MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, June 25, 2012

Cinta Yang Tidak Berbalas - Motivasi Cinta

Sebenarnya, alhamdulillah sepanjang aktif dalam blog ini, saya pernah beberapa kali menerima komen-komen yang meminta nasihat dan pandangan tapi isu yang paling banyak pelawat minta pandangan dan nasihat ialah mengenai CINTA. Jadi, saya memberikan mereka pandangan, nasihat dan memberikan semangat kepada mereka untuk memilih jalan penyelesaian yang terbaik. Cuma satu sahaja pantangnya yang diajar oleh guru saya, jangan buat keputusan kepada mereka kerana jika keputusan yang dibuat tersilap, akhirnya mereka akan menyalahkan kita kembali, jadi kita cuma memberikan pilihan jalan penyelesaian untuk mereka pilih.

Jadi, salah satu komen pelawat blog saya yang ingin saya kongsikan di bawah mengenai isu CINTA YANG TIDAK KESAMPAIAN / BERBALAS ....



Anonymous : 

Saya pun ada 1 cerita bos, sweet tp agak sedih la...Skrg pun terasa lg.
Last year i hv this crush on a girl la, cantik orgnya, bijak serta berdedikasi dlm pelajaran, UIA kitorg ni, amik Bachelor English.Minah ni mmg bijak arr, dpt Dean list every sem. Ok2, awal thn ni dlm bln 2, saya confess yg saya minat kat dia, ok dia diam jer, plus dia kata dia single, tkpalah, then 1 week later she admits that she's planning to be engaged with sum1, saya pown of course patah hati, seminggu kot tmbh lagi mamat tu sy tahu junior kot cuma tua arr pd dia, budak kelantan kan, maahad lewat 1thn saya senior tp minah ni muda cuz dia budak PTS. 

Dia kata islam ni agama mudah, dah org nak i amik jela, u xda nafsu ke? dia tanya saya. Saya dlm hati, kata wah tu je ke tujuan dia. Saya geram bkn apa, sbb cepat sgt, diorg kenal x smpi 1tahun pun,mamat tu dah cekup dia bawak parent jumpa lar, in fact diorg ni kontra la bos, mamat ni style agama2 skit ntah lah kan tp birthday party minah ni dia g jer, saya pun x gi walau bkn lepasan sekolah agama, mniah ni budak PJ budak bandar, mmg hip arr, style suka tgk bola la Lumba keta la,boleh kata interest dia sama mcm saya, dia pun ada keta, laki tu tkda pu, plus rumah dia banglo arr. Tu yg saya pelik..kecewa pun ada. 

Ada la tnya kawan baik dia, dia kata kalau you kahwin dia x abis blaja korg nak dok mana? minah ni jawab, dok umah i la..saya pun macam,hish tkan nak duk umah family pompuan, saya sendiri pun yg dah ada rumah pun xda berani nk janji kahwin lg, at least kenal2 dulu, Tp beberapa mggu pastu dia adalah dating ngan saya, jgn salah faham,x curang tp selagi dia x bertunang, saya try sedaya yg boleh, sbb kawan2 dia kata dia ada soft spot kt saya, so kitorg kluar la date 2 kali, bawak adik saya 1st date 2nd dua org jer, sy pun call2 dia hjg mggu , dia pun kata x kisah la apa la i ok jer,tetibe 5mmgu pastu, dia suh hentikan cara mengejut, even nk text pun x sudi dah, ajak juma nk bercakap pun xnak sampai saya kena kejar dia br dia berhenti. 

