Sambungan entry sebelum ini >>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR ATAU PADA USIA MUDA.
BACA DULU KESELURUHAN ENTRY SAYA INI YE DAN BUAT CHECK LIST UNTUK MENGETAHUI "ADAKAH ANDA TELAH CUKUP BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN???" (^_^) |
"Banyak artikel blogger dalam internet yang saya jumpa menyokong
tindakan mereka berkahwin ketika usia muda sedangkan masih lagi belajar
seolah-olah berkahwin ini hanya untuk keseronokan semata-mata.
Rata-ratanya memberikan alasan UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT. Yang korang pergi GATAI buat maksiat tu sapa suruh??? DALAM ISLAM pun ada diajarkan kaedah ber"cinta/bercouple" cara ISLAM tanpa melakukan maksiat, cuba baca entry ini >>>Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM.
Seorang Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Mahkamah Syariah pernah memberitahu saya
"Cuba pergi ke mana-mana mahkamah syariah, fakta menggerunkan apabila statistik kini menunjukkan ramai MUDA MUDI yang muda belia bercerai sedangkan perkahwinan mereka tak sampai pun 2 tahun, kekadang si isteri sedang sarat mengandung membawa perut yang semakin membesar tetapi dok turun naik mahkamah urus penceraian. Jumlah yang bercerai hampir sama banyak dengan jumlah yang baru berkahwin". Cukuplah, tak sanggup saya melihat fakta dan statistik penceraian ini terus meningkat. Mencegah lebih baik daripada mengubati... Cuba fikir apakah faktornya??? Faktor masalah kewangan mencatatkan statistik paling tertinggi berbanding faktor-faktor lain.
Cuma apa yang bermain dengan fikiran saya, adakah mereka sudah mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa dalam masa terdekat, masih muda belia malah masih lagi belajar??? Alasan yang selalu diberikan, "SELEPAS KAHWIN NANTI ALLAH AKAN CUKUPKAN SEGALANYA". Confident je bila mereka bercakap sedemikian kerana insyaAllah Allah akan berikan rezeki semasa kahwin tetapi belum tentu dalam bentuk harta benda, mungkin juga dalam bentuk kebahagiaan walaupun hidup dalam kedaifan lantaran usaha suami isteri muda yang cuma sekelumit tetapi mengharapkan kemewahan duniawi sebesar gunung. Mereka dalam golongan ini dilabelkan sebagai manusia yang "Sombong dengan Allah", kerana mereka cuma bergantung harap kepada Allah sedangkan usaha mereka tidak setimpal dengan kemahuan. Jika sebelum kahwin, mereka cakap mereka yakin yang rezeki akan dikurniakan Allah tetapi selepas berkahwin, bila ditanya mengapa mereka belum ada cahaya mata, mereka akan jawab mereka masih merancang keluarga kerana belum bersedia menerima cahaya mata lagi lantaran masalah kewangan dan masih belajar (Aiii, orang macam ni pun ada, tadi cakap Allah akan kurniakan rezeki selepas kahwin???). Kahwin ni bukan perkara main-main la Adik!!!....
Rata-ratanya memberikan alasan UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT. Yang korang pergi GATAI buat maksiat tu sapa suruh??? DALAM ISLAM pun ada diajarkan kaedah ber"cinta/bercouple" cara ISLAM tanpa melakukan maksiat, cuba baca entry ini >>>Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM.
Seorang Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Mahkamah Syariah pernah memberitahu saya
"Cuba pergi ke mana-mana mahkamah syariah, fakta menggerunkan apabila statistik kini menunjukkan ramai MUDA MUDI yang muda belia bercerai sedangkan perkahwinan mereka tak sampai pun 2 tahun, kekadang si isteri sedang sarat mengandung membawa perut yang semakin membesar tetapi dok turun naik mahkamah urus penceraian. Jumlah yang bercerai hampir sama banyak dengan jumlah yang baru berkahwin". Cukuplah, tak sanggup saya melihat fakta dan statistik penceraian ini terus meningkat. Mencegah lebih baik daripada mengubati... Cuba fikir apakah faktornya??? Faktor masalah kewangan mencatatkan statistik paling tertinggi berbanding faktor-faktor lain.
Cuma apa yang bermain dengan fikiran saya, adakah mereka sudah mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa dalam masa terdekat, masih muda belia malah masih lagi belajar??? Alasan yang selalu diberikan, "SELEPAS KAHWIN NANTI ALLAH AKAN CUKUPKAN SEGALANYA". Confident je bila mereka bercakap sedemikian kerana insyaAllah Allah akan berikan rezeki semasa kahwin tetapi belum tentu dalam bentuk harta benda, mungkin juga dalam bentuk kebahagiaan walaupun hidup dalam kedaifan lantaran usaha suami isteri muda yang cuma sekelumit tetapi mengharapkan kemewahan duniawi sebesar gunung. Mereka dalam golongan ini dilabelkan sebagai manusia yang "Sombong dengan Allah", kerana mereka cuma bergantung harap kepada Allah sedangkan usaha mereka tidak setimpal dengan kemahuan. Jika sebelum kahwin, mereka cakap mereka yakin yang rezeki akan dikurniakan Allah tetapi selepas berkahwin, bila ditanya mengapa mereka belum ada cahaya mata, mereka akan jawab mereka masih merancang keluarga kerana belum bersedia menerima cahaya mata lagi lantaran masalah kewangan dan masih belajar (Aiii, orang macam ni pun ada, tadi cakap Allah akan kurniakan rezeki selepas kahwin???). Kahwin ni bukan perkara main-main la Adik!!!....
Jangan disebabkan "MABUK CINTA", ANDA "BUTA" SEGALA-GALANYA...Gambar Hiasan |
Gambar Hiasan |
Usia yang mentah kadangkala menyebabkan tiada kematangan dalam berfikir dan bertindak. "Kejar dulu DIK Cita-Cita sebelum kejar Cinta" |
Bagi pendapat saya, kejar dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajar 4 tahun, compress jadikan 3 tahun, kalau masih mampu compress jadikan 2 tahun), Dapatkan Kerja Cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana.hehehehe.Tetapi jika ditakdirkan anda berpisah, ingatlah bahawa dia mungkin bukan jodoh anda dan Allah sudah tetapkan jodoh anda dengan orang lain yang lebih baik daripada pasangan anda sekarang...
