MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, June 07, 2011

RUMAH SEWA AKU BERHANTU KE?

Sambungan entry terdahulu 

KEJADIAN PERTAMA 
Rumah Sewa Aku Berhantu Ke?
Rumah sewa aku, aku pilih pilih rumah ini sebab kat Taman nie ramai
member2 sekerja, senang nak minta tolong ape-ape nanti.hehehe..
Terkejut? Aku lagi la terkejut... Apa taknya, baru nie member sekerja aku bagitau yang dulu member dia pernah ternampak kelibat menda tu semasa tumpang repair motor rumah aku (masa tu aku bkum masuk menyewa lagi, sekrang aku menyewa sorang-sorang sebab housemate2 lain dah berpindah tinggal dengan isteri masing-masing).... 

Kekadang aku terdengar jugak menda menggaru2 atas siling malam-malam.. GERAMMM!!!...
Dah la aku dok sorang. Kat rumah memang aku ade simpan satu parang panjang (dulu guna wat tebas semak depan rumah..hehehe), kalau dia turun mau aku tebas kepala dia..hehehe...
Last, aku fikir positif, maybe yang menggaru atas siling tgh2 mlm tu adalah kucing (sebab berat dengar dia berjalan). Terasa nak panjat siling tgk menda tu, tapi siling plk xleh nak buka.huhuhu....


Kekadang, yang seriau tengkuk sbb kat kawasan perumahan aku nie selalu juga blackout, panas sampai susah nak tido lbih2 lagi bila dok snsorang kat rumah. hehehehe. Aku percaya bahawa Jin itu wujud, sbab hantu tu pun sebnarnya adalah jin sama ada jin Islam atau Jin kafir cuma kita jgn senang menyerah kalah dengan mereka nie....




KEJADIAN KEDUA:
ANAK JIRAN MENINGGAL DUNIA
Baru ni saya & isteri mendapat khabar menyedihkan. Malam Sabtu 4 Mei 2011, dapat panggilan telefon daripada jiran mengkhabarkan anak jiran kepada isteri, yang berada di Klang (saya & isteri tinggal berjauhan, sebulan sekali baru jumpa) meninggal dunia. Innalillahwainnalillah hirojiin.... Anaknya disyaki mati dan disihir orang mungkin menjadi penyebabnya.
Sebenarnya, seminggu sebelum arwah meninggal, pada suatu maghrib arwah menjerit-jerit macam orang tak sedar diri seolah-olah dirasuk. Isteri saya dipanggil kerana ibunya belum pulang bekerja lagi. Arwah masa tu merenung tajam kepada isteri saya... tak berapa lama kemudian ibunya baru tiba ke rumah... (Saya & isteri rapat dengan arwah kerana keluarganya umpama satu keluarga dgn kami).
Ibunya kemudian dirasuki saka penjaga daripada warisan nenek moyangnya (ibunya pernah memberitahu kami yang dia dah puas berusaha membuang sakanya tapi masih tidak berhasil), sakanya kemudian bergelut dengan arwah. Akhirnya jin di dalam badan arwah memberitahu bahawa dia datang daripada sekolah dan suka berdamping dengan anaknya (bagi saya mungkin sekadar tipu helah jin tersebut). Selepas ditentang hebat oleh saka ibunya, barulah jin tersebut keluar/bersembunyi seketika daripada badan anaknya... Pada malam tersebut, arwah kembali meracau-racau lagi.
Sebenarnya, ibunya pernah menceritakan kepada saya semasa saya berkunjung ke rumahnya dahulu yang dia pernah berkali-kali disihir sehingga dia berkali-kali berubat bersama ustaz. Suspek yang menyihirnya disyaki adalah jiran sebelah jiran rumahnya disebabkan hasad dengki yang melampau-lampau yang akhirnya ibu arwah mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah baru.
Selepas puas menyihir ibunya (yang juga mempunyai saka yang menjaganya & melawan jin sihir tersebut), akhirnya suspek bertindak menyihir anaknya, kalau boleh biar mereka menderita & menyihir sampai mati. Arwah yang baru berusia 13 tahun, merupakan seorang perempuan yang taat kepda Allah dan ibu bapanya serta dia sering menjaga keluarganya (keluarga arwah berpendapatan kecil sahaja). 
Sepanjang seminggu selepas disihir, belum sempat ibunya berubat dengan ustaz yang sering merawat ibunya, arwahnya berubah  berperwatakan seakan-akan kanak-kanak berumur 3 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir pada malam Sabtu 4 Mei 2011. 
Keluarga arwah benar-benar terkejut dan tidak menyangka ianya akan terjadi. Kematian ditentukan oleh Allah, mungkin sudah ajalnya pada masa tersebut, mungkin sihir menjadi sebab musababnya tapi bagi saya, kita masih lagi boleh berusaha melawan sihir tersebut....






TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

SUMBER: Misteri & keajaiban alam
- Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
- Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
- Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
- Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
- Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

No comments:

Post a Comment