MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, August 03, 2011

Motivasi : CUKUPKAH GAJI RM3000???




Saya pernah dapat email nie pada tahun 2006. Bila difikirkan, mungkin ade benarnya tetapi bagi saya (berdasarkan beberapa pengalaman saya), jika rezeki yang kita cari itu adalah bersumberkan daripada unsur halal & KITA MENJALANKAN KERJA YANG DI AMANAHKAN DENGAN TERBAIK, InsyaAllah ade keberkatannya dan InsyaAllah cukup.



----------------------------------------------------------------------


BERIKUT SAMBUNGAN ENTRY DARIPADA EMAIL 
"CUKUPKAH GAJI RM3000???"

Let's to do some calculations here. In Malaysia the average family income is RM3000 (Father works, mother doesnt). I understand there are a lot of families whose income don't reach RM3000, but, to make things simple, lets take RM3000 as the figure. ok la right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. ngam ngam..

Calculation starts...

Electricity and water bil RM100 (no aircond, no home theatre, no water heater k?)

Telekom and Handphone bil RM100 (cannot make a lot of calls one you know? NO Streamyx also)

Meal for the whole happy family RM775 (3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons????)

Papa makan/teh tarik during working hours RM155 (RM5/day, RM5 can eat what?)

Car repayment RM400 (a proton saga aeroback, 7 years repayment)

Petrol RM300 (Living in City, Jam) Go to work, bring son to school, only can afford one car running.

Insurance RM650, (kids, wife and myself).

House repayment RM750 (Low cost housing repayment for 30 years, retired still have to work to pay house!)

Tuition RM80 (got that cheap meh?? No, I don't think so)

Older children pocket money @ school RM20 (RM1/day, eat bread??)

School fees RM30 (enough ah??)

School books and etc etc. RM100 (always got extra to pay in school)

Younger children milk powder RM50 (cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous RM100 (shampoo, rice, sauce, toilet paper)

oh wait!!! I have to stop here, so... No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot Mc Donald, cannot go Park walk during weekend(petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up! RM3610 already.. EPF belum potong, income tax lagi,........oledi --- RM610... How to survive laa tuan-tuan dan puan-puan sekalian???



Calculation starts...
i) Electricity and water bil    =
RM100
ii) Telekom and Handphone = RM100
iii) Meal for the whole happy family 
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons)= RM775 
iv) makan/teh tarik during working hours
(RM5/day, RM5 can eat what?) = RM155 
v) Car repayment 
(a proton saga aeroback, 7 years repayment) = RM400
vi) Petrol = RM300
vii) Insurance(kids, wife and myself) = RM650, .
viii) House repayment  
(Low cost housing repayment for 30 years) = RM750 
ix) Tuition = RM80 
x) Older children pocket money @ school = RM20
xi) School fees = RM30
xii)School books and etc = RM100
xiii) Younger children milk powder = RM50 
xiv) Miscellaneous (shampoo, rice, sauce, toilet paper) = RM100
No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot Mc Donald, 

Total calculator =  RM3610 already.. 
EPF + income tax lagi = RM610 = so ??? 

------------------------------------------------------------------------------------------







HARDY BOY :
Saya dapat email nie pada tahun 2006. Bila difikirkan, mungkin ade benarnya tetapi bagi saya (berdasarkan beberapa pengalaman saya), jika rezeki yang kita cari itu adalah bersumberkan daripada unsur halal,insyaAllah ade keberkatannya dan InsyaAllah cukup. 
Saya mempunyai seorang sahabat dahulu, hanya bekerja sebagai driver JKR dengan hanya bergaji RM800, jika difikirkan mana la cukup nak tampung hidup, tapi hakikatnya kehidupannya penuh dengan nikmat, cukup segalanya walaupun hidup bersederhana. Sahabat saya nie seorang yang selalu bersyukur, memang kuat beribadat, sembahyang selalu di Masjid tetapi bila bekerja tak pernah merungut. Jika tempoh bekerja 8 jam, kalau diminta dia kerja lebih pun sahabat saya nie takkan bising walaupun dia tak claim OT (dia rasa serba salah kalau cuma nak claim untuk beberapa minit sehari,tu belum kira masa kena standby kalau boss call bila ada emergency case. Tapi bila saya fikirkan, walaupun cuma drive lebih beberapa puluh minit sehari, kalau sebulan dah berapa dah gaji dia sepatutnya dapat tapi sahabat saya nie memang tidak terlalu berkira & mengambil kerja yang dilakukkanya adalah ikhlas kerana Allah, kerana jika kita niat berkerja kerana Allah, maka kerja tersebut akan jadi Ibadah, dapat ganjaran di akhirat lagi...).