Ada juga yang berkahwin semasa belajar yang saya temui, majlis akad nikah pun nak sembunyi dan Majlis Perkahwinan pun buat ala kadar/cincai-cincai sahaja kononnya si lelaki nak buat yang wajib sahaja, yang adat semua tak nak buat sebab alasannya membazir (sebenarnya ini alasan si suami sahaja yang memang kedekut nak keluar duit kerana masih belajar serta takde keja), akhirnya selepas 2 tahun berkahwin barulah pasangan suami isteri ni timbul kekesalan lantaran Majlis Perkahwinan mereka (yang ringkas tak ubah seperti kenduri tahlil atau kenduri doa selamat sahaja, bagai melepas batuk ditangga, tak banyak kenangan manis sepanjang majlis tersebut) selepas melihat Majlis Perkahwinan adik-beradik dan sahabat yang meriah kerana majlis perkahwinan inilah yang paling akan dikenang oleh pasangan suami isteri disepanjang hayat mereka hinggakan ramai suami isteri yang melupakan hasrat untuk bercerai akibat sesuatu krisis rumahtangga selepas teringatkan kenangan majlis perkahwinan mereka yang meriah ditambah pula kunjungan tetamu dan sanak saudara melebih 700 orang yang semuanya datang mendoakan kebahagaian rumahtangga mereka hingga ada yang berpendapat mereka perlu memohon maaf kepada semua tetamu yang mendoakan mereka ini jika ingin bercerai. Kalau nak berkahwin pun senang, nak bercerai pun senang kerana senang sangat nak kawin. Kalau nak berkahwin pun susah, maka masing-masing akan lebih menghargai perkahwinan tersebut.
Baru-baru nie saya dapat request untuk tulis tajuk "BERKAHWIN PADA USIA MUDA & MASIH BELAJAR"... Ibu saya mengatakan bahawa beliau mempunyai SEORANG BEKAS PELAJAR lelaki yang sedang menuntut di luar negara tetapi mahu melangsungkan perkahwinan walaupun masih lagi belajar (mungkin, konon-konon alasannya ingin mengelakkan maksiat & alasan itu juga yang diberikan ex-housemate saya semasa saya melanjutkan Sarjana dulu). Ibu saya minta pendapat/nasihat saya ...(^_^)...
Jawapannya :
Jadi, hari ni saya cuba ulas tajuk nie...
>>> Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!
Sewaktu Segmen SEMANIS KURMA TV9 pada minggu lepas, tajuk ini hangat dibincangkan. Saya menyokong nasihat panel jemputan, katanya,
"UNTUK BERKAHWIN, SEORANG SUAMI PERLU MEMPUNYAI KEMAMPUAN ANTARANYA UNTUK BERKAHWIN, SEORANG SUAMI PERLU ADA 3 KUNCI IAITU"
1) KUNCI RUMAH (suami wajib menyediakan rumah tempat selesa untuk isteri berlindung. Jangan pula biar isteri tinggal dengan kawan-kawan perempuan, bila nak BERSAMA baru nak sewa hotel seolah isteri hanya tempat untuk melempias nafsu semata-mata).
2) KUNCI KERETA (suami wajib menyediakan kenderaan yang selesa untuk isteri, takkan nak biar isteri berjalan di tengah hujan panas, lebih-lebih lagi ketika sakit demam, atau takkan nak biar isteri hanya terperap di rumah. Kalau tak dapat sedia kehidupan dan kemudahan yang lebih selesa, apa peranan suami untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik selepas berumahtangga). Bayangkan juga jika ditakdirkan isteri mengandung (walaupun mereka masih tak mahukan cahayamata, tapi jika Allah takdirkan isteri mengandung, tidak akan dapat mereka mengelakkannya), takkan nak biar isteri yang sedang sarat mengandung naik motor atau bas je ke hospital (tu belum kira jika isteri selalu muntah-muntah dan alahan sakit sehingga terpaksa dimasukkan wad).
3) KUNCI PEJABAT (suami wajib mempunyai punca pendapatan dan kewangan yang kukuh. Jika nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, berhutang sana sini, hidup suami pun serba kekurangan, perlu dipendamkan hasrat tersebut. Segalanya di dunia ini memerlukan wang termasuk dalam menyediakan makan minum, pakaian selesa, pengangkutan yang baik dan rumah tidak termasuk segala keperluan yang lain serta ketika suami isteri ditimpa musibah). Jangan bergantung kepada keluarga atau ibu bapa untuk menyediakan segala kemudahan ini, jatuhla martabat dan maruah suami nanti. Elok-elok anda mendirikan rumahtangga kononnya untuk menjauhi Maksiat dan Hawa Nafsu, akhirnya tindakan anda itu mengundang fitnah akibat menjadi perbualan negatif masyarakat sekeliling.
Jika tak dapat KAWAL HAWA NAFSU dan TIDAK BERKEMAMPUAN, Islam menyarankan umatnya agar berpuasa. Semasa bercinta, jauhi segala maksiat dan segala yang dilarang Allah....
Ingatlah adik, bahawa perkahwinan itu bukan semudah itu, berkahwin semata-mata untuk mengelakkan maksiat (habis tu, yang tak kawin tu semuanya melakukan maksiat ke???). Tanggungjawab sebagai suami juga terlalu besar bukan sekadar menyediakan pakaian minum yang cukup, nafkah, kenderaan yang elok, tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Maksiat itu boleh dielak, cuma senaraikan segala perkara yang ditegah dalam Islam semasa ber"couple" dan elakkan semua perkara tersebut, bukannya susah, betul tak? Dalam Islam tu, ade cara bagaimana untuk "bercinta" cara Islam & saya sendiri telah mempraktikkannya dgn cuba menjauhi segala maksiat.
Ada juga yang menjadikan alasan untuk berkahwin walaupun masih lagi belajar dan usia pun mentah sangat dalam awal 20-an (biasanya kalau umur sudah mencecah 24 tahun baru dikira masuk umur yang sesuai/matang untuk kahwin kerana pada umur ini kebanyakkannya dah boleh berfikiran matang) untuk mengelakkan maksiat sedangkan sebenarnya TUJUAN SEBENAR mereka ialah disebabkan mereka takut jika pasangan mereka dijodohkan dengan orang lain. Jika ditakdirkan anda berpisah, ingatlah mungkin Allah sudah tetapkan jodoh anda dengan orang lain yang lebih baik daripada pasangan anda terdahulu.
BANYAK
ARTIKEL YANG MENYOKONG ATAU MEMBANTAH TETAPI SAYA CREATE ARTIKEL SAYA
INI SUPAYA DAPAT MEMBANTU ADIK-ADIK MEMBUAT PERTIMBANGAN MEMIKIRKAN
SEGALA RISIKO YANG AKAN ADIK-ADIK HADAPI
(SAYA JUGA TIDAK BERKATA YANG BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR ADALAH HARAM), TETAPI KERANA MEMANDANGKAN STATISTIK MENGGERUNKAN KINI YANG MENCATATKAN KADAR JUMLAH KES PENCERAIAN SEMAKIN MENINGKAT MENDADAK, ADALAH HAMPIR SAMA DENGAN KADAR JUMLAH PENGANTIN YANG BERKAHWIN, JADI FIKIR-FIKIRKANLAH SEDALAM-DALAMNYA SEGALA BAIK BURUK YANG AKAN DIHADAPI.