Sehari sblm exam, yes dia pun dah brtunang, agak ganggu la emosi saya, tp sy sabar, ingt nk jumpa tp dia secara professional kata kena bawa tunang dia sama, cuz he knows that i like her, last2 xjumpa pown, in fact dia kata dia x dibenarkan untk reply or jawab call saya, sy dh kata nk berbaik2 tp dia buat x endah pown,dia ada la reply janji jumpa saya tp x jumpa pown, saya agak sabr tp agak kecewa sbb dia x tunaikan janji dia, tp myb dia dipaksa oleh mamat tue. Lama sy tggu bos, smpi abis exam 5hb baru2 ni. last2 saya hantar text serta email pdnya luah kan apa yg saya nk cakap selama ni sblm dia bertunang tp tkda rezeki, amat kecewa seketika. Ni saya nk tnya? kukuh x alasan wanita ini dan ada x harapan untk saya untk mungkin memenangi hati nya sbb saya rasa i desrve a 2nd chance, bkn nak rmpas yer, yes i love her bos, but if sy sayag da, saya mesti biarkan ini berlaku dulu.


Hardy Boy :
thanks kerana berkongsi sebuah pengalaman yang menarik dan panjang lebar, saya tumpang bersimpati. Saya sendiri mempunyai seorang adik perempuan di mana bfnya kelam kabut nak ajak bertunang sedangkan belajar pun belum habis, akhirnya saya membantah keras niat bfnya itu kerana bertunang tidak menjamin yang dia telah menjadi milik lelaki tersebut, bertunang juga tidak bermakna apa-apa cuma jika seseorang itu telah bertunang orang lain diharamkan untuk bertunang dengan wanita tersebut.

Saya tumpang simpati dengan saudara dan saya nasihatkan saudara supaya banyakkan bersabar, wait & see tunggu keadaan seterusnya kerana saya yakin tempoh mereka terlalu lama untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian dan berkahwin, dan semasa bertunang apa sahaja boleh terjadi dan tempoh paling elok untuk bertunang ialah selama setahun (tidak terlalu lama atau singkat).

Tetapi, jika sepanjang saudara menunggu wanita tersebut, saya nasihatkan untuk saudara berkawan sebagai kawan biasa sahaja (bergantung kpd penerimaan wanita tersebut). Dan jika suatu hari nanti saudara bertemu dengan wanita lain yang paling sesuai, lupakanlah wanita tersebut kerana saudara perlu ingat bahawa Allah menjodohkan seseorang dengan jodoh yang paling sesuai dgn dirinya. Cuma saudara kena perbanyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Adakan ciri-ciri yang saudara mahukan ke dalam diri saudara terlebih dahulu.

Amat TIDAK kukuh alasan wanita tersebut, ingin BERKAHWIN di atas faktor nafsu semata-mata lebih-lebih lagi apabila keadaan masa depan dan ekonomi selepas mereka berkahwin belum tentu stabil dan tetap. Suami perlu kukuhkan dahulu sumber pendapatan supaya dapat menyara anak dan isteri kerana hukum memberikan nafkah oleh suami adalah wajib.

Saudara boleh sharekan entry saya ini untuk membantu wanita tersebut membuat pertimbangan yang sewajarnya krn kita tak mahu rumahtangga yang dibina nanti terhuyung hayang menanti roboh, nauzubillah.....

Peluang saudara untuk memenangi hati wanita tersebut saya jangkakan mungkin 30% kerana dia telah bertunang tetapi saudara masih lagi boleh cuba berkawan dgn wanita tersebut. Jika ditakdirkan Allah dia bukan jodoh saudara, insyaAllah saudara akan dijodohkan dengan wanita yang lebih baik dan terbaik serta paling sesuai dgn saudara, insyaAllah dan percayalah kpd Janji Allah....



Anonymous :
Dia baru grad boss, saya next sem bln 12ni, insyallah, mamat tue 1thn lg. Ye as i said, i'm sad cuz mereka or at least mamat tu ikat dan janji cepat sgt, cukup2 1thn dah engaged.Mamat tu adalah, amik upah jual aiskrim, myb nk pinang kot, we'll that has already happened eventually, Arghh, sabar je la. Tp apa2 pun saya sentiasa berdoa agar allah bukakan hatinya serta mindanya untk berkomunikasi dgn saya at least,tp ada batas2nya la, insyallah. Saya hairan boss, mengapa wanita sebijaknya tergesa nk kahwin when she's very smart and intelligent, rasa mcm dia ni insecure takut org xnak la, b4 she met this guy, dia cita2 nak grad awal ckit sbb nk smbg masters di UK or US, tp skrg ni jd menunggu pulak, saya rasa mcm sayangnya umur baru 22thn boss, amat cerah peluangnya hndk pergi jauh.