Berbeza dengan sahabat saya seorang lagi, bergaji RM6000 lebih, dalam pekerjaannya terlalu banyak sangat bercampur gaul dengan perkara halal dan haram disebabkan keadaan kerja yang memaksa dalam memastikan projek dapat disiapkan "on time". Bila saya bagitau pada ketika itu, dengan gaji saya yang tidak seberapa, sebulan saya berusaha menyimpan RM1000 lebih, dia terkejut kerana dia sendiri nak menyimpan RM1000 pun susah(dengan isteri pun tak bekerja tetap), tu belum kira lagi hutang-hutang yang perlu dibayar.

Saya juga pernah menemui individu yang berpengaruh dan mempunyai harta & wang ringgit yang bernilai beratus-ratus maybe menghampiri jutaan ringgit, tetapi mereka amat merendah diri, mungkin mereka mengenangkan mereka mewah dengan wang ringgit tetapi mereka tiada nikmat hidup. Bayangkan, walaupun wang beratus-ratus ribu ringgit, nak belanjakan pun tiada masa, jadi apa guna wang banyak? Mungkin, disebabkan hal tersebut, mereka amat low-profile kerana menyedari orang kebanyakkan mengecapi nikmat hidup yang lebih banyak berbanding diri mereka.

Apa yang ingin saya jelaskan di sini, sebenarnya wang bukan menjamin cukup atau tidak tetapi ADAKAH WANG YANG KITA PEROLEHI TERSEBUT BERKAT ATAU TIDAK?    
Bukti di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa, bila wang/gaji tersebut berkat, insyaAllah, Allah akan cukupkan segalanya.


Saya juga dahulu pernah mempunyai sumber pendapat daripada sumber yang HALAL dan HARAM (yang terpaksa saya menerimanya, tetapi sekarang saya telah bersihkan yang HARAM tersebut). 


WANG HARAM
Saya pernah dipaksa menerima RASUAH berpuluh-puluh ribu RM, konon-kononnya wang tersebut sebagai komisen kerana memberikan kontraktor di bawah saya(berkelas B hingga kelas D) projek-projek di mana yang tersebut mereka masukkan terus ke dalam akaun saya, kononnya sebagai alasan ingin minta tolong saya bayar gaji pekerja mereka di site kerana mereka tidak sempat turun ke Site di Cameron Highlands. Dah masuk, baru mereka beritahu maksud sebenarnya wang tersebut dimasukkan. Perkataan KOMISEN tersebut menyebabkan saya menganggap bahawa wang tersebut adalah wang HALAL (tetapi sebenarnya HARAM kerana wang tersebut sebenarnya adalah wang RASUAH walaupun istilahnya lain).


Buku Akaun saya dahulu (harap jgnla SPRM cari saya sbb saya dah bertaubat nasuha(^_^)
Natijahnya, saya pelik, keajaiban muncul, walaupun wang tersebut banyak, entah mengapa pada bulan tersebut wang tersebut habis macam air mengalir dalam masa tidak sampai 3 minggu. Gaji saya yang biasanya cukup, pada bulan tersebut menyebabkan saya terpaksa berhutang dengan ibu saya. Selepas kejadian tersebut, baru saya sedar yang wang tersebut HARAM & tidak berkat sampai wang saya yang halal dalam bank yang sama, turut habis tanpa sebab yang munasabah/tanpa saya sedar.  Sejak kejadian tersebut, saya asingkan wang HARAM tersebut masuk akaun bank yang lain, wang halal dalam akaun lain. Saya pernah mengalamu kejadian dipaksa menerima rasuah, seperti pernah diugut supaya ambil wang rasuah daripada seorang CHA Ya Nun Alif, jika tidak dia tidak akan keluar daripada kereta saya, saya berbadan kurus berbanding dia macam gengster. Akhirnya, saya berhenti kerja, semua wang dalam akaun duit HARAM saya bersihkan dan DERMAKAN kepada pihak yang sepatutnya (walaupun saya tahu wang tersebut HARAM tapi saya tiada pilihan, saya niatkan ianya merupakan sedekah daripada pemberi rasuah tersebut kepada pihak tersebut).