(SAYA JUGA TIDAK BERKATA YANG BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR ADALAH HARAM), TETAPI KERANA MEMANDANGKAN STATISTIK MENGGERUNKAN KINI YANG MENCATATKAN KADAR JUMLAH KES PENCERAIAN SEMAKIN MENINGKAT MENDADAK, ADALAH HAMPIR SAMA DENGAN KADAR JUMLAH PENGANTIN YANG BERKAHWIN, JADI FIKIR-FIKIRKANLAH SEDALAM-DALAMNYA SEGALA BAIK BURUK YANG AKAN DIHADAPI.
ORANG
YANG BIASA HANYA BELAJAR MELALUI PENGALAMAN SENDIRI TETAPI ORANG YANG
BIJAK AKAN BELAJAR MELALUI PENGALAMAN-PENGALAMAN ORANG LAIN.
Jadi, renung-renungkanlah, semoga dapat membantu memberikan sedikit panduan kepada anda...>>> Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!
Sewaktu Segmen SEMANIS KURMA TV9 pada minggu lepas, tajuk ini hangat dibincangkan. Saya menyokong nasihat panel jemputan, katanya,
"UNTUK BERKAHWIN, SEORANG SUAMI PERLU MEMPUNYAI KEMAMPUAN ANTARANYA UNTUK BERKAHWIN, SEORANG SUAMI PERLU ADA 3 KUNCI IAITU"
1) KUNCI RUMAH (suami wajib menyediakan rumah tempat selesa untuk isteri berlindung. Jangan pula biar isteri tinggal dengan kawan-kawan perempuan, bila nak BERSAMA baru nak sewa hotel seolah isteri hanya tempat untuk melempias nafsu semata-mata).
2) KUNCI KERETA (suami wajib menyediakan kenderaan yang selesa untuk isteri, takkan nak biar isteri berjalan di tengah hujan panas, lebih-lebih lagi ketika sakit demam, atau takkan nak biar isteri hanya terperap di rumah. Kalau tak dapat sedia kehidupan dan kemudahan yang lebih selesa, apa peranan suami untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik selepas berumahtangga). Bayangkan juga jika ditakdirkan isteri mengandung (walaupun mereka masih tak mahukan cahayamata, tapi jika Allah takdirkan isteri mengandung, tidak akan dapat mereka mengelakkannya), takkan nak biar isteri yang sedang sarat mengandung naik motor atau bas je ke hospital (tu belum kira jika isteri selalu muntah-muntah dan alahan sakit sehingga terpaksa dimasukkan wad).
3) KUNCI PEJABAT (suami wajib mempunyai punca pendapatan dan kewangan yang kukuh. Jika nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, berhutang sana sini, hidup suami pun serba kekurangan, perlu dipendamkan hasrat tersebut. Segalanya di dunia ini memerlukan wang termasuk dalam menyediakan makan minum, pakaian selesa, pengangkutan yang baik dan rumah tidak termasuk segala keperluan yang lain serta ketika suami isteri ditimpa musibah). Jangan bergantung kepada keluarga atau ibu bapa untuk menyediakan segala kemudahan ini, jatuhla martabat dan maruah suami nanti. Elok-elok anda mendirikan rumahtangga kononnya untuk menjauhi Maksiat dan Hawa Nafsu, akhirnya tindakan anda itu mengundang fitnah akibat menjadi perbualan negatif masyarakat sekeliling.
Jika tak dapat KAWAL HAWA NAFSU dan TIDAK BERKEMAMPUAN, Islam menyarankan umatnya agar berpuasa. Semasa bercinta, jauhi segala maksiat dan segala yang dilarang Allah....
sumber : |
sumber : |
Ingatlah adik, bahawa perkahwinan itu bukan semudah itu, berkahwin semata-mata untuk mengelakkan maksiat (habis tu, yang tak kawin tu semuanya melakukan maksiat ke???). Tanggungjawab sebagai suami juga terlalu besar bukan sekadar menyediakan pakaian minum yang cukup, nafkah, kenderaan yang elok, tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Maksiat itu boleh dielak, cuma senaraikan segala perkara yang ditegah dalam Islam semasa ber"couple" dan elakkan semua perkara tersebut, bukannya susah, betul tak? Dalam Islam tu, ade cara bagaimana untuk "bercinta" cara Islam & saya sendiri telah mempraktikkannya dgn cuba menjauhi segala maksiat.
Ada juga yang menjadikan alasan untuk berkahwin walaupun masih lagi belajar dan usia pun mentah sangat dalam awal 20-an (biasanya kalau umur sudah mencecah 24 tahun baru dikira masuk umur yang sesuai/matang untuk kahwin kerana pada umur ini kebanyakkannya dah boleh berfikiran matang) untuk mengelakkan maksiat sedangkan sebenarnya TUJUAN SEBENAR mereka ialah disebabkan mereka takut jika pasangan mereka dijodohkan dengan orang lain. Jika ditakdirkan anda berpisah, ingatlah mungkin Allah sudah tetapkan jodoh anda dengan orang lain yang lebih baik daripada pasangan anda terdahulu.
Banyak artikel di dalam internet yang saya baca menyokong tentang berkahwin semasa belajar (saya rasa yang menyokong tu belum pernah berkahwin, kurang pengalaman ataupun telah berkahwin semasa belajar tetapi mungkin sengaja nak tutup masalah/cabaran yang dihadapi semasa masih belajar, "kononnya masalah rumahtangga dorang tak boleh cerita kat orang, tak elok"). Saya pun tidak mengatakan berkahwin semasa belajar walaupun tidak bekerja adalah haram (Ada juga yang berkahwin semasa belajar contohnya pelajar yang melanjutkan pengajian ke PhD tetapi mereka dibayar gaji penuh atau separuh sehingga RM4000 - RM6000 kerana mereka merupakan bekas kakitangan kerajaan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan).
Masalah yang wujud ialah
golongan pelajar ini(peringkat ijazah hingga sijil) ingin berkahwin
semasa masih belajar tetapi hanya bergantung kepada sumber kewangan
daripada pinjaman atau biasiswa pendidikan yang tidak seberapa tu, yang
kebiasaannya nak tanggung diri sendiri pun tak cukup) dan kebiasaannya
mereka turut bergantung kepada gaji mak bapak yang kadangkala ibu bapa
nak tanggung keluarga pun tak cukup.
