You are in Islamic section (Ada juga follower-follower & pembaca saya non-muslim tapi saya langsung tak berniat untuk bermain dgn isu keagamaan, cuma sekadar untuk mengingatkan umat Islam supaya tidak terus lena).
Ada korang nengok iklan Aidilfitri kat TV3? Diorang ni nak buat iklan 1Malaysia mungkin tapi iklan tersebut nampak bodoh dan macam orang takde agama. Agama islam dihina secara halus depan mata kita sendiri. Iklan tema raya ala 1 malaysia. Siapa yang buat iklan ni? Orang Islam sendiri atau bukan? Mungkin ramai antara korang yang akan cakap orang Melayu kita terlalu sensitif dan kekampungan. Kononnya korang tu orang bandar la ye tak?
Benda melibatkan agama ni kena la sensitif sikit kot. Tak boleh nak pandang remeh temeh lagi. Pandang sekeliling kita, tak nampak apa isu yang tengah hot sekarang? Dan kepada TV3, tolong tarik balik iklan ini!! TV3 sekarang ni "macam dibayar" untuk buat semua ni. Bermula dari Juara Lagu ke cerita-cerita yang ditayangkan (lucah-lucah di bulan Ramadhan), sampailah ke tahap iklan ini.
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu
Sungguh halus apa yang cuba diselitkan dalam iklan ini. Terpulang pada kita semua. Pada Khai bila pertama kali nengok iklan ni pun, dah nak geleng-geleng kepala. Mula-mula iklan dah hancus. Bila la TV3 nak prihatin sikit pada agama ni ye? Owner orang Islam kot tapi kenapa mesti jadi begini?
Konsep 1 Malaysia tak boleh disamakan dengan konsep 1 Agama. Ada otak pakai la dey!!
Update: Pihak TV3 telah menarik balik iklan ini kerana mengambil kira pendapat penonton yang mahukan iklan tersebut dihentikan tayangannya. Terima kasih TV3 dan Datuk Farid Ridzuan
No comments:
Post a Comment