MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, October 15, 2012

Pontianak Tawau - Foto

2-3 entry sebelum ni saya create entry tentang tajuk ilmiah & cinta, so entry kali ni saya nak tukar topik pulak create pasal "Gambar Hantu" sebab tajuk ni antara paling famous orang masuk ke blog aku ni walaupun ade beberapa tajuk ilmiah yang lain,maybe dorