SEBELUM NAFASKU DIHENTIKAN MU, YA ALLAH....
Hari ni, 8 OGOS 2012 genap usiaku ulangtahun diakhirnya usia 20-an.
Bermakna 6 tahun selepas tragedi yang hampir meragut nyawaku pada 2006....
Bermakna, lebih 6 tahun ALLAH memberikan beberapa detik masa tambahan/kecemasan sebelum aku dijemput-Nya entah bila-bila daripada detik ini.... Jika Engkau menjemputku di saat tragedi tersebut, mungkin hanya neraka yang paling layak lantaran dosaku yang menggunung tinggi...
Gambar beberapa bulan selepas tragedi 2006 yang mengubah hidupku 360 darjah... |
Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana terus memberikan beberapa detik kecemasan untuk jantung ku terus berdegup seakan sentiasa berzikir memuji kebesaran ku,
Darah dalam tubuh ini terus mengalir tanpa diarahkan,
Masih mampu untuk aku terus bernafas untuk kali-kali terakhir sebelum anugerah dan nikmat ini diambil kembali kepada mu, bila-bila masa sahaja.
Cuma SEBAGAI HAMBA-MU KAMI PERLU SENTIASA MENJALANKAN KEWAJIPAN KEPADA MU UNTUK TERUS SUJUD KEPADA MU sedangkan KEWAJIPAN tersebut sering aku abaikan....
ALHAMDULILLAH YA ALLAH, ketika nyawaku berada dihujung tanduk seakan hampir dicabut oleh Mu pada 2006, ENGKAU menunjukkan keajaiban dengan menyelamatakan Nyawa ku ini.
Sejak detik itu, Aku bukan takutkan kematian,
cuma aku harap Allah terus menerus memberikan beberapa detik singkat lagi untuk aku terus beribadat kepada-Mu Ya Allah,
UNTUK AKU TERUS MENANGISI DI TIKAR SEJADAH SEGALA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN SEPUAS-PUASNYA.
UNTUK AKU TERUS MENANGISI DI TIKAR SEJADAH SEGALA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN SEPUAS-PUASNYA.
Untuk aku memanjat kesyukuran kepada-Mu dan beribadat sepuas-puasnya sebagai tanda bersyukur kepada-Mu yang tidak terhingga,
Walaupun bukan syurga yang aku kejar kerana aku tidak layak masuk syurga-Mu dengan dosa ku yang menggunung tinggi ini, Ya Allah....
Walaupun bukan syurga yang aku kejar kerana aku tidak layak masuk syurga-Mu dengan dosa ku yang menggunung tinggi ini, Ya Allah....
Namun aku juga tidak sanggup menghadapi api neraka mu....
SEJAK DETIK itu juga, aku bersyukur kepada-Mu kerana memilih aku untuk menyaksikan pelbagai keajaiban dan nikmat dunia yang luarbiasa telah ENGKAU tunjukkan kepadaku sebagai BUKTI KEAGUNGAN KEKUASAAN-MU mungkin nikmat tersebut tidak tiada dianugerahkan kepada insan lain, supaya aku terus MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA MU tetapi sebaliknya aku terus alpa & hanyut.....
Biarkanlah aku terus leka beribadat sepuas-puasnya kepada-Mu...
No comments:
Post a Comment