WANG HALAL/BERKAT
Mengenai wang halal pula, saya percaya jika wang tersebut adalah berkat, Allah akan cukupkan kita dengan wang tersebut. Antara kejadian ajaib yang tak dapat saya lupa, pernah pada suatu ketika pada bulan tersebut saya hanya mempunyai bebrapa ratus ringgit lebih sahaja menunggu bulan tersebut habis, tetiba dapat panggilan daripada kampung yang adik-adik saya memerlukan wang untuk pengajian di IPT, walaupun kekeringan duit, saya niat takpela, biarla saya bersusah & berkorban demi mereka, akhirnya saya keluarkan duit yang cuma tinggal sedikit. Balance duit tersebut sekadar cukup untuk satu minggu, lagi 2 minggu mane cukup, dahla banyak saya kena guna untuk beli barang-barang projek site sebelum claim dengan boss.
Entah macammana, keajaiban muncul, ALLAH bantu saya. Pada minggu tersebut saya dapat wang yang umpama "turun daripada langit". Beberapa kawan-kawan saya bank in duit kepada saya untuk membayar hutang-hutang mereka kepada saya (sedangkan saya sendiri tak ingat bila masa pulak saya bagi hutang). Tak lama  kemudian, datang lagi seorang BOSS KONTRAKTOR, dia hulurkan wang sewaan rumah kerana saya menumpangkan pekerja-pekerjanya tinggal di rumah saya sebelum ini beberapa bulann (rumah tersebut 2 tingkat, saya bilik di atas, pekerja tinggal di bilik tingkat bawah) sedangkan saya tidak pernah pun minta dorang bayar sewa, sekurang-kurangnya dapat memeriahkan rumah tu, takdela sunyi sepi. Boss kontraktor nie bagitau, dia baru dapat bayaran payment yang tertunggak dahulu, dapat DURIAN RUNTUH, so dia share la sebagai appreciate bantu aku. Ape lagi, bape sen je dia bagi aku, so aku amik je la. Mungkin ni adalah pertolongan daripada Allah kalau rezeki yang kita cari itu adalah berkat... (Lepas kejadian tersebut, aku rase diri aku ni banyak berdosa, tetapi Allah masih lagi makbulkan doa aku, rase malu teramat sangat...).




HARDY BOY- 
KESIMPULANNYA : CARILAH REZEKI YANG BERKAT, JANGAN PONTENG-PONTENG DAN BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN DIRI KITA, JAUHI DARIPADA SUMBER HARAM. 

UNTUK BAKAL SUAMI, KALAU MAMPU CARILAH BAKAL ISTERI YANG BEKERJA SUPAYA DAPAT MEMBANTU MERINGANKAN BEBANAN KEWANGAN DALAM KELUARGA ANDA NANTI (^_^)

Last, buat la perbelanjaan terancang, wat anggaran budget dulu bila korang dapat duit/gaji. Then, BERBELANJA JANGAN BOROS!!! (^_^) 

JANGAN LUPA JUGA, SIMPANLAH WANG ANDA SPT UNTUK KES KECEMASAN, KERETA ROSAK & SEBAGAINYA. BAYANGKAN KALAU ANDA SIMPAN RM200 SEBULAN, DALAM 2 TAHUN DH BERAPA BYK ANDA SIMPAN?!! 



 

14 comments:

  1. gaji 3000 isteri dan 3000 suami...cukup sangat tu..asalkan besederhana..

    ReplyDelete
  2. suami sahaja yang kerja pun cukup.
    insyaAllah... ^_^

    ReplyDelete
  3. AZRA : thanks for your comment. Betul tu Azra, asalkan bersederhana sambil2 tu bole la kite menabung perlahan-lahan utk masa depan.hehehe...

