MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, September 28, 2010

Dedikasi untuk para pelajar ku & anak bangsa ku


Petikan daripada post aku terdahulu




6) Sedarkah bahwa kamu semua sedang berada dalam LOMBONG EMAS iaitu semasa di Institusi Pengajian… Bukan semua orang mampu untuk membawa keluar emas daripada tempat ini… Kamu hanya diberikan masa hanya 3 bulan sehingga 2 tahun sahaja. Habis sahaja tempoh tersebut, percayalah bahawa kamu mungkin akan menyesal sepanjang hayat jika tidak menggunakan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin…..
(Masing-masing ketika itu terdiam seketika…).. Tenaga pengajar di sini bukan calang-calang orang, semuanya mempunyai kepakaran masing-masing.


7) Aku bertanyakan dorang,

“Berapakah gaji kamu jika kamu bekerja dengan sijil SPM?!!!


Ada beberpa student menjawab“RM300 Encik!!!”


Aku : Jadi, berapakah gaji kamu apabila berjaya mendapatkan sijil?


Ada beberapa student cakap RM500, RM800, RM1000 dan macam-macam lagi…

Aku : Percaya tak jika saya cakap bahawa sekurang-kurangnya kamu akan dibayar gaji RM800 untuk fresh-graduate, sehingga RM3000?!!!

Untuk fresh, jika termasuk elaun & Overtime, kamu bole mendapat gaji sehingga RM1200…


Banyak tak RM1200?!!


Student : Banyak Encik!!!!


Aku : Percaya tak kamu semua bahawa gaji kamu semua boleh mencecah RM3000?


Student : Semua terkejut & terdiam….

Aku : Tapi, percaya tak kamu semua jika dengan sijil, kamu berpeluang untuk mendapatkan gaji sehingga RM8000 sebulan jika kamu tahu berbahasa Inggeris?


Student : Semua terkejut & terdiam lagi….



Aku : Saya tidak berbohong. Saya ade seorang kawan yang hanya mempunyai sijil, tetapi gaji dia dibayar minimum RM8000 sebulan dengan hanya makan gaji…
Dia sekarang bekerja di Cameron Highlands dalam bidang pembinaan dan telah menjawat jawatan sebagai site supervisor.
Saya tahu rahsianya dan saya akan berkongsi dengan kamu semua….

Student : Cepatlah Encik, bagitau rahsianya….


Aku : Percayakah kamu bahawa dengan sijil kamu boleh menjawat jawatan sebagai Jurutera?


Student : Semua terkejut & terdiam lagi….

Aku : Saya tidak berbohong. Saya memang ade seorang kawan yang hanya mempunyai sijil tetapi sekarang beliau telah berjaya menjawat jawatan sebagai jurutera di sebuah kilang di Kluang, Johor….


Student : Cepatlah Encik, apakah rahsianya….


Aku : Jangan risau, saya akan berkongsi rahsianya dengan kamu semua & jika kamu mahu, saya akan bentuk diri kamu semua supaya berjaya seperti mereka…
Sekarang, kamu semua pilihla sama ada kamu nak gaji RM300 atau RM800 atau semaksima RM3000?

Student : (Masing-masing mula bersemangat…)..


Aku : Dan, jika kamu mahu, kamu boleh menggenggam segulung ijazah, master mahupun Phd tapi ia bukanlah senang, ada beberapa strategi yang tersirat, bukan secara senang-senang sahaja. Saya pun ade seorang adik, dia bermula daripada bawah, sijil, diploma dan skrang ade beberapa bulan lagi untuk menghabiskan pengajiannya di peringkat degree, di 3 institusi pengajian yang berbeza... Kamu tidak ditawarkan terus ke peringkat seterusnya tetapi kamu perlu mencari jalan tersebut... Kalau mahu, rangka strategi kamu.... Rahsianya, saya akan berkongsi apabila tiba masanya...

Student : (Tertanya-tanye...)


Aku : Sebagai pensyarah, kami hanya membantu kamu, tetapi kamu sendiri yang perlu memilih jalan kamu yang tersendiri....



Airport, masa beberpa student offer nak hantar masa aku balik untuk melangsungkan perkahwinan.