Dulu b4 dia ada mamat ni, dia wanita melayu yg berani, outspoken serta independent dlm hidup, x gentar memberi pendapat myb itu ciri2 wanita dibesarkan di Kota raya kan. Skrg mcm menurut saja, hmm. Jika boss tnya, do i love her, yes i do boss, with all my heart, tp jgn salah faham bkn nk kacau dia, in fact b4 dia btunang dulu pown, saya nk call pun saya minta izin pd dia, syukur sy xpernah ada physical contact ngan dia,i can still curb my sexual desires, syukur ke hadrat ilahi. Saya idea myb berlainan ngan mamat ni tp itu x beerti sy x matang jika sy target berkahwin pd usia 27 keatas kerana sy dipengaruhi oleh ayah saya yg berkahwin pd umur 29thn semasa menjadi pegawai krjaan yg financially stable dan sehingga skrg syukur bapa saya telah mencapai segala cita-citanya , insyallah sy juga ingin jd sepertinya, pegawai krjaan, dan jika ada jodoh dgn wanita ini, sy akan terus ambilnya tnpa buang masa, kerana duit dh ada, myb wanita ini serta tunangnya blum lihat realiti kehidupan sebenar.

Apa2pun boss, saya hanya mampu berdoa dgn harapan wanita ini dilembutkan hatinya, insyallah. Jika dia berkahwin juga, tkpalah saya doakan yg terbaik untknya dan tidak mahu dendam dgn mamat tue. Tp saya x tolak possibilty bahawa dia xjumpa saya mungkin dipaksa oleh tunangnya atau dia x sanggup melihat sy kecewa, dia pun pernah berkata sblm ni, u ok ke? saya kata insyallah, i'll b fine, sy serahkan pd takdir ilahi. Insyallah boss, saya teruskan berdoa untk wanita ini.


Hardy Boy :
bagi pendapat saya, tentu ada sesuatu yg menyebabkan wanita tersebut mengambil keputusan sedemikian, maybe disebabkan oleh faktor agama yang dilihat pada lelaki tersebut, jadi wanita ini bimbang yg dia tidak akan temui lelaki seperti lelaki itu lagi.

Faktor kedua ialah saya rasakan ialah disebabkan lelaki itu berjaya menyakinkan/memujuk wanita tersebut untuk menerima utk bertunang/berkahwin dgn dirinya dgn pujukan yg berkesan.

Faktor perubahan dirinya itu juga mungkin juga disebabkan oleh faktor tunangnya yg mempengaruhinya/menasihatinya...

Keputusan saudara utk berkahwin pada usia 27 tahun juga mungkin merupakan tempoh yg terlalu lama utk wanita tersebut menunggu, seelok-eloknya berkahwinlah selepas 1 hingga 2 tahun selepas mendapat pekerjaan yg stabil dan berpendapatan kukuh. Saya nasihatkan supaya utk langkah permulaaan, saudara pikatlah hati mana2 wanita yg ingin saudara ingin jadikan teman hidup. Apabila cinta dia pada saudara diterima, mendalam dan hubungan saudara berdua sudah serius, barulah bawa berbincang tentang hal ini dan dapatkan kata sepakat bersama semoga masing2 sedia faham keadaan pasangan masing2. Cuba yakinkan pasangan anda tetapi jgn terlalu mendesak kerana tiada wanita yg suka didesak lelaki.

Saudara juga boleh mengkaji apakah perkara yang menyebabkan wanita tersebut tidak menerima saudara.