    ReplyDelete
  4. Rahmat : Btul tu, contohnya Che Wan pun, dia sorang je kerja tapi siap bole beli rumah lagi. kkdang tu, kalau husband wife keja mcm aku nie,nk beli pn belum tentu berkemampuan@ berkesempatan.hehe

    ReplyDelete
  5. tu lah. alhamdulillah... walaupun saya sendiri yang bekerja, cukup utk bayar sewa rumah, beli rumah di kampung, kereta, insuran, tabung pelajaran anak dan apa-apa lagi yang perlu.

    insyaAllah... Allah dah aturkan rezeki untuk kita

    ReplyDelete
  6. gaji walaupun sikit tapi ikhlas dalam kerja pasti cukup.kalau banyak komplen dan tidak ikhlas buat kerja gaji berpuluh ribu pun belum tentu cukup.

    ReplyDelete
  7. DEEM : BETUL3.HEHEHE.... pandainyer (^_^)

    ReplyDelete
  8. **House repayment RM750 (Low cost housing repayment for 30 years, retired still have to work to pay house!)- Fakta ini memutarbelitkan fikiran rakyat.. untuk pengetahun semua, sesiapa yang layak, hanya rm150 sahaja sebulan. dan kalau loan rm100k pun dgn bank, utk 30 tahun bulanan xsampai rm600!! tu pglmn aku sdiri.. Yang lain tu kena bandingkan sendiri betulkah bajet yang diceritakan itu..kena berfikir dan tlg jangan terima bulat2...so far bagi aku kebanyakan yang diceritakan tu salah... kereta rm400 sebulan tu proton saga baru boleh dapat yg tuuu...

    ReplyDelete
  9. Utie : ala,tu anggaran penulis tu je atau berdasarkan pengalaman dia kot, budget dulu-dulu, email tu pn dah lama, dpt pn thn 2006/2007.
    pasal harga rumah tu mungkin dia maksudkan rumah biase kot yg tak tlalu mahal(aku rase dia nie chinesse kot), maybe bukan yang rumah pprt tu. Aku menyewa rumah pn kena bayr rm400 .hahaha..

    ReplyDelete
  10. stuju, memang anggaran..rumah biasa? rumah low cost tu bro dia ada state kat situ! FYI, mana ada low cost melebihi rm50k pada tahun 2005/6.. low cost sekarang pun rm80K konsider mahal amat..

    dan risalah ini diedarkan kepada masyarakat atas tujuan tertentu dengan memburuk-burukkan pihak tertentu..dulu masa 1st aku dapat risalah ni pun aku percaya bulat2 apa yg diceritakan, sbb aku masih belajar dan tiada pglmn urus duit gaji..

    Bagi aku, rakyat kita perlu diberi didikan kewangan yang betul..ramai rakyat fikir bila org nak didik, xde keje lain lah tu selain dari berjimat cermat.. tp ternyata anggapan itu adalah salah kerana masih banyak yang kita kena tahu mengenai duit ini..cara terbaik pergi lah ke AKPK..my 2 cents..

    ReplyDelete
  11. sori le Hadi aku emo sikit bab risalah ni sebabnya aku masih menerima risalah ini awal tahun hari tu semasa aku pergi solat Jumaat.. Ianya masih diedarkan hingga ke hari ini dengan sedikit pengubahsuaian gambar PM kita yg terbaru telah diletakkan kat bhgn bawah tu..tu yg aku terkilan tu..

    ReplyDelete
  12. mat Utie : info yg berguna & menarik.hehehe..

    ReplyDelete
  13. hakikatnyer tu sume bkn harta kita pon..harta yg kita nk bwk kt akhirat nnt cuma amalan dan sedekah jer kan..mana boley bwk uwang ringgit billion2 tu..:D btw,mmg keberkatan tu penting..biarla org sekeliling nk cakap apa yg penting kita hidup berlandaskan hukum Allah..;)

    ReplyDelete
  14. btl tu Leha, semua yg ade atas dunia nie cuma pinjaman semata-mata (^_^)

    ReplyDelete