Ada juga kisah yang saya baca menyatakan semasa golongan ini (suami isteri yang berkahwin semasa masih belajar) mengadakan kenduri majlis perkahwinan, ramai jemputan, keluarga & orang kampung yang datang, dok bercerita perkara buruk mengenai perkahwinan suami isteri ini (ini juga akan menggalakkan fitnah) dan meramalkan kehidupan suami isteri ini selepas berkahwin nanti walaupun belajar pun tak habis, kerja pun belum ada, mulalah suami isteri ini melenting. Bukan apa, mungkin para jemputan yang datang (berpengalaman berbelas-belas tahun berkahwin) telah puas merasai asam garam dalam perkahwinan, telah dapat menduga apakah MASALAH-MASALAH yang akan mereka hadapi terutamanya bila si isteri ditakdirkan mengandung & melahirkan anak (walaupun si isteri nie cakap mereka boleh merancang, pakai kondom la, ape la tetapi itu bukan jaminan yang mereka tidak akan mengandung kerana banyak kes yang isteri masih mengandung walaupun dah bermacam "perlindungan" dorang pakai kerana rezeki semuanya ditentukan Allah). Kalau ditanya kepada golongan yang berkahwin semasa belajar, mereka sudah tentu tidak akan bercerita segala masalah yang mereka hadapi, kalau tidak sudah pasti mereka akan menjadi sindiran, kutukan dan dimalukan rakan-rakan melainkan jika mereka adalah anak-anak jutawan yang ditanggung ibu bapa ataupun mereka mempunyai pendapatan/gaji melebih RM3+++.
Ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak perempuan mereka berkahwin semasa belajar kerana risau anak mereka pregnant semasa belajar, kerana ibu bapa mahukan anak perempuan mereka TAMATKAN BELAJAR DAHULU. (Bagi suami, tiada masalah jika isteri mereka pregnant sebab bukan sang suami yang kena membawa perot yang sarat membesar selama 9 bulan, muntah-muntah dan sakit demam sehingga jika isteri bersalin di hospital, mereka cuma menunggu di luar bilik pembedahan sambil menghisap berbatang-batang rokok berkepul-kepul menghembuskan nafas akibat bosan menunggu. Jika anak dilahirkan, sang suami masih bersabar tido lena malam membiarkan si isteri menguruskan bayi yang menangis malam tidak dapat tido). Bila dah pregnant, ibu bapa risau jika pelajaran anak perempuan mereka nie terjejas, akhirnya yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. Kalau dah bersalin, kena berpantang di kampung cuti sampai 3 bulan menunggu segala "kecederaan dalaman" umpama putus 1000 urat sembuh kembali, jadi terpaksalah tangguhkan pengajian. Masuk semester baru, rakan-rakan semuanya junior-junior. Yang tu belum kira ramai juga yang terpaksa banyak kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom-simptom sebelum kelahiran. Dah lahirkan anak, jika anak mula diserang pellbagai penyakit seperti demam kuning dan sebagainya (sebab sekarang nie pun pelbagai penyakit moden yang muncul), sehinggakan anak terpaksa dimasukkan ke dalam wad, nak tak nak ibu bapa kena jaga anak mereka di hospital. Waktu tu assignment entah ke mana, exam pun tak tau macammana, tu belum kira markah-markah PB(CARRY MARK) yang belum lengkap, kalau dah akhir semester tesis/projek yang tak siap-siap tu pun pihak universiti minta sambung semester lain. Lantaran keputusan yang tidak matang mereka berkahwin di usia mentah, ditambah pula dengan pelbagai masalah konflik rumahtangga, akhirnya SANG ISTERI KONVO sebelum masanya kerana tidak dapat tamatkan pengajian maksimum 6 tahun di universiti akibat subjek yang digugurkan melebihi had. NATIJAHNYA, ISTERI CUMA DAPAT SIJIL NIKAH SAHAJA, bukannya SIJIL IJAZAH yang diidamkan. Jika ditakdirkan suatu hari nanti suami terlantar lumpuh dan sakit kerana ditimpa kecelakaan, suami ditakdirkan meninggal, mahupun jika mereka bercerai (MOHON DIJAUHI ALLAH), sebagai langkah persediaan sebenarnya IJAZAH yang digenggam itu yang akan menjamin NASIB sang isteri SEKELUARGA untuk untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik dengan pendapatan yang lumayan.
MASALAHNYA, SESETENGAH GOLONGAN MUDA (bukan semua kerana terdapat juga SEGELINTIR yang DAH CUKUP MATANG, BERILMU TINGGI DAN BERAGAMA) PADA MASA KINI TERUTAMANYA LELAKI (kerana lelaki paling memainkan peranan yang paling utama dalam rumatangga) BERKAHWIN DISEBABKAN OLEH FAKTOR NAFSU, BUKANNYA DISEBABKAN INGIN MENYAHUT SYARIAT ILAHI.
Apa
yang ingin saya kongsikan ini juga kerana dahulu saya juga mempunyai
seorang housemate yang kelam-kabut BERKAHWIN sedangkan belajar pun tak
habis lagi. Biarlah saya namakannya Baqir (bukan nama sebenar).
Alasannya yang diberikan Baqir dan bapanya ialah "NAK MENGELAKKAN
MAKSIAT". Mengarutlah bagi saya, perkahwinan tu bukan semudah itu
semata-mata nak elak maksiat, kalau tak berkahwin pun masih mampu elak
maksiat, tanyalah diri sendiri. Selepas berkahwin, dia dan isterinya
tinggal berasingan walaupun satu pangsapuri (yela, mana mampu dorang nak
tanggung semua perbelanjaan dalam rumah, sewa sahaja dah berapa ratus
tak termasuk kena beli perabot-perabot dan kelengkapan rumah yang
lain). Kelengkapan dalam rumah kami pun, kebanyakan saya yang sediakan
hasil duit saya bekerja sebelum ini.
Bapa
perempuan awal-awal lagi dah pesan supaya mereka nie tidak tinggal
serumah kerana risau isteri Baqir nie akan pregnant (nanti kalau dah
pregnant dan ada anak, lagi susah kehidupan mereka. Beribut-ribu RM
perlu disediakan untuk menyambut kelahiran bayi mereka tak termasuk
belanja rawatan perubatan sebelum bersalin. Kalau dah bersalin, lagi
tinggi kos yang perlu mereka tanggung lebih-lebih lagi jika isteri
Baqir nie tidak dapat bersalin secara normal. Jangan la berfikirkan
BODOH SOMBONG menyatakan bahawa selepas berkahwin akan ada rezeki untuk
mereka dan dicukupkan segalanya kerana ALLAH sendiri menyatakan bahawa
DIA hanya akan memberikan rezeki jika berusaha untuk mendapatkannya.
Kalau kerja pun tidak, takkkanlah duit BERIBU-RIBU dengan
senang-senangnya akan masuk dalam bank. Penyakit jangan dicari....
Hasilnya,
disebabkan kekurangan kewangan, Baqir ini akan curi-curi bawa
isterinya masuk ke rumah saya semasa saya tiada. Yelah, orang tiada
duit, kalau ade duit bolehla sewa hotel. Dah la bilik Baqir nie kipas
pun tiada, tilam pun cuma mampu beli tilam. Hutang semasa kawin dulu
pun masih bertimbun-timbun
(nak
kawin sekarang nie pun, paling kurang kena sediakan RM10 ribu untuk
majlis di sebelah lelaki, tu belum kira wang hantaran untuk diberikan
kepada isteri yang paling kurang pun RM8 ribu ke atas. Yang tu belum
kira belanja-belanja sampingan yang lain. Bila pihak wanita letakkan
wang hantaran tinggi, bising pula pengantin Lelaki, ape korang pihak
pengantin lelaki ingat senang-senang je ke mak ayah pengantin perempuan
nie besarkan anak perempuan dorang sehingga berhabis berpuluh-puluh
atau beratus ribu RM. Bila anak perempuan dorang dah besar,
senang-senang jer korang nak bawa camtu jer. So, kalau tak mampu, kena
la berfikir dahulu, tunggu dan cukupkan dahulu segala syarat yang
diminta oleh pihal bakal isteri).