Aku : Dulu ade seorang kawan saya yang bagitau kpd saya, masa tu saya sedang belajar di peringkat ijazah. Bole dia cakap kat saya, kalau sambung belajar pun menganggur jugak akhirnya….

Student : Ooooo…

Aku : Kamu semua tau tak macammana perasaan saya masa tu?!! Saya rasa macam nak tempeleng/tampar je kepala dia masa tu…


Student : Hahahahaha….. (gelak besar satu kelas)…

Aku : Sebenarnya, kerja semua tu adalah rezeki masing-masing. Rezeki kita ditentukan oleh Tuhan, tapi dengan syarat kita hendaklah mencari, berusaha, berdoa dan bertawakkal…


Menurut fakta terbaru, di Tawau sekarang nie pun, kita masih lagi kekurangan pekerjaan seperti Wireman dan sebagainya. Akibatnya, kebanyakkan yang lakukan pendawaian di rumah kita, mungkin dilakukan oleh pekerja-pekerja asing yang tiada kelayakan…


Ketika saya bekerja di Kuala Lumpur dahulu pun, berapa banyak jawatan kosong di sana, sehingga kita boleh memilih-milih lagi kerja yang kita mahu seperti jawatan, tempat dan gaji…


Apa yang penting, kita kena berusaha…. Rezeki tidak datang bergolek…

Jadi, kamu semualah yang akan mengisi kekosongan pekerjaan tersebut….


Student : Ooooo…

Aku : Zaman sekarang tidaklah sesusah dahulu untuk mendapatkan pekerjaaan.
Kamu hanya perlu mencari kerja melalui online je, tak perlu lagi cari kerja kosong melalui surat khabar. Nanti saya akan berikan beberapa website mencari pekerjaan yang terkenal.

Aku :Daripada website tu, kamu boleh tentukan apa sahaja jenis pekerjaan, tempat dan gaji yang kamu mahu.

Bagi saya, jika ada pelajar yang menganggur bukannlah disebab tiada pekerjaan tetapi mereka tidak tahu bagaimanakah untuk mencari lubuk pekerjaan tersebut... Lubuk tersebut sebenarnya tersergam di hadapan mereka...

Kamu sendiri bole memilih untuk bekerja dalam 4 bidang terbesar iaitu consultant (juru runding), pemaju (contractor), perkilangan (indutsri) mahupun bekerja sendiri. Bekerja sendiri juga bole mendatangkan pulangan lumayan dengan hanya berbekalkan name card tanpa mempunyai kedai yang sendiri kerana pejabat kamu bole bermula di rumah...

Banyak lagi peluang pekerjaan lain seperti designer, arcitect dan perniagaan...

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...


Alang-alang menceluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan...
Alang-alang masuk Institusi Pengajian, biar sampai ke peringkat paling maksimum...
Alang-alang bekerja, biarlah yang paling tinggi gajinya...

Biarlah
Institusi Pengajian ini menjadi starting point atau batu lompatan untuk kamu merubah kehidupan kamu....


Student : Tergamam, tak terfikir, ada juga yang bersemangat...

Aku : So, mana satukah bidang yang ingin kamu ceburi?

Aku :Dalam mencari pekerjaan, ia bukanlah bergantung kepada nasib semata-mata tetapi juga turut bergantung kepada STATEGI…


Student : erm....


Aku :Dalam menyiapkan resume sekalipun, ia mempunyai strategi tersendiri untuk menarik majikan mengambil kita bekerja. Ia adalah tiket kepada kita.

Resume mempunyai strategi bagaimana untuk kita memastikan bakal majikan kita kagum dengan kita sebelum mereka menemuduga kita lagi. Sebaik sahaja dipanggil temuduga, sebenarnya peluang kita ada kebarangkalian 50% lagi untuk diambil bekerja…


Aku :Dulu, berbulan-bulan juga saya tidak dipanggil untuk ditemuduga kerana resume yang biasa sahaja. Tetapi setelah diberikan pandangan oleh rakan-rakan, saya membuat beberapa perubahan pada resume dan Alhamdulillah, 1 bulan kemudian saya mula dipanggil untuk ditemuduga.

Saya mula bekerja selepas interview saya yang ke-6, waktu tersebut, dalam masa 2 minggu, saya telah menghadiri 4 temuduga.
Walaupun sudah menjawat jawatan selepas interview ke-6, saya masih lagi memohon kerja lain (untuk test market diri sendiri kot..hahaha).

