Semasa sedang kemaskini fail-fail dalam komputer saya baru nie, tetiba saya terjumpa gambar-gambar program Sarjana dulu, salah satunya semasa saya ditugaskan sebagai Pengarah Program untuk mengadakan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM anjuran UTHM (tapi FORUM nie bukan anjuran RTM seperti dalam TV tu (^_^)) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Johor serta beberapa Jabatan/Agensi lain.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kepenatan. Gambar selepas tamat forum ini. Beberapa keajaiban muncul dalam program ilmu ini turut mematangkan saya sebagai Pengarah Program. |
Dalam entry nie saya cuma ingin berkongsi beberapa pengajaran yang insyaAllah dapat mematangkan saya dalam program ini. Program ini juga dijalankan bersempena dengan Program Baktisiswa yang dianjurkan oleh Pihak universiti.
Akhirnya, saya terfikir program seperti Forum Perdana Ehwal Islam ini perlu sentiasa diadakan di mana-mana daerah di negara kita ini.
Nasib baik hadirin tak sedar yang beberapa orang di dalam banner tu yang tidak dapat hadir. |
Forum Perdana Ehwal Islam ini merupakan program kerjasama antara staf Universiti serta para pelajar, tapi bila masing-masing melepaskan tugas masing-masing, maka masalah akan terjadi. Program ini dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Johor tapi terdapat beberapa pihak kecil daripada universiti yang menganjurkan program ini masing-masing saling menolak-nolak kerja, alasannya ini program kami (pelajar) yang hanya memberikan 10% je markah. Terdapat beberapa perkara yang mengajar saya di mana pelbagai ujian & tekanan datang menimpa saya dan beberapa jawatankuasa di bawah saya (saya diberikan kepercayaan untuk memimpin ahli Persatuan Mahasiswa Islam UTHM yang sememangnya mempunyai komitmen tinggi dalam program ini serta merupakan junior-juniour saya) yang banyak mempermudahkan urusan saya. Kenangan dalam program ini tidak akan saya dapat lupakan sebagai pengajaran.
Antara Ujian yang menimpa ialah:-
Pada pukul 3 petang sebelum program Forum Perdana Ehwal Islam akan diadakan pada sebelah malamnya berlangsung, beberapa ujian mula menimpa. Program ini dijangka akan dihadiri beribu-ribu penduduk Kampung daripada Serom 1 hingga Serom 13. Para penduduk kampung ini amat mesra dan umpama keluarga bagi kami.
Sebenarnya, program ini adalah dibawah tanggungjawab seorang ustaz UTHM untuk menguruskan forum ini untuk urusan di peringkat atasan. Bayangkan, berminggu-minggu kami ingin menemui ustaz ini serta menghubunginya tapi langsung panggilan kami tidak dilayan, alasan yang diberikan ialah dia terlalu sibuk tu pun dia maklumkan kepada pensyarah. Walaupun terlalu sibuk, . Ramai ustaz lain yang hebat-hebat pernah saya temui tapi ustaz seorang nie memang saya kurang respek dengan layanan sedemikian. Kami juga dikhabarkan bahawa Menteri Besar Johor juga akan menghadiri forum ini. Disebabkan berpunca ustaz ini, selepas pkl 3 kami cuba menghubunginya lagi untuk mengetahui kehadiran ahli-ahli panel forum pada malam ini tapi sekali lagi panggilan tidak diangkat (kononnya dia nie sibuk tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Memang dia langsung tidak memaklumkan kami sama ada ahli panel telah dijemput atau tidak).
Akhirnya, hingga pkl 5, kami menemui jalan buntu kerana rupa-rupanya kami dikhabarkan yang ustaz ini langsung tidak mendapatkan panel untuk forum tersebut. MANA NAK CARI PENCERAMAH DALAM MASA TERDEKAT INI??? Kalau bagitau awal-awal bolehla kami uruskan. Buntu saya dan jawatankuasa yang lain bersama ahli Persatuan Pelajar Islam UTHM duduk semeja memikirkan penyelesaian.
Ujian seterusnya muncul bila saya menemui Penghulu Kampung yang dikehendaki mendapatkan Pengerusi Forum ini. Bila saya bersemuka dengannya, boleh dengan selambanya dia cakap "BUKAN SAYA YANG URUSKAN!!! " , sedangkan sebelum ini memang terang-terang dia mengaku tapi jangan la nak menipu dan lepas tangan jer bila PENGERUSI forum langsung tak datang pada petang tersebut, jadi dengan tindakan tersebut dia terlepas la daripada dipersalahkan... Memang angin saya masa tu lebih-lebih lagi bila ada ajk perempuan maklumkan saya penghulu tu sendiri mengaku yang dia uruskan pengerusi...