Bagi
Bagir pula, dia merancang selepas setahun bekerja, baru la dia akan
mengadakan majlis perkahwinan, kerana mereka nie nikah gantung
disebabkan menghadapi masalah kewangan sebab masih belajar. Cuba fikir,
takkanlah 2-3 tahun selepas berkahwin baru nak adakan kenduri
perkahwinan??? Masa belajar pun dia & isterinya pun naik
motosikal je ke mana-mana, bayangkan jika isterinya pregnant takkan nak
naik motor je yang sudah pasti akan membahayakan kandungan
isterinya...
Selepas
banyak kali "mencuri-curi" masuk ke rumah saya kerana nikah gantung,
akhirnya kami dapat tahu yang isteri Baqir nie pregnant (walaupun
sebenarnya dia merancang tak mahu anak lagi risaukan mengganggu
pelajaran mereka disamping kewangan untuk diri sendiri pun tak cukup,
tetapi Allah berikan rezeki anak kepada mereka lebih awal). Masa tu la
baru Baqir nie kelam kabut mencari ceti-ceti untuk berhutang supaya
dapat mengadakan Majlis Perkahwinan lebih awal semasa mereka masih
belajar (yela, takkan lah selepas isterinya dah melahirkan anak baru
dorang nak adakan Majlis Perkahwinan. Bayangkkan Baqir dan Isterinya
sedang bersanding di atas pelamin sambil mengendong anak kecil mereka,
sure KECOH satu kampung.hahahahaha).
Kesimpulannya,
saya nasihatkan adik perlulah tumpukan kepada pelajaran terlebih
dahulu kerana belum tentu anda akan lulus on-time (manalah tau jika ade
subjek yang fail). Lepas tamat pengajian, untuk dapat kerja pun ramai
yang menganggur sampai bertahun-tahun (masa tu, anda sebagai suami
nak bagi makan apa untuk isteri anda???...).
Lebih baik
adik nekadkan dalam diri adik untuk belajar bersungguh-sungguh dengan
keputusan yang cemerlang kemudian anda akan berusaha sedaya upaya
mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang besar dalam masa terdekat selepas
tamat pengajian. Cukup je duit & selepas ilmu perkahwinan
penuh di dada, adik bole terus meminang bakal isteri anda secepat
mungkin, tak susah bukan (^_^). Ingatlah juga bahawa REZEKI hanya akan
datang jika DICARI bukannya TERUS MENANTI.... Ingatlah juga bahawa
TERPIKUL SATU TANGGUNGJAWAB/AMANAH yang besar apabila seseorang
Hamba-Nya berkahwin yang perlu dilaksana dan akan dipersoal selepas
mereka meninggal nanti.
Bila
sudah mempunyai anak, tergalas lagi suatu komitmen yang tinggi (mana
nak jaga anak malam-malam yang menangis-nangis, tu belum kira bila anak
sakit dan perlu dimasukkan dalam hospital. Mungkin anda boleh
merancang untuk tidak mahukan anak lagi, tetapi rezeki anak akan
dikurniakan Allah juga jika tiba masanya walaupun anda berfikir bahawa
anda belum lagi bersedia pada ketika itu....
Anda
juga perlu ingat bahawa antara punca penceraian rumahtangga adalah
disebabkan oleh ekonomi keluarga kerana segala perkara di dalam
rumahtangga banyak melibatkan kewangan. Kalau setakat masih belajar,
manalah cukup nak tanggung diri sendiri, inikan nak tanggung isteri.
Jangan ingat bahawa perkahwinan itu suatu yang mudah, tanggungjawabnya
cukup besar dan tak semua orang mampu menggalasnya dan ramai juga
rumahtangganya bercerai berai disebabkan faktor kewangan. Kalau anda
dah bekerja dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh, silalah tunaikan
hajat anda untuk berkahwin tersebut. Untuk berkahwin pun, bukan suatu
yang senang kerana anda perlu dalami sedalam-dalamnya Ilmu agama dan
perkahwinan.
Mungkin
anda berpandapat ada rakan-rakan anda yang berumahtangga semasa
melanjutkan pengajian, tetapi anda kena sedar bahawa ramai juga yang
bercerai-berai selepas itu dan saya pasti anda tidak mahu menjadi salah
satu statistik tersebut.
Kajian
yang pernah saya baca juga menyatakan usia yang paling sesuai untuk
seseorang berkahwin ialah selepas berumur 24 tahun, kerana ketika pada
usia ini mereka boleh dianggap lebih berfikiran matang dan lebih stabil
daripada segi ekonomi serta mereka lebih bersedia memikul
tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Walaupun
bukan semua, tetapi terdapat juga beberapa golongan muda yang
berkahwin muda yang pernah saya jumpa, sanggup berkahwin pada usia
muda(awal-awal perkahwinan ketika tu mereka tidak mempunyai byk
tanggungjawab, jadi semua yang difikirkan hanyalah keseronokan sahaja)
tetapi bila beberapa lama berkahwin mulalah JIWA MEREKA MEMBERONTAK
kerana tidak puas berseronok bersama rakan-rakan (suami @ isteri) kerana
pada peringkat "awal dewasa" mereka kena pikul tanggungjawab besar
terutamanya selepas mempunyai anak. Jika suami isteri masing-masing
masih belajar, mungkin mereka berasa sedikit dipulau oleh rakan-rakan
kerana rakan-rakan mereka akan berfikir 2-3kali sebelum mengajak mereka
keluar (yelah, orang dah kawin, banyak komitmen). Semasa kawan-kawan
sibuk nak pergi shopping atau berjalan ke mana-mana hingga kena balik
tengah malam, mulalah mereka (sama ada suami atau isteri) ni nak ikut
sedangkan anak mereka pada siapa dorang nak tinggalkan kalau dorang nak
keluar terlalu lama sampai ke malam. Kalau bawa anak mereka yang masih
kecil pun, malam dah kena bawa pulang awal(baby nie sensitif, kena jaga
dengan teliti) ...
Kehidupan
selepas jadi isteri orang pun tak boleh la nak terlalu
berseronok-seronok sangat macam sebelum kawin bersama kawan-kawan.
AKIBATNYA, suami atau isteri yang tidak "kuat" pasti akan cepat
memberontak (banyak tanggungjawab kena pikul, mana nak jaga suami,
anak, rumahtangga dan segala tanggungjawab sebagai pelajar). Pada usia
24 tahun, insyaAllah, segala "keseronokan dunia" ni masing-masing suami
isteri dah puas rasai, jadi tiada apa yang hendak dikejar lagi....