Beberapa perubahan saya lakukan pada resume yang terkini dan merangka strategi untuk mengagumkan para majikan dan hasilnya saya telah dipanggil untuk menghadiri 3 lagi temuduga tidak sampai beberapa bulan kemudian dengan beberapa syarikat gergasi dan Alhamdulillah, mereka terus menawarkan saya bekerja sebaik sahaja selesai temuduga tersebut…

Selepas melihat kepada resume saya, mereka mengaku bahawa mereka begitu tertarik. Disebabkan faktor tertentu, saya terpaksa menolak tawaran mereka.


Aku : Selain resume, kamu perlu mempersiapkan dengan pelbagai persiapan dan keperluan industri pekerjaan sekarang dengan merebut peluang semasa berada di
Institusi Pengajian ini termasuklah menguasai etika bagaimana untuk memikat bakal majikan semasa dipanggil temuduga.

Aku : Untuk berjaya dalam hidup, kamu perlulah membantu diri kamu sendiri. Pensyarah hanya boleh membantu tapi kamu sendiri yang kena tentukan hala tuju hidup kamu. Tiada pensyarah yang tidak gembira apabila anak didik mereka berjaya...
(Banyak perkara yang aku berkongsi dengan mereka. Then, aku terangkanla beberapa cara aku mengajar).




Kat Airport, tunggu masa berlepas, dah la flight delay...

Aku : Untuk makluman kamu, saya seorang yang tegas dan cukup garang dengan pelajar yang bermasalah sepanjang pengajian kamu di Institusi Pengajian
(sebenarnya, dalam diam-diam aku akan mendekati pelajar bermasalah ini utk mengupas akar umbi punca mereka)
tetapi saya akan cukup hormat kepada para pelajar yang menghormati para pensyarah mereka.

Kenapa?
Sebab saya ingin membentuk
disiplin kamu semua ....

Aku : Saya paling pentingkan disiplin para pelajar saya. Saya mahu kamu sentiasa berdisiplin semasa di
Institusi Pengajian kerana menurut pemerhatian saya,
orang yang berdisiplin insyaAllah akan maju dalam hidup mereka...

Cuba kamu lihat rakan-rakan kamu yang berdisiplin, pencapaian mereka lebih tinggi daripada kamu.
Aku : Apabila saya meninggalkan bidang industri dulu, saya nekad yang saya mahu semua pelajar saya berjaya kalau boleh biarlah lebih daripada pencapaian saya. Kegagalan kamu semua bermaksud kegagalan diri saya juga.

Dulu saya perlu mengendalikan 200 orang pekerja, 21 buah syarikat contractor untuk 7 buah projek construction. Saya juga pernah beberapa kali menemuduga calon-calon untuk diambil bekerja.
Jadi, biarla pengalaman dan ilmu yang saya dapat itu, saya curahkan semuanya kepada kamu semua.

Sekurang-kurangnya, jika saya ditakdirkan meninggal bila-bila masa sahaja daripada sekrang, ilmu yang cukup bernilai itu telah saya sampaikan kepada kamu semua.


Airport

Aku : Jika kamu mahu saya bentuk kamu, kamu boleh maklumkan saya dan insyaAllah dengan pengalaman dan ilmu, saya akan membentuk dan membimbing kamu dengan lebih intensif (dengan lebih penekanan lagi) untuk mempersiapkan diri kamu sepenuhnya untuk memasuki alam pekerjaan & mempunyai keboleh pasaran tinggi…


(Actually, ilmu yang berguna merupakan saham pahala kepada kita apabila kita meninggal kelak selagi diamalkan selain daripada amal jariah dan doa anak yang soleh).


Jadi, BUKALAH MINDA KAMU, FIKIRLAH HALUAN HIDUP YANG KAMU INGINI....

(Kelas kemudiannya berakhir selepas 1 jam setengah... Walaupun tak semua yang aku sampai berjaya disampaikan, sekurang-kurangnya kalau tidak banyak, sedikit yang menyedarkan mereka untuk terus bangkit daripada "tidur yang panjang")..



Masters degree student 2008/2009




hardy boy : Setiap pendidik mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak bangsa mereka.

No comments:

Post a Comment