MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, June 03, 2011

PIC SEMASA SEMINAR KERJAYA'2011

Baru-baru ni saya berkesempatan jadi penceramah SEMINAR KERJAYA KOLEJ KOMUNITI, TAWAU pada 11 Mei 2011, sebaik sahaja balik drp berkursus 11 hari di Terengganu. 

Alhamdulillah, pagi tersebut walaupun blackout pada pukul 7.45 pagi tetapi keadaan pulih kembali pada pukul 9.00 pagi. Ingat nak cancel je bengkel tersebut tetapi bila lihat di luar dewan syarahan, ramai pula yang menunggu, memang di luar jangkaan. Alhamdulillah, Allah bantu saya gagahkan juga diri ini, untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan para pelajar.
Pada permulaan SEMINAR KERJAYA, saya mulakan sesi motivasi selama 30 minit bersama para peserta, tajuk yang saya pilih ialah JASA IBU (sempena Hari Ibu pada minggu tersebut). Saya cuba mempelbagaikan segala teknik dan Alat Bantu Mengajar dengan semaksimum mungkin serta cuba mewujudkan pelbagai suasana di dalam Dewan bermain-main dengan pelbagai emosi para peserta sama ada emosi provokasi, marah, sedih, kecewa, gembira, kelakar, bersalah dan sebagainya.... Saya cuba memaksimumkan segala penggunaan PA system, bermain dengan lampu-lampu dan suhu dalam dewan, Pancaran LCD dan tayangan slide, video serta musik. Syukur kepada Ilahi, sesi Motivasi tersebut berjaya menyebabkan beberapa orang peserta menitiskan air mata sambil saya tersenyum (^_^)...
Masuk kepada sesi ke-2 iaitu sesi SEMINAR KERJAYA, saya mulai dengan penerangan diri saya dan sedikit latar belakang tentang diri saya seperti saya bermula daripada serendah-rendah pekerjaan sebagai sebagai pernah bekerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan semasa belajar dulu, kerja sebagai pam attendant stesen minyak Petronas dengan gaji RM300, kerja kilang sebagai operator pengeluaran, bekerja dengan pelbagai pekerjaan lain sehinggalah saya ditawarkan pekerjaan sebagai JURUTERA PROJEK.
Semasa menjawat jawatan sebagai JURUTERA PROJEK (yang seharusnya perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan selama min 3 thn), saya diuji oleh Allah dengan dikehendaki mengendalikan 7 buah projek mega empangan hidroelektrik di Cameron Highlands yang sedang dalam pembinaan, di bawah saya terdiri daripada 22 buah syarikat kontraktor, pekerja saya melebihi 200 orang, terdapat 22 orang jurutera yang hebat di bawah seliaan saya dan saya juga mempunyai 11 orang klien yang terdiri daripada orang putih yang perlu saya kendalikan.
Gaji saya memang cukup lumayan tetapi saya mula bekerja seawal pagi sehingga 3 pagi keesokan harinya dalam merancang, mengarahkan, memeriksa dsbinya memastikan semua projek tersebut berjalan lancar (cukup sibuk sehingga saya tiada banyak masa untuk menikmati/membelanjakan wang tersebut) . Alhamdulillah, pada 2008 projek-projek empangan hidroelektrik ini berjaya saya siapkan (dengan kos penalti RM25 000 sehari jika saya lambat siapkan). Tidak lama kemudian, projek-projek ini disiarkan di dalam MAJALAH 3 pada tahun 2009 dan 2010 (satu kepuasan yang tak terhingga). RUJUK my-previous-job-description.

Semasa seminar ini, saya berkongsi 7 RAHSIA BESAR KAEDAH MENDAPATKAN PEKERJAAN kerana saya tidak sanggup ramai daripada mereka menganggur selepas tamat pengajian nnti.. sekurang-kurangnya, bila saya meninggalkan dunia ini, pengalaman berharga saya tersebut terus dimanfaatkan oleh orang lain...

 














 























2 comments:

  1. assalamualaikum

    nmpk mcm seronok seminar trsebut..dlm masa trdekat ada wat seminar d sekitar johor ke??

    ReplyDelete
  2. Azleen :klu nk tanye seronok tu, yg tu kena tanye para peserta seminar tu la kot2 saya je yg syok sndri.hehehe..tapi saya cuba wujudkn keseronokan tu dgn mempelbagaikan kaedah psembahan (gambar, video, musik, lagu & mcm2 elemen lain.hehehe)..
    klau ade orang di Johor ade jemput, bole la saya ke sana. stakat nie blum ada lagi (^_^)

    ReplyDelete