Saya fikir, kita nie walaupun sebesar mana di dunia, belum tentu kita mulia di sisi Tuhan. Jadi, tiada apa yang perlu kita berlagak...
Pada petang tersebut juga, sebelum pihak kampung & warga universiti telah bersepakat untuk mengadakan gotong-royong tapi akhirnya, sorang pun tiada di perkarangan forum tersebut. Masa tu saya tahu ianya berpunca daripada sikap orang kita sendiri suka mengharapkan orang lain, PENDUDUK KAMPUNG anggap warga UNIVERSITI DAH TERLALU RAMAI nak tolong, jadi mereka tak perlu la datang menolong dan hal demikian juga berlaku apabila warga UNIVERSITI turut beranggapan sebaliknya, mengharapkan orang kampung. Kesannya, pentas forum yang diamanahkan kepada orang kampung untuk dihias, akhirnya kosong begitu sahaja. Dengan bantuan beberapa AJK, pentas dihias kami setakat termampu pada pkl 6 ptg. Kedudukan pentas yang jauh drp kerusi dan kanopi penonton forum juga yang sepatutnya sama-sama diubah lebih dekat, akhirnya kekal begitu sahaja.
Van disediakan kepada para penduduk yang tiada kenderaan untuk datang. |
Hadirin perempuan lebih ramai daripada hadirin lelaki semasa forum ini. |
Saya juga "berangin" pada petang tersebut kerana hanya beberapa kerat tak sampai 5 "orang kuat" program yang turun membantu kami selain saya dan beberapa junior saya yang masih mentah dalam melontarkan idea yang cukup. Keadaan yang makin gelap menyebabkan kami baru sedar yang pentas juga perlu di
terangi dengan lampu limpah yang dijanjikan oleh Majlis Daerah tapi sehingga petang tu, kelibat dorang pun langsung tak kami lihat, semuanya berpunca daripada ustaz yang senang-senang melepaskan tangan itu. Penghulu pun cuma melihat sahaja, risau jika menteri besar akan singgah ke forum ini, tanpa membantu kami apa yang terdaya.
Cuma saya cukup terharu dan kagum dengan Jabatan Penerangan Negeri Johor yang cukup profesional datang membantu kami menyediakan segala kelengkapa PA system, cakap je apa yang kami mahu, akan mereka usaha bantu kami.
Pentas yang sepatutnya dihias oleh penduduk kampung tidak sempat dihias. |
Keajaiban muncul.
Akhirnya, saya bertawakkal dan nekad yang saya akan teruskan juga forum ini dengan memerah segala kudrat kami yang termampu bersama Persatuan Mahasiswa Islam, lantaklah AJK INDUK LAIN yang secara terang-terang melepaskan tugas mereka.
i) Masalah terbesar iaitu tiada panel yang datang, akhirnya dengan Allah selesaikan apabila salah seorang anak buah saya drp Persatuan Mahasiswa Islam berjaya menghubungi seorang Imam Masjid UTHM untuk menjadi ahli panel dan menerangkan keadaan kami. Alhamdulillah, imam tersebut sudi datang menolong menempuh perjalanan daripada Batu Pahat, Johor sejauh 1 jam lebih bersama 2 Imam Masjid UTHM yang lain untuk membantu kami. Memang dia tidak berkira yang mana tindakannya telah menyelamatkan program ini.
ii) Pukul 8.00 malam, pengerusi yang dijanjikan PENGHULU langsung tak kelihatan. Akhirnya, Imam tersebut dengan sukarelanya menawarkan dirinya untuk menjadi pengerusi. ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI, ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI.
iii) PEGAWAI DARIPADA Jabatan Penerangan yang hadir juga cukup profesional dengan memberikan komitmen tinggi kepada kami termasuklah menyediakan Pengacara Majlis yang amat memahami keadaan kami pada ketika itu. Ke"profesional" Pengacara Majlis berjaya menutupi beberapa kecacatan forum pada malam tersebut. Takde pulak dia nak berkira bab-bab kerja nie, bagi dia yang penting dia perlu sama-sama menjayakan program (tak mcam beberapa orang besar yang melepaskan kerja).
iii) AJK bawahan saya(Persatuan Pelajar Islam UTHM yang tinggal beberapa orang xsampai 20 orang pun ) memang cukup berkomitmen, cakap je semua dorang akan lakukan tanpa banyak soal. Jamuan makan diutamakan kerana ia antara perkara yang menentukan kejayaan forum tersebut yang akan dijamu kepada hadirin selepas forum. Jadi, beberapa Persatuan Pelajar Islam UTHM dan AJK saya yang cuma tinggal beberapa orang ditugaskan memastikan semuanya memuaskan hati.
