)..
MUNGKIN ALLAH INGIN MENGUJI ANDA, KERANA ALLAH AKAN MENGANUGERAHKAN PASANGAN HIDUP YANG TERBAIK DAN YANG PALING SESUAI DENGAN ANDA, MUNGKIN CALON PASANGAN ANDA YANG MENOLAK ANDA TADI TIDAK SESUAI DENGAN ANDA... 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifgf1aHL0HpdWySLwU44_WUESOKPYdLJ8NPfEcnffZ79WfYHO3nL3IcJcqTDRt5MuCGKiDoR_18eq21MJF2qhvvT58do-jveseu46apTFXmRoHef9Me0N06VXg7F11pnm9gx1IBA/s1600/7+petala+cinta.png


TIPS KE-9 >>> BERUSAHA MEMBINA KEHIDUPAN, KERJAYA DAN MENYEDIAKAN "KUNCI" PEJABAT, RUMAH DAN KENDERAAN ..
>>> terutamanya untuk lelaki, cubalah membina kehidupan yang berjaya seperti mendapatkan pekerjaan tetap dan membina kerjaya yang stabil, ini sedikit sebanyak akan menarik calon-calon pasangan untuk mendekati anda. Bila anda mempunyai kehidupan yang stabil, ini juga akan mempengaruhi keyakinan calon-calon pasangan anda untuk berkongsi hidup dengan anda sehinggakan ibu bapa pasangan anda berkeberangkalian akan menerima anda nanti dengan senang kerana mereka yakin anda dapat membahagiakan anak mereka (^_^) disamping menepati "4 FAKTOR".



BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL 
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
PENCARI JODOH juga mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kiat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Jangan tersilap membuat pilihan dan turut berhati-hati...



“Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta" 



http://www.terapienergi.com/wp-content/uploads/2012/03/berdoa-190x160.jpg

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan la kan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,”

http://2.bp.blogspot.com/-gyfQD3ak2TU/T-gDtzsca1I/AAAAAAAAD0M/-MiaEsiUt7s/s1600/akad-nikah.jpg Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Konsep Meminang

“Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang.

Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,”

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, menurut Ustaz Hassan Din , bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri.
Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga.


http://lagisensasi.com/wp-content/uploads/2011/08/Oki.jpg




Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.




INGATLAH JUGA, UNTUK ANDA BERKAHWIN, ADAKALANYA RAMAI YANG MENDIRIKAN RUMATANGGA MENEMUI JODOH MEREKA DALAM MASA YANG SINGKAT SAHAJA JIKA ALLAH TELAH TAKDIRKAN, INSYAALLAH.... (TETAPI DENGAN SYARAT, DALAM MASA 3-6 BULAN ITU MEREKA PERGUNAKAN DENGAN SEPENUHNYA UNTUK MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN, BUKANNYA MELAKUKAN YANG HARAM YE DAN MENJAUHI PERGAULAN YANG BERTUNJANGKAN NAFSU SERTA MAKSIAT.)...



http://aidanatasya.com/wp-content/uploads/2012/04/capture-20120407-212317.png  

 >>> Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!


Entry blog lain saya saya "google" berkenaan dengan tajuk nie>>> Sukar Mencari Jodoh? - kaedah


JIKA ANDA BELUM MENEMUI JODOH LAGI BUAT MASA INI, SAYA DOAKAN ANDA DIANUGERAHKAN JODOH YANG TERBAIK INSYAALLAH..
TINGGALKAN SAYA SEBARANG KOMEN DI BAWAH JIKA ANDA INGIN SEBARANG PANDANGAN SAYA, INSYAALLAH SAYA AKAN MEMBALASNYA...
SELALU PERBANYAKKAN BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH....
ALLAH MAHA ADIL MENGANUGERAHKAN PASANGAN SUAMI/ISTERI YANG BAIK UNTUK MEREKA YANG BAIK...
JADI CUBA UBAH DAN MEMPERBAIKI DIRI KITA TERLEBIH DAHULU (^_^) 



