MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, September 26, 2011

RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR

Email yang dihantar kepada saya merujuk kepada entry "BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR DAN PADA USIA MUDA".

sy sha, pljar di sebuah ipta,,tahun pertama...sy ade bf n skrg umur dy 27 n sy 19, bf sy ni bekerja di syarikat swasta, pendapatan pon lumayan, ad rumah n kereta,snang citer xde mslh kewngn r,dy ckp dy xkn larang sy smbg blaja even kami sudah berkahwin..hbngn kami serius,,tp skrg mslh kami dsbbkan family,..bf sy n family dia bercadang nk merisik sy tahun dpn,then tunang n ikat 2 tahun,,then kawen..tp sy mst still blaja mse tu... parents sy pulak melarang sbb dyowg nk sy abeskn blaja,,kalo nk kawen pon tggu sy abes ijazah..sy ade jugak ckp ngn bf sy boleh x dy tggu sy smpai abes degree..kirenye mse tu umo sy 24, umo dy 32..dy ckp, sy still muda, kirenye sy mst boleh dpt yg lg bgos dr dy,,tp sy ckp la yg sy janji akn tunggu dy n kawen dgn dy..tp dy mcm xleh terime jwpn sy...sy sbnarnya xde la excited sgt pon nk kahwin awl, sy pon mude agy, tp semua ni disebabkn bf sy ni penah putus tunang, so dy jd trauma, dy tkot la lau dy tggu sy bertahun2, tupp2 sy ade org laen..oc la dy kecewa...tp sy ckp la sy ni setia huhu~ dats why parents dy nk dy kawen cepat n xnk tgk bf sy ni terluka lg....so mcm mana ea,papepon sy nk ckp bukan sng nk carik bf cm die, sbb dy seorang yg sgt hormat family n sgt sygkan kanak2..selama sy bercinta dgn dy, dy xpena marah or berkasar ngn sy..kirenye sy dah teliti r dy ni sifat nye mcm mane..so xde lah sy teragak2 nk kawen ngn dy..sy ni mmg suke suami penyayang hehehe... 


Jawapan saya :
 Merujuk kpd isu cik sha tu, bagi pendapat saya, lebih baik sha berbincang dgn ibubapa & dia elok2, tapi apa-ape pun semua perkara mestilah mendpat keizinan ibu bapa. dia juga perlu menghormati ibu bapa anda & dia tak bole buat sebarang keputusan terutamanya dengan memaksa ibu bapa anda menerima anda berkahwin dengan dia secepat mungkin. tapi, dia perlu ingat, jika jodoh tidak ke mana, insyaAllah jika masing-masing berusaha, hubungan itu pastu akan berkekalan ke jinjang pelamin.
saudari juga bole meminta pendapat para pensyarah serta kaunselor di universiti anda...

Yang kedua, bf sha juga perlu ingat bahawa apabila anda berdua sudah bertunang, sebahagian besar 70% peluang anda untuk berkahwin adalah tinggi tetapi seelok-eloknya tempoh perkahwinannya paling lama pun cuma setahun (yang menurut kursus perkahwinan yang saya ikuti).  Maksudnya, kebarangkalian untuk anda mendirikan rumahtangga adalah tinggi kerana jarang org yg putus tunang tanpa alasan munasabah.


Yang ketiga, apabila dia mula memikat hati anda semasa masing-masing mengikat janji sebagai kekasih sebelum anda menjejakkan kaki ke universiti dahulu, dia sepatutnya telahpun sedia maklum bahawa dia perlu menunggu anda menghabiskan pengajian anda terlebih dahulu. Bukan saya menentang anda berkahwin semasa sedang menuntut cuma berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya yang berkahwin semasa sedang menuntut, dugaannya lebih besar lebih-lebih lagi apabila anda tinggal berjauhan daripada suami anda serta anda ditakkdirkan pregnant (ramai juga yang pregnant walaupun mereka merancang untuk tidak mempunyai anak lagi) kerana kehidupan wanita semasa sedang pregnant amat mencabar terutamanya kerana senang sakit serta jauh drp suami. Jika ada yang mampu menghadapinya, ia terpulang kepada diri stp indvidu . Ibu bapa anda juga mungkin lebih mengetahui dan telah memikirkan masak-masak dengan bertanyakan saudara mara serta sahabat mereka tentang hal ini kerana risaukan anda tidak dapat fokus atau pelajaran anda akan terjejas kerana menghadapi krisis-krisis di dalam perkahwinan. Apabila anda berjaya berpegang kepada ijazah anda, hidup anda insyaAllah akan lebih terjamin kerana sebagai isteri kita tidak mengetahui perjalanan hidup selepas berkahwin seperti diuji dengan kematian suami secara mengejut dan sebagainya. Dengan mempunyai ijazah, hidup anda akan lebih terjamin walaupun selepas ketiadaan suami.

Usia yang paling sesuai untuk berkahwin ialah selepas 24thn (mengikut kursus kahwin yg saya ikuti) kerana pada masa tersebut pemikiran kita lebih matang & kewangan sedikit stabil brbanding semsa belajar....


Kesimpulannya, saudari perlu berbincang dgn keluarga & minta pndapat pelbagai pihak berpengalaman seperti saudara mara & menyenaraikan segala kebaikan serta keburukan selepas berkahwin... Cuma saya cadangkan seeloknya, anda tamatkan pengajian terlebih dahulu (bukannya lama pun) disamping itu keluarga anda juga dapat mengumpulkan kewangan serta membuat persiapan untuk knduri kahwin anda nanti)... Apa sahaja pilihan anda, anda perlu yakinkan bf & keluarga anda...

Akhirnya, adakan sembahyang ishtikarah supaya diberikan Allah petunjuk untuk anda membuat pilihan yang terbaik... Yang penting, jangan perjudikan hidup anda kerana hal perkahwinan perlulah difikirkan semasak-masaknya... Umpama menarik rambut dlm tepung "Rambut jangan putus, tepung jgn bersepah". Berbincanglah seelok-eloknya...  




Cara Bercinta/Bercouple Sebelum Kahwin oleh Ustaz Azhar Idrus 2011 UIA




Artikel saya berkenaan tajuk "CINTA & PERKAHWINAN INI"-

No comments:

Post a Comment