MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, February 13, 2010

If I could be there...

Entah la, akhir-akhir ni rase mcm tak berasa sedap hati je, trase something going wrong somewhere tapi tak tau ape puncanya... If I could be alone for this time... Hopefully, nothing bad will going to happen. Dulu, bila trase tidak sedap hati & bila ade masalah, biasanya aku akan berasa lega jika dapat menghabiskan masa di persisir pantai pada waktu petang (perasaan seronok tu mengatasi perasaan seronok window shopping semasa aku mengukur keluasan setiap shopping megamall sekitar KL dulu setiap hujung minggu ketika di KL dulu untuk mereleasekan tension bekerja + bersenam+ cuci mata), berjalan-jalan di atas pasir yang putih, dengan menyinsing kaki seluar, berkaki ayam, berjalan di sepanjang persisir pantai sehingga kepenatan, menghirup udara daripada laut yang segar, melontar pandangan saujana mata memandang ke hujung laut, sekali sekala dapat menyepak gigi ombak serta pasir pantai yang memutih dan membaling objek sejauh yang mungkin ke arah tengah lautan. Paling geram masa nak tangkap ketam-ketam kecil yang bermain-main di gigi air, kalau bernasib baik dapat tangkap anak belangkas takpun dapat kutip bangkai tapak kaki sulaiman(pelik betul rupenye).

Kemudian dapat melihat gelagat anak-anak kecil bersama keluarga mereka bersantai, terasa tumpang seronok melihat betapa bahagianya mereka. Bila berjalan berseorangan nie, aku terasa betapa agungnya dan indahnya ciptaan Ilahi. Selepas kepenatan, aku akan duduk jauh daripada orang ramai sambil melontar pandangan jauh ke arah laut, melihat bot-bot kecil serta menikmati betapa agungnya ciptaan Ilahi sambil memohon/berdoa kepada Ilahi agar diberikan aku petunjuk/idea untuk menyelesaikan persoalan yang bermain difikiranku. InsyaAllah, jika kita sentiasa mengingati-Nya ketika senang mahupun susah, pasti akan dikurniakan pertolongan daripada-Nya...

No comments:

Post a Comment