Saya tertarik dengan artikel berikut (kahwin-ketika-belajar):-
1. Berumahtangga,
bermakna kita sudah nekad dan bersedia untuk hidup bersama lelaki
atau wanita lain sehingga akhir hayat. Ianya SEJARAH besar dan akan
merubah banyak perkara dalam kehidupan seseorang.
2. Orang
yang hebat dan yang sentiasa merancang kehidupan akan membuat
sebarang keputusan ketika emosi tenang, matang dan yakin dengan
keputusannya itu3. Usia, ilmu dan pengalaman adalah sebagai asas kayu ukur kematangan seseorang.
4.
Orang yang sejak kecil hidupnya penuh dengan kesukaran dan halangan,
proses kematangannya lebih cepat. Sukar dari segi kehidupan atau sukar
kerana tiada kemudahan, seperti ketika era tiada letrik, bekalan air
serta kemudahan teknologi komunikasi.
5. Di era serba
mudah dan canggih sekarang ini telah memberi kesan MELEWATkan
kematangan untuk seseorang berdikari dan membuat keputusan yang tepat
serta kurang pengalaman menyelesaikan masalah hidup yang rumit.
6.
Ramai ibu-ibu tua sekarang, mereka berkahwin pada usia belasan tahun
dan anak-anak mereka ramai yang berjaya. Mengapa? Mereka cepat matang
dalam banyak perkara. Manakala anak-anak remaja sekarang, ada yang
usia awal 20an, masih kebudakan lagi emosi dan tindakannya.
7.
Sekitar tahun 80an, saya mempunyai ramai kenalan yang belajar di luar
Negara dan berkahwin di sana pada usia 20-23 tahun ( belum tamat
pengajian), dan kebanyakan mereka baru berkenalan dengan gerakan Islam
dan baru belajar memahami Islam yang sebenar. Manakala pelajar yang
tidak cenderung kepada agama, ramai berkahwin bila sudah tamat
pengajian dan setelah balik ke Malaysia.
8. Alasan utama berkahwin ialah kerana menutup fitnah dan kerana ‘dakwah’ . Mentah dalam dakwah dan membuat keputusan.
9.
YANG MENARIKNYA, ada di antara mereka ini yang sekarang ini sudah pun
mempunyai anak remaja dan mereka member AMARAN kepada anak mereka, “
Jangan kawin semasa belajar”. Malah ada kenalan saya yang sengaja
meletakan gambar anaknya yang sudahpun graduan pada kad jemputan kahwin.
10.
Ada di antara mereka memberitahu dan melihat perbezaan yang agak
ketara pada emosi dan perangai anak sulung atau anak kedua mereka
berbanding dengan anak-anak yang lain. Anak-anak ini lahir dan di
didik ketika mereka menjadi ibubapa pada usia sangat muda, cetek
pengalaman, terburu-buru, pembengis, mudah melenting dan sibuk pula
dengan peperiksaan.
11. Jika dahulu memberi alasan
dakwah, tetapi apabila ada di antara anak-anak mereka yang sudah
dewasa dan gugur lebih awal dari jalan dakwah, malah ada yang terus ke
bawah. Mereka yang ketika itu masih singkat akal dan tidak matang,
sekadar memberi alasan, dan menyembunyikan naluri seksual ketika muda
sebagai ‘helah’ berkahwin awal.
12.
Kenalan saya seorang usahawan ( tidak belajar tinggi), yang berkahwin
pada usia 22 tahun, juga mengaku menyesal kahwin muda, kerana serba
kekurangan ilmu dan psikologi perkahwinan serta tidak matang lagi
menjadi nakhoda rumahtangga.
13.
Sebaliknya ada kenalan saya, yang berkahwin awal ketika di luar
negara, dan anaknya pula mahu mengikut jejak langkahnya berkahwin
sebelum graduat. Dalam satu tulisan yng beliau tulis seolah-olah
'mengalakkan' pula berkahwin pada usia mentah/ semasa belajar!. Namun
begitu, jika diamati secara terperinchi, artikel itu sekadar alasan
mahu membenarkan anaknya berkahwin awal dan membenarkan tindakannya
dahulu berumahtangga pada usia awal 20an. Sedangkan beliau lupa akan
kematangan beliau jauh berbeza kerana pernah hidup serba kekurangan.14. Kesimpulannya, “ Wahai anak-anak muda yang masih belajar, khasnya di luar negara ( di Negara Arab, USA, Eropah, UK, Australia dan seumpamanya) pelajarilah pengalaman orang yang lebih dahulu dari anda. Usah cemaskan dan risaukan hati ibuayah anda di sini. Kejar matlamat utama anda untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, bukan pulang bawa anak dan anda pula bakal menjadi penggangur. Anda mendidik anak pada usia mentah dan masih terserlah emosi kebudak-budakan. Ingat ! Allah mengajar secara langsung khasnya lelaki ,dimana Rasulullah berkahwin selepas beliau sudah mencari rezeki sendiri dan pada usia lelaki matang, iaitu usia 25 tahun- berkahwin sekitar usia ini juga merupakan sunnah dan orang yang matang merancang kehidupan”.
RISIKO BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR/BELUM DAPAT KERJA
1.Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?
2.Kebayakan pasangan yg kahwin muda byk yg cepat bercerai.
3.Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester
4.Belum cukup matang
5.Tanggungjawab bertambah dari student yg tak kahwin.
6.Biasanya timbul masalah kewangan
7.Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar?
8. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
9. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
RISIKO Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam
Bebanan
berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami
kerana perlu menanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteri pula
kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi, 1994: 386/2). Kepada
kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan
menjaga anak. Dalam masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan
masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i
terlibat terkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal ini
merupakan perkara pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak
ingin berkahwin dan ibu bapa pula keberatan untuk mengizinkan mereka
berkahwin.
Perlu
dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu
bapa dan mahasiswa/i perlulah berbalik kepada situasi hukum
perkahwinan. Terdapat beberapa hukum dan perkara yang perlu ibu bapa
perincikan, iaitu hukum berkahwin bagi mahasiswa/i yang mempunyai
keinginan untuk itu, definisi mampu mengawal nafsu dan mampu dalam
nafkah. Seorang mahasiswa/i yang ada keinginan untuk berkahwin, maka
hukumnya ada tiga.
i) Sunat hukumnya jika mempunyai kemampuan dan mampu mengawal nafsunya.
ii) Wajib hukumnya jika mempunyai kemampuan dan tidak mampu mengawal nafsunya.
iii)
Akhir sekali, makruh hukumnya jika tidak mempunyai kemampuan tetapi
tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis, 2001: 19).
