HARDY BOY - Tahun lepas, dalam bulan Disember, saya telah ke Balung River sebab bercadang hendak adakan Program di sana. Biasalah, saya drive mane sambil ambil gambar di persekitaran manala tau kalau ada permandangan yang boleh dikongsikan di dalam blog ini, sebab mana-mana tempat aku pergi memang aku suka ambil gambar buat modal blog.
|
Gambar ini saya rakam secara tidak sengaja konon-kononya nak ambil gambar permandangan... |
Tapi, baru-baru ini, sambil tengah bersihkan laptop dengan membuang semua gambar-gambar yang tak penting, "terklik" la gambar berikut (jam pula menunjukkan hampir 11 malam), terlihatla entiti pelik dalam salah satu gambar yang kitorang ambil, gambar seolah berbentuk lembaga/manusia, jelas nampak bentuk mulut dan hidung tapi tiada mata..... Gambar ini kami rakam semasa dalam perjalanan pulang dan perlu melalui 12 kilometer kawasan tanah tidak berturap. Sama ada benar gambar makhluk yang kami ambil tersebut adalah jin/hantu atau hanya biasan kamera kami, anda boleh la nilailah sendiri, wallahualam....
|
Dalam perjalanan balik |
|
Jalan yang tidak berturap |
|
Selepas gambar ini, tetiba lensa kamera kami merakamkan objek tersebut... |
|
HANTU HUTAN BALUNG |
|
Jelas nampak bibir dan hidung tetapi tidak mempunyai mata |
No comments:
Post a Comment