MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, October 17, 2012

Program Motivasi & Kemahiran Belajar


* KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENJEMPUT SAYA MENGADAKAN CERAMAH PROOGRAM MOTIVASI, KEMAHIRAN BELAJAR DAN CERAMAH KERJAYA (PANDUAN MENDAPATKAN PEKERJAAN), BOLEH JEMPUT SAYA, TINGGALKAN KOMEN ANDA DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH ATAU EMAIL hisbulh8@gmail.com

Biodata diri saya. Semoga dengan sedikit pengalaman-pengalaman saya dapat membantu anda semua. Ilmu yang bermanfaat yang disebarkan akan menjadi saham pahala walaupun sesudah kita meninggal dunia.
Berpengalaman dalam menyampaikan beberapa Program Ceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar..
"Manusia biasa hanya belajar melalui pengalaman sendiri tetapi manusia hebat akan belajar melalui pengalaman orang lain"
KURSUS MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR BERSAMA PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ST URSULA.
Pada 29 September 2012, seramai 65 orang pelajar Sekolah Menengah St Ursula menjadi peserta Kursus Motivasi Dan Kemahiran Belajar yang telah kami adakan. Beberapa minggu sebelum program diadakan, kami menerima surat jemputan daripada sekolah tersebut untuk mengadakan Program Kemahiran Belajar, selepas berbincang akhirnya kami bersetuju menerima hasrat mereka. (Sebelum ini juga kami beberapa kali pernah dijemput ke Bengkel Motivasi untuk para pelajar, jika tiada halangan insyaAllah kami penuhi permintaan mereka).

Program bermula pada pukul 8.00 pagi yang dimulakan dengan Ceramah Muhasabah Diri dan Ceramah Motivasi oleh Encik Mohd Hisbul Hadi Mat Hassan(iaitu saya sendiri) sehingga pukul 10.00 pagi.  Pada permulaan saya mulakan dengan sesi Ceramah Muhasabah Diri dengan membawa para pelajar ke "alam lain", membawa para pelajar mengimbau pengalaman hidup mereka yang lalu dan akhirnya saya membiarkan mereka menangis teresak-esak selama 30 minit (Dalam 1jam sesi tersebut, lampu saya padamkan membiarkan dewan samar-samar dalam kegelapan. Alhamduillah, 70% para peserta program kali ini berjaya saya buatkan mereka menangis). Selepas 1 jam, saya mengubah Mood kepada Ceramah Motivasi dengan memberikan mereka suntikan semangat.

Pada pukul 10.00 pagi, para peserta minum pagi sebelum sesi Slot ke-3 iaitu Latihan Dalam Kumpulan bersama Para Fasilitator dimulakan pada pukul 10.30 pagi.

Pada pukul 1.00 petang, aktiviti diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan dan Telematch sebelum slot terakhir iaitu SLOT TAYANGAN VIDEO DAN SLIDE SHOW sebelum sesi "rumusan program" oleh ketua fasilitator semasa Majlis Penutup program.

Dalam program ini, para pelajar diajar kemahiran-kemahiran belajar oleh penceramah dan para fasilitator secara teori dan aplikasi secara amali di dalam LDK dan Telematch.

Di akhir program ini, kebanyakan para peserta memberikan respons yang positif dan mahu program ini diadakan pada masa akan datang. Objektif program juga telah berjaya dicapai.




TENTATIF PROGRAM:
8.00 pagi    :  Kata-kata Alu-aluan
           Bacaan Doa
           Slot 1 - Ceramah Motivasi, Muhasabah Diri & Tayangan Video Motivasi
(penceramah : Encik Mohd Hisbul Hadi Mat Hassan)
9.00 pagi      : Slot 2 - Ceramah Kemahiran Belajar
(penceramah : Encik Mohd Hisbul Hadi Mat Hassan)
9.30 pagi      :  Minum pagi
10.00 pagi    : Slot 3 – LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) bersama fasilitator
12.00 pagi    : Makan tengahari
1.00 ptg        : Slot 4 – LDK & TELEMATCH
3.30 ptg        : Tayangan video & slide show program.
4.00 ptg        : Majlis Penutup & penyampaian hadiah.





Slot 1 - CERAMAH MOTIVASI DAN MUHASABAH DIRI
Biasanya, Program akan saya mulakan dengan sesi CERAMAH MOTIVASI DAN MUHASABAH DIRI

Dalam slot 1, saya akan cuba biarkan para peserta menangis (^_^)
 
Berikut sebahagian gambar PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR BERSAMA PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ST URSULA YANG TELAH DIADAKAN.

Slot 2- LATIHAN DALAM KUMPULAN BERSAMA PARA FASILITATOR













Slot 3 - TELEMATCH















BARISAN FASILITATOR YANG BERKEMAHIRAN (^_^)



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) – Gabungan Aplikasi Motivasi & Kemahiran Belajar

Aktiviti 1 : ICE BREAKING
– sesi perkenalan diri – menggunakan belon

Aktiviti 2 : RIASEC
– ujian personaliti diri & kecenderungan kerjaya

Aktiviti 3 : TEAM BUILDING –
i)  Kumpulan dikehendaki melantik ketua kumpulan, memberi nama kumpulan, matlamat kumpulan, 
ii)    bina PANJI/BENDERA KUMPULAN drp  kertas  & WAR CRY (laungan semangat).

Aktiviti 4 : MENGHANTAR MAKLUMAT
-  maklumat disampaikan secara lisan secara berturutan oleh semua ahli kumpulan dan ditulis pada kertas mahjong. (3 AKTIVIITI)

AKTIVITI 5 : MENARA IMPIAN         
 – kumpulan dikehendaki membina SEBUAH MENARA IMPIAN dengan menggunakan surat khabar/kertas A4 atau segala peralatan di sekeliling.

AKTIVITI 6 : LAKONAN          
– setiap kumpulan diberikan satu senario oleh fasilitator masing-masing yang perlu dilakonkan secara secara spontan

Aktiviti 7 :  JAMBATAN SURAT KHABAR
 – menggunakan bola ping-pong & 5 surat khabar.

Aktiviti 8 : OPERATION TRANSFER  
-  menggunakan CAWAN/BOLA PING-PONG & PINGGAN POLISTREN
(kedudukan peserta adalah statik, jika gagal ulang kembali ke titik asal)
-    menggunakan BOTOL air & air mesti dituang ke dalam baldi kecil. 



TELEMATCH - sukaneka secara berkumpulan

     1)    KAIL BOTOL – berkumpulan

     2)    SAMBUT 3 BELON AIR 

     3)    BALING SPAN & ISI AIR DALAM BOTOL

     4)    BOLA BERACUN

     5)    “PISANG GORENG”
     6)    KOTAK BERACUN
7)     MUMMY RETURN 
8)       NEWS PAPER BRIDGE
9)       GELUNG BERAPI
10)  OPERATION TRANSFER RACE – guna bola ping-pong/botol
11)  BOLA TAMPAR KERTAS MAHJUNG

12) NEWS PAPER BRIDGE
13)   GELUNG BERAPI
          14)  OPERATION TRANSFER RACE – guna bola ping-pong/botol
          15)    BOLA TAMPAR KERTAS MAHJUNG






Beberapa gambar dalam salah satu seminar "Bengkel Kerjaya" yang pernah kami adakan sebelum ini..






 

    












 
 
 




























Antara Ceramah yang pernah saya sampaikan.






No comments:

Post a Comment