-------------------------------------------------------------------------------
HARDY BOY : KEPADA MAHASISWA LELAKI YANG INGIN BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR, SAYA NASIHATKAN:-
i)
PENDAMKANLAH SEKETIKA HASRAT ANDA ITU, HABISKAN DULU BELAJAR, DAPATKAN
PEKERJAAN DENGAN GAJI LUMAYAN, KUMPUL DUIT YANG SECUKUPNYA KEMUDIAN
CEPAT-CEPATLAH LELAKI PINANG BAKAL ISTERI ANDA.
BAYANGKAN
AKAN AKAN JADI KEPADA KELUARGA ANDA APABILA TAMAT SAHAJA PENGAJIAN
NANTI, ANDA MENJADI PENGANGGUR TERHORMAT BERTAHUN-TAHUN SEBELUM DAPAT
KERJA BERSAING BERSAMA GRADUAN-GRADUAN LAIN. MASA TERSEBUT, MACAM MANA
ANDA INGIN SARA KELUARGA ANDA.
JANGAN
JADIKAN ALASAN ORANG YANG BERKAHWIN NI AKAN DIKURNIAKAN REZEKI DAN
DICUKUPKAN SEGALANYA OLEH ALLAH (KERANA ALLAH HANYA AKAN MEMBERIKAN
SEGALA NIKMAT TERSEBUT SETELAH KITA GIGIH BERUSAHA & BUKAN
DENGAN SENANG-LENANG BEGITU SAHAJA MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA KERANA
YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG. PENYAKIT JANGAN DICARI...).
MACAMMANA
SUAMI INGIN SARA KELUARGA KERANA PINJAMAN PTPTN PUN BARAPE SEN LA
SANGAT, LEPAS DPT PINJAMAN CUKUP JE 2 BULAN TERUS MINTA DENGAN MAK
BAPAK, TU PUN ADE HATI NAK SARA ANAK ORANG....
ii) INGATLAH JANJI ALLAH BAHAWA SETIAP HAMBA-NYA INSYAALLAH TELAH PUN DITENTUKAN JODOH MASING-MASING. JIKA DITAKDIRKAN PASANGAN ANDA JODOH ANDA, INSYAALLAH DIA AKAN MENJADI PASANGAN SEUMUR HIDUP ANDA, JADI APA YANG INGIN DIKEJARKAN.... (cuma ada sesetengah manusia ni sebenarnya terlalu takut akan ditinggalkan pasangannya, maka ia menjadikan berkahwin untuk mengelakkan maksiat ini sebagai alasannya. Ingatlah juga, walaupun anda sudah berkahwin pada usia yang terlalu muda, belum tentu si suami tidak akan melafazkan lafaz cerai ataupun dia akan setia bersama anda...).
iii)
BAGI SAYA, ORANG YANG INGIN BERKAHWIN KETIKA MASIH BELAJAR NIE
& MASIH DI USIA MUDA MERUPAKAN SEORANG YANG TIDAK BERFIKIRAN
CUKUP MATANG. JANGAN JADIKAN "INGIN MENJAUHI MAKSIAT" (habis tu,
orang-orang lain yang tidak berkahwin tu semuanya melakukan maksiat
ke??? Anda akan melakukan maksiat jika anda sendiri yg
inginkannya)SEBAGAI ALASAN UTAMA ANDA INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA
SEDANGKAN HAKIKATNYA JAUH DI DALAM HATI ANDA, ANDA HANYA MELIHAT KEPADA
TUNTUTAN HAWA NAFSU SEMATA-MATA DAN HANYA INGIN MENJADIKANNYA LESEN
UNTUK ANDA BERSERONOK). MEMANG ORANG2 DAHULU RAMAI
YANG BERKAHWIN MUDA TETAPI MEREKA BERFIKIRAN MATANG DAN PENUH
BERTANGGUNGJAWAB WALAUPUN DI USIA MUDA, TIDAK SEPERTI KEBANYAKKAN
MUDA-MUDI PADA MASA SEKARANG YANG BEBAS PERGAULANNYA...
iv) Ingatlah bahawa fakta menyatakan penceraian yang begitu mendadak meningkat (satu pasangan bercerai setiap 15min)
antaranya adalah disebabkan oleh pasangan muda belia yang berkahwin
awal (hanya fikir keseronokan & nafsu di awal berkahwin
semata-mata tetapi tidak kuat untuk memikul tanggungjawab dan tidak
berfikiran matang serta keanak-anakkan). Apabila pelbagai krisis dan
tanggungjawab yang timbul, mereka gagal menghadapinya...
v)
MINTALAH PANDANGAN AHLI PAKAR/ARIF TENTANG PERKAHWINAN INI, SELAIN
UNTUK MENYAHUT SYARIAT ISLAM, AMANAH YANG TERPIKUL DIBAHU SEORANG SUAMI
AMATLAH BERAT BERBEZA DENGAN ISTERI(YANG CUMA MENJADI SEORANG PEMBANTU
DAN PENGIKUT SAHAJA). DALAMILAH ILMU AGAMA SEDALAM-DALAMNYA SERTA ILMU
PERKAHWINAN. BANDINGKANLAH PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERKAHWIN SEMASA
BELAJAR DENGAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERKAHWIN SELEPAS TAMAT
BELAJAR, PASANGAN YANG MANAKAH YANG LEBIH BAHAGIA. APABILA SUAMI MENJADI
KETUA KELUARGA, FAKTOR KEWANGAN MEMAINKAN PERANAN YANG CUKUP PENTING
DALAM MEMBAHAGIAKAN RUMAH TANGGA BERSAMA PASANGAN. FAKTOR
MENGGERUNKAN MENUNJUKKAN BAHAWA ANTARA PUNCA UTAMA PENCERAIAN DI
KALANGAN PASANGAN SUAMI ISTERI MUDA IALAH FAKTOR KEWANGAN. SAYA PASTI
ANDA TIDAK MAHU MENJADI SEBAGAI SEBAHAGIAN STATISTI TERSEBUT....
vi)
APABILA PASANGAN SUAMI ISTERI BERKAHWIN SELEPAS MASING-MASING MENDAPAT
PEKERJAAN, DENGAN KEWANGAN YANG CUKUP, BOHONGLAH JIKA TIADA PASANGAN
YANG MENGIMPIKAN MAJLIS PERKAHWINAN YANG MERIAH(BUKAN MEWAH) DAN LENGKAP
SEGALANYA... BERBEZA DENGAN PASANGAN YANG BERKAHWIN SEMASA MASIH
BELAJAR, MAJLIS PERKAHWINAN YANG DIADAKAN SEOLAH MAJLIS SOLAT HAJAT
SEMATA-MATA(HADIRIN PULA CUMA 30-50 SAHAJA) DISEBABKAN SUAMI TERPAKSA
BERHUTANG DUIT DENGAN MAK BAPAK GARA-GARA "GATAL" NAK KAWIN...
AWAL...