Apa yg mampu saudara lakukan sekarang ialah cuma berkawan seperti kawan biasa terlebih dahulu dgn wanita tersebut dan cuba campak jauh2 perasaan cinta pada wanita tersebut selagi wanita tersebut menjadi tunangan orang lain, insyaAllah saudara lambat laun akan dapat menerima keadaan dirinya. Mungkin suatu hari nanti wanita tersebut teringat kembali kelebihan saudara berbanding pasangannya kerana dia mengenali saudara lebih lama berbanding lelaki tersebut.

Jika saudara menemui/berhubung dgn wanita tersebut, mungkin saudara boleh sampaikan/meyakinkan bahawa saudara hanya ingin berkawan sebagai kawan biasa dan telah dapat menerima hakikat yg dia telah jadi tunangan orang (walaupun sebenarnya dlm hati saudara masih tersimpan sedikit perasaan tersebut), saya yakin perasaan kecewa, marah, sedih dan hampa saudara akan sedikit terubat, berikan wanita tersebut sedikit masa ok. just wait & see kerana kita tidak tahu sama ada saudara akan dijodohkan dengan wanita tersebut atau dgn wanita lain yg lebih baik. Cuma banykkan BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL, bangun malam jika mampu sembahyang istikarah utk memohon petunjuk yg terbaik utk saudara pilih...


Jika keputusan wanita tersebut utk berkahwin dgn lelaki yg lebih muda daripada umurnya bagi saya mungkin perlu dipertimbangkan kerana sudah lumrah wanita walaupun sama umur dgn lelaki, tahap kematangan kebanyakan wanita adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan lelaki dlm berfikir dan berbuat keputusan, jadi jika lelaki tersebut lebih muda sndri kena maklum akan keadaaan tersbut yg mungkin akan terjadi di kemudiaan hari..



Anonymous :
oh tidak, tunangya sama umur seperti saya, sbb maahad tua setahun tp bila masuk ipta diorg lewat 1thn ;-)

Oh, kitorg kenal dlm class sama boss cuma diorg di set up date oleh rakan2 mereka bulan mei thn lepas , so lekat terus. Yeah betul. insyallah moga hati saya tabah, saya akan cuba ucapkan selamat hari lahirnya melalui sms yg jatuh pd 22jun ini, tgk responsnya, insyallah.

Bagus juga cadangan boss, kalau dialah wanita itu, i'll take her terus, tp apa2 pun, saya dah ada 2 kunci cuma tiada kerja lg, insyallah coming soon.


Hardy Boy :
audara boleh juga menghntar msg melalui sms atau email memaklumkan hasrat saudara hanya untuk berkawan dgnnya, saya yakin walaupun tel tidak diangkat tapi insyaAllah dia akan baca juga msg saudara walaupun tidak direplynya. All the best, semoga sntiasa tabah dan saya doakan saudara berjaya di dalam kehidupan di dunia & di akhirat...
WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK, LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK!!!
Allah menduga hamba-Nya untuk menguji sejauh mana kuatnya seseorang hamba-Nya beriman kpd-Nya dan Allah juga mengurniakan seseorang itu dgn apa yg diperlukan hamba-Nya bukannya yg dikehendaki hamba-Nya....


Anonymous :
 Thanx boss, insyallah Allah tidak akan menguji hambanya jika ia x mmpu untk menghadpinya, jika boleh saya tidak mahu putus hubungan dengannya kerana dia adalah wanita yg baik.Insyallah batas2 itu saya mampu jaga.
Diharapkan boss dpt bantu saya doakan supaya melembutkan hatinya semula wanita ini,sedap namanya, bijk orgnya untung sesiapa yg dpt menyuntingnya.


9 hari kemudian saudara ini membalas lagi komen saya....
 Anonymous : 
Syukur, dia menjawab juga mesej birthdaynya yg saya hantar.


Hardy Boy :
Tahniah & syukur, semoga saudara dapat membuat pilihan yang terbaik. Saya nasihatkan saudara untuk berkawan terlebih dahulu kerana kawan adalah kekal abadi & wanita adakalanya lebih mementingkan kawan mereka berbanding boyfriend mereka ...(^_^) ..



 

        

No comments:

Post a Comment