Seterusnya, saya tempatkan dorang di kawasan menyambut tetamu termasuk VIP,
ada yang diletakkan di ruangan tempat duduk para penonton membantu para hadirin,
ada juga ditempatkan di bahagian PA system membantu Jabatan Penerangan Johor dan UCITV UTHM(walaupun mereka memang mahir dalam penyediaan PA system ini dan tidak menganaktirikan kami dan melayan AJK kami dengan baik).
iv) Apabila Imam-iman UTHM tiba, saya mendapat idea daripada AJK kecil untuk meletakkan mereka di bilik rehat supaya mereka dapat membuat persediaan dan perbincangan merancang strategi forum. Saya cume memberikan penerangan mengenai protokol dan perancangan forum. Walaupun mereka terdiri daripada golongan pegawai, tapi bbrapa idea saya turut dipertimbangkan. Kemudian saya berbincang dengan PENGACARA MAJLIS daripada JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR menerangkan perancangan kami, dalam masa yang sama beliau sempat lagi memberikan tunjuk ajar kepada kami.
v) Kami terkejut, pada pukul 8.15 malam hadirin begitu ramai berasak-asak tidak putus-putus tiba ke perkarangan forum ini yang terdiri daripada penduduk kampung dan para pelajar sehingga kami tidak dapat menyediakan tempat duduk yang cukup, tapi mereka tak kisah walaupun terpaksa berdiri serta duduk di tepi kaki lima. Saya memang pelik, daripada mereka datang sedangkan dalam program-program yang lain, para hadirin tak la seramai forum nie...
vi) Cuaca pada malam tersebut beransur baik, saya sentiasa mendoakan semoga cuaca elok bermula hari sebelum program lagi. Mungkin Allah merahmati program kami ini.
vii) Sepanjang program berlangsung, segalanya berjalan lancar, beberapa AJK kecil saya membantu dan mengutamakan para hadirin jika mereka ada masalah. Sepanjang forum juga, barulah nampak AJK INDUK dengan beberapa STAF universiti, tapi langsung wat derk jer biar kami kitorang. Untuk sedapkan hati, saya bagitau AJK kecil saya "Lantak dorang la, kita siapkan yang termampu, kalau selepas nie dorang komen-komen forum nie, siapla dorang kena serang balik dengan saya!!! " (^_^).
Antara Imam Masjid UTHM |
viii) Alhamdulillah, kawan saya darpada kelas Sarjana yang bertanggungjawab menguruskan bahagian pengangkutan berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang untuk mengambil para penduduk yang tiada kenderaan daripada Serom 1 hingga Serom 13 walaupun bermcam dugaan dia hadapi tak termasuk lagi kena melayan kerenah para pemandu dan penduduk kampung.
ix) Syukur, selepas program berlangsung, kami tidak menerima sebarang komen-komen negatif. Pihak atasan UTHM yang datang pun berpuas hati dengan program kami, tapi yang menumpang nama ialah orang atasan saya yang baru mula buat-buat kelam-kabut menyibukkan diri.
Rata-ratanya hadirin beribu-ribu orang yang kami tidak jangka amat berpuas hati dengan program ini.
SEMASA PROGRAM TERSEBUT, KAMI PERCAYA, ALLAH AKAN MEMBANTU DALAM MAJLIS ILMU INI...
Tuan Pengacara Majlis daripada Jabatan Penerangan yang saya amat kagum dengan ketenangan, pemurah hati dan sudi memberikan tunjuk ajar. |
Pegawai Pejabat Agama Islam UTHM yang sudi menjadi bidan terjun sebagai Pengerusi Majlis forum ini walaupun di saat-saat akhir. |
Antara Imam Masjid UTHM yang berbesar hati sanggup membantu kami menjadi bidan terjun panel forum ini. |
SELEPAS SEMINGGU PROGRAM INI BERLANGSUNG, PORT MORTEM DIADAKAN MELIBATKAN STAF DAN PARA PELAJAR. BILA SAYA MASUK JER BILIK MESYUARAT, BARU SAYA TERNAMPAK KELIBAT USTAZ TU (YANG TERNYATA DIA LEGA JIKA KENA JAWAB PERSOALAN LAPORAN FORUM TERSEBUT SEBAIK SAHAJA DIA TERNAMPAK SAYA). SAYA DAH NIAT, SAYA TAK NAK MASUK CAMPUR, BIARLA DIA SORANG JE YANG JAWAB DAN BERIKAN POST MORTEM TERSEBUT.... SAMPAI AKHIR MESYUARAT POST MORTEM SAYA DIAM SAMBIL TERSENYUM SINIS SAMBIL PULANGKAN PAKU BUAH KERAS ...(^_^)...
No comments:
Post a Comment