KESIMPULANNYA,
HABISKAN
PENGAJIAN ANDA YANG 3- 4 TAHUN TU TERLEBIH DAHULU DAN DAPATKAN
KEPUTUSAN CEMERLANG, KEMUDIAN CEPAT-CEPAT DAPATKAN PEKERJAAN SETERUSNYA
CEPAT-CEPAT PINANG BAKAL ISTERIA ANDA, TAK SUSAH BUKAN..(^_^)...
ELAKKAN
DIRI ANDA DARIPADA TERJERUMUS DENGAN PELBAGAI MASALAH PERIBADI KELUARGA
YANG AKHIRNYA PELAJARAN PUN AKAN TERABAI. BILA ISTERI DITAKDIRKAN
MENGANDUNG DAN BERSALIN, ISTERI ANDA PULA TERPAKSA EXTEND SEMESTER UNTUK
BEREHAT. TU BELUM LAGI KIRA BILA ANAK ANDA SAKIT DAN ANDA MEMERLUKAN
SUMBER KEWANGAN YANG BANYAK UNTUK MERAWAT DAN MEMBESARKANNYA (JANGAN
KATA ANDA TIDAK MAHUKAN ANAK KERANA ADAKALANYA RAMAI PASANGAN SUAMI
YANG DIKURNIAKAN ANAK WALAUPUN MEREKA MERANCANG UNTUK MAHUKAN ANAK
LAGI....). AKHIRNYA, SILAP HARIBULAN, PELAJARAN ANDA PUN ENTAH KE MANA, MENARA GADING PUN TAK SEMPAT ANDA DAKI SEPENUHNYA SEBELUM TERGELINCIR JATUH BERGULING-GULING. SEGULUNG IJAZAH YANG DIIMPIKAN ANDA DAN IBU BAPA AKHIRNYA HANYA DIGANTI DENGAN SEGULUNG SIJIL KAWIN.
Mungkin anda berpendapat bahawa cukup la anda membuat majlis perkahwinan ala kadar sahaja (Majlis itu anda akan ingat seumur hidup anda), panggil 30-40 jemputan cukup la, tetapi alangkah INDAHNYA JIKA ANDA MEMBUAT KENDURI PERKAHWINAN YANG DIHADIRI OLEH RAMAI JEMPUTAN (BUKAN UNTUK RIAK) DENGAN HARAPAN TETAMU YANG DATANG MENDOAKAN PASANGAN PENGANTIN TERSEBUT HINGGAKAN JIKA SUAMI ISTERI INGIN BERCERAI, SEWAJARNYA MEREKA PERLU MEMINTA MAAF KEPADA SETIAP TETAMU SEMASA MAJLIS WALIMATUL URUS MEREKA....
INI HANYALAH PENDAPAT SAYA SAHAJA, JIKA ANDA RASA MAMPU UNTUK MENGHARUNGI SEGALA OMBAK, BADAI DAN TAUFAN DI ATAS SEMASA MASIH LAGI MENUNTUT, ITU ADALAH KEPUTUSAN ANDA KERANA HANYA ANDA YANG MENGETAHUI KEMAMPUAN DIRI ANDA....
"JIKA DITAKDIRKAN JODOH, DIA TAK KE MANA...YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG, YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK.
REZEKI HANYA AKAN DIKURNIAKAN-NYA SETELAH PUAS KITA BERUSAHA
REZEKI JANGAN DITOLAK, TAPI PENYAKIT JANGAN DICARI..hehehe...."
(SEBENARNYA,
ENTRY INI SAYA tujukan kepada bekas pelajar ibu saya yang bercadang
ingin melangsungkan pengajian di usia muda dan masih menuntut supaya
bersama dapat kita fikir-fikirkan (^_^)
update:
kredit to : kursusperkahwinan.com
-------------------------------------------------------------------------------
update:
Tips-Tips lain berkahwin di usia muda
- TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
- TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
- TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
- TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
- TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
- TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
- TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
kredit to : kursusperkahwinan.com
CABARAN BERKAHWIN DI USIA MUDA
- Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
- Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
- Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.
- Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin."
- Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita.
- Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan.
HARDY
BOY :Mungkin anda akan kata ramai orang yang anda pernah jumpa berjaya
dalam perkahwinan mereka walaupun mereka berkahwin semasa sedang
belajar, tetapi anda juga perlu ingat bahawa ramai juga di kalangan
golongan ini yang kecundang dalam perkahwinan mereka kerana tidak dapat
mengharung badai dalam perkahwinan serta tidak mampu memikul AMANAH yang
dipertanggungjawabkan kepada suami isteri (kerana perkahwinan juga
bukanlah semuanya indah-indah belaka semasa waktu bercinta kerana semasa
bercinta anda hanya dapat mengenali semaksimum 30% sahaja diri pasangan
anda). Saya tidak menyatakan perkahwinan anda tidak akan berjaya cuma
anda berada dalam golongan yang berisiko tinggi jika ANDA TERLETAK DALAM
KATEGORI TIDAK BERKEMAMPUAN.
KEPADA YANG INGIN JADI SUAMI ATAU ISTERI, SILA BACE ENTRY BERIKUT motivasi-cukupkah-gaji-rm3000
>>> Berhati-Hati Dalam Memilih Jodoh
ARTIKEL renungan (Bukan niat untuk memalukan tetapi sebagai ikhtibar)
>>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
>>> RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR
KEPADA YANG INGIN JADI SUAMI ATAU ISTERI, SILA BACE ENTRY BERIKUT motivasi-cukupkah-gaji-rm3000
>>> Berhati-Hati Dalam Memilih Jodoh
ARTIKEL renungan (Bukan niat untuk memalukan tetapi sebagai ikhtibar)
Sumber : |
sumber : |
sumber : |
"Perkahwinan Usia Muda" Banyak iktibar/pengajaran yang diperolehi dalam kisah ini sama ada kesilapan mereka, ibu bapa atau keluarga sekeliling. "Cerai didakwa dirogol suami 4 bulan sebelum berkahwin" >>> kisah lanjut http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/cerai-dakwa-dirogol-bekas-suami-4-bulan-sebelum-kahwin.html >>> kebenaran-terbongkar-punca-sebenar >>> bekas-suami-nur-fazira-saad-janda-muda |
--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
Dalam membuat keputusan itu carilah redha Ibubapa kerana redha Ibubapa juga merupakan redha Allah, jangan diikut ego "darah muda". |
kisah lanjut : >>>sinarharian.com.my/pengantin-seminggu berkahwin-dibakar |
Kisah lanjut >>> suami-tendang-perut-isteri-hamil-lapan.html |
sumber : |
-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com.my/kes-cerai-di-malaysia-meningkat ----------------------------------------------------------------------------------------------- |
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com ----------------------------------------------------------------------------------------------- |
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com |
truestory.my |
sumber : |
sumber : |
sumber: |
sumber : kebodohan suami isteri??? |
Sedih, wajarkah beliau dipenjarakan??? |
>>> RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR
No comments:
Post a Comment