USTAZ HARUN DAKWA JELMAAN IMAM MAHDI
sumber : www.hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku  dirinya jelmaan Imam Mahdi dan   berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun   tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau   syarahan kepada pengikutnya. 
| MEWAH...bangunan markas pengikut Ustaz Harun. | 
Perbuatan itu mencurigakan beberapa  pengikut, tetapi peliknya  kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan  lelaki terbabit.
Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45,  paling dikehendaki Bank Negara  Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit  kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram  membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini,  asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM.
Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.
Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.
“Dia tanpa segan silu menyebut  perkataan tidak senonoh dan beraksi  ‘panas’ di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang  dibincangkan tidak relevan dengan hal agama.
HARDY BOY : TERINGAT KEPADA SORANG EX-MEMBER SAYA YANG SESAT, MAYBE SEBAB NAK DAPAT SEGALA NIKMAT DUNIA NIE DENGAN SENANG KOT TANPA PERLU BERUSAHA MENYEBABKAN DIA TERJEBAK DENGAN AJARAN MENGARUT MACAM NIE YANG MANA KETUA DIA DAKWA YANG DIA TU IMAM MAHDI (SI SESAT NIE CAKAP MERUJUK BERDASARKAN GAYA PERCAKAPAN, PEMAKAIAN DAN CIRI-CIRI DALAM AL-QURAN). SUKATI PAPA MAMA DIA JE DAKWA MACAM TU, MACAM LA ORANG LAIN TAKLEH NAK BUAT MACAM DIA BUAT)....
No comments:
Post a Comment