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieyb_hmsnL21kdVjLQGzWE2Ivig4JtIIdncMQkiSwiKejDSzFC1TOQHJrL9U0HTM3QawNIEXhFl2rUgdF_KH5vOfanMuhzBtR-7jowkd5MlHptEtv1ttsQ8aq26ZWXtBtaqgnawQ/s1600/ALLAH-_heart.jpg
CINTA PADA ALLAH ADALAH CINTA YANG PALING ABADI...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi46MfBQUNVqCWesqTrU-r435Y12NPF3vDI0ipuFEwdB35SUR3MvoPTHaj3OuuFbcyUpDpy9MfnSUqO6hZkEKxfLZMWPzBeryz1et6hL4BY5gtP5z97JOVMSj6bvlrtYFrsVViTcA/s400/perkahwinan.jpg


hardy boy - Pandangan di atas merupakan pandangan peribadi dan tips daripada saya yang mungkin bergantung kpd kesesuaian dan keadaan. Jika ada  lagi tips lain, saya akan update entry ini lagi.hehehe.. BERGANTUNG HARAPLAH KEPADA ALLAH KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL & TIDAK AKAN MENZALIMI HAMBANYA, DIA JUGA YANG LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK SERTA JODOH PALING SESUAI UNTUK HAMBANYA...

JIKA ADA DI DALAM PERKARA DI ATAS YANG TERSILAP & TIDAK TEPAT, SAYA MENYUSUN JARI MEMOHON AMPUN..... 

 


 



14 comments:

  1. info yg bguna. saya bersetuju dgn tuan, adakalanya manusia terlalu cerewet memilih, mahukan yg paling cantik walaupun dirinya sendiri tidak sehensem mana(mungkin mereka lupa nk cerminkn diri sendiri terlebih dahulu & lupa utk mengukur baju di badan sendiri).
    jadi saya bsetuju dgn tuan, kita perlu senaraikn ciri-ciri pasangan hidup idaman kita kmudiannya cuba adakn ciri-ciri tersebut pd diri kita terlebih dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena memilih kerana islam menekankan kepada agama ....takkan kita nak kawin dengan penagih dadah kan??

      Delete
    2. betul tu, memilih boleh cuma jgn ter"LAMPAU" memilih sangat.hehehe

      Delete
  2. Nice sharing hadi... amboi student2 STE... cemerlang dari semua sudut.. Alhamdulillah~~

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt... terima ksih diatas nasihat yg sgt berguna... rsa bersemangat lak... dn diharap sy akn bertemu dgn jodoh yg baik... thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah saya doakan... (^_^)

      Delete
    2. SEMOGA ANDA MENDAPAT JODOH YANG TERBAIK, INSYAALLAH...

      Delete
  4. salam. mimi di sini....bagaimana nak berhadapan dengan orang yang asyik tanya 'bila lagi nak berdua' bukan kita tak mencari sedang mencari dan dalam usaha,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam MIMI...
      Kalau ada yg tanye, cakap je
      "klu ada jodoh, InsyaAlllah sampai la tu jodoh kita bila tiba masanya (^_^)"

      saya tertarik dengan petikan facebook sahabat perempuan saya

      "Soal mereka:
      "Kamu dah nak abes belajar kan?takkan takde 'kawan' lagi.Lama2 belajar kt Universiti tu,takkan laa sorang pun takde.

      Jangan dok jual mahal sangat...
      kenal2 dulu..bla..bla.."

      Jawab saya:
      1)Jawapan main-main:
      "Saya tak nak kawan,saya nak kawin je,boleh?" ngeh3.
      *sambil sengih selamba* ;D

      2)Jawapan yang keluar dari mulut ini:
      "Belum sampai masa lagi.InsyaAllah,panjang umur,ada jodoh,jumpa laa nanti calonnya".

      3)Jawapan dalam hati kecik saya:
      "Saya sedang menanti jodoh pilihan Allah buat saya.

      Tugas saya sekarang,persiapkan diri untuk menjadi sayap kiri si dia." *fuhh,ayat..cannot go.:p*

      Bila saya teringat janji Allah pada kita tentang soal jodoh ni,rasa nak senyum je.=)

      Sweet sangat cara Allah pujuk kita.Betul!

