Alhamdulillah, hari ni berkesempatan siapkan juadah Potluck untuk jamuan kakitangan tempat kerja.
(Keja kat manae? Biarlah misteri, nnti LHDN senang nk cari. hahaha)
Maafkan saya klu saya masak tak sedap. Haha 😆
Rahsia masakan yang sempurna di hotel mewah, WAJIB MELIBATKAN 6 DERIA RASA iaitu
- MATA (deria penglihatan - presentation masakan yang sempurna dan nampak menarik),
- HIDUNG (mempunyai bau-bauan yang wangi dan menyelerakan termasuklah bau di dalam bilik santapan berkenaan),
- TELINGA (deria pendengaran - bunyi masakan yang kita masak, contohnya bila kita makan kerepek kentang, kedengaran kerangupan kerepek yang kita kunyah tu, aspek tu pn syarikat makanan siap buat kajian lagi memastikan bunyi yg sesuai & ber"bunyi" sedap,
- SENTUHAN (KULIT - bila kita pegang makanan tu, terasa terkstur yang berbeza, panas, sejuk, kasar @ lembut),
- RASA (LIDAH - bila kita makan terasa perlbagai rasa dlm masakan kita tu) serta
- PERASAAN (NALURI - bila kita makan terasa betapa penuh kasih sayang chef menyediakan makanan berkenaa, che waaahh 😆,
MASAK DENGAN PENUH KASIH SAYANG, MASAK DARI HATI ).
Time kitorang jual masa ekspo masa belajar kt UTHM Johor dulu, mmg sold out sampai xcukup barang, selera org korang xtau la kena @ x 🤣🤣. Kesilapan terbesarnya, kami jual terlampau murah, RM1.50 JE SATU, untung berapa sen je. hahaha
UTK ZAMAN SEKARANG KENA LETAK RM3 ATAU RM5 KOT, ikut portion makanan berkenaan.
HARI NI, PROSES UNTUK SAYA SIAP MASAK SEMUA 20 BIJIK ROTI HAMLET NI MAKAN MASA HAMPIR 2 JAM JUGAK, RENYAH JUGA SEBAB KENA MASAK DENGAN PENUH KASIH SAYANG, LEMAH-LEMBUT TAKLEH KASAR-KASAR.
(Aku ni jenis kalau masak memang suka guna api besar, masak cepat-cepat taknak lambat-lambat tapi utk masak roti hamlet ni memang AKU terpaksa mengalah masak perlahan-lahan kalau tak memang tak menjadi sebab dia punya tekstur wajib seimbangkan lembut & keras, ada rasa ter'bakar' sikit sbb kita bakar roti tu, kena 70% lembab, 30 % kering, tidak terlalu manis, tawar @ berminyak) tapi kalau makan sebijik tu dah cukup dah kenyang xnak makan dah yang lain. hahaha).