      Kalau tak percaya, jom sama-sama kita wat research dalam

      surah An-Nur,ayat ke 26. Kata Allah yang Maha Penyayang:

      "Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."

      Sweet,kan?kan?^_^

      err,ape? tak sweet? okies.takpe.Saya nak cakap ayat tu sweet gak.Peduli hape.lalala~ =p

      Kata ust Hasrizal pula,kurangkan agenda MENCARI soleh/solehah.

      Tapi,Lebihkan agenda MENJADI soleh/solehah.

      ehem,saya tak kata saya gadis yang baik.

      Makanya,dengan itu saya layak dapat jodoh yang soleh.

      Owhh,tidakk...tidak sama sekali."...

      Cukup bernas hujah kawan saya tu....
      "INSYAALLAH KALAU ADA JODOH, SAMPAI LA MASANYA NANTI"...

      Ayat cinta dari Allah & kata-kata ustaz Hasrizal tu semacam

      satu dose yang buat saya rasa nak berubah jadi baik.

      Bukan semata-mata nak jodoh yang baik.takk..

      Banyak sebab lain.

      Solely,kerana Dia.insyaAllah.Moga Allah redha.

      Jadinya,mari sama-sama kita perbaiki diri & jadi muslim yang sebenar.

      Dan sama-sama kita percaya dengan janji Allah.

      Sebab apa kena percaya?

      Sebabnya, janji Allah itu pasti,insyaAllah:) "


      Memang cukup bernas hujah drp note facebook sahabat saya tu, jodoh itu ketentuan Allah cuma kena sentiasa berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah agar dipertemukan dengan jodoh terbaik.....

      Delete
  5. tambahan info panduan mcari jodoh drp Dato' Dr Fazillah Kamsah ;-)

    http://princehardy.blogspot.com/2011/02/60-panduan-utk-mendapatkan-jodoh.html?m=1

    ReplyDelete
  6. salam.
    Saya rabiah,say nak minta jsa baik saudara berikan sedikit pendapat mengenai situasi saya skrg. saya berumur 27 thn dan merupakan kakitangan kerajaan yang sedang bercuti belajar di tahun 1.saya bkenalan dgn seorang lelaki yang juga merupakan pelajar di universiti yg sm tetapi sudah di tahun akhir dan mjuda dari saya 2 tahun.sblm ini sy sgt particular ttg usia psngan ttp stlh bkenalan dgn dia sy dapati ada sesuatu pd dia yg menarik ht sy..km msh lagi dlm tempoh taaruf,dia seorang anak yg baik ttp sy belumpun bjumpa dgn keluarganya.disebbakan umur sy sudah menginjak akhir 20 an..sy jadi takut dan ragu2 krn dia lbh muda dan selalu berperasaan negatif.di pihak sy,sy menganggap umur kala ini sdh sesuai utk mndririkan rmhtangga,ttp berlainan pula dgn pendapat di pihak dia,,katanya lbh baik teruskan dan habiskan pelajran d krn dia juga mahu sambug master dan phd slps inisaya jadi buntu..kdg2 sy rasa ada btlnya pndpt dia tapi sy jadi takut..umur sy makin meningkat..harap dpt beri pendapat. email saya rabihasha@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabar ye akak, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Saya sarankan akak baca dan amalkan doa2 pendekat jodoh dan mudah disayangi oleh orang lain..

      Baca disini doanya >>
      Doa Minta Jodoh Sampai Cepat

      Delete
    2. salam saudari Rabiah,

      apa yang penting, saudari perlu berbincang utk mendapatkan persetujuan bersama dan cuba berbincang dalam memilih keputusan yang terbaik.

      lelaki tersebut juga boleh juga memilih untuk menyambung pelajaran secara sambilan apabila sudah berkahwin nanti...

      saudari juga boleh meminta nasihat daripada orang-orang dan ahli keluarga lain yang lebih berpengalaman...

      saudari juga boleh mengikat pertunangan jika keadaan mengizikan... Yang penting, saudari perlu memastikan kepada komitmen yang diberikan oleh lelaki tersebut sama ada benar-benar serius dgn perhubungan tersebut...



      m_izuddin - terima kasih di atas perkongsian saudara (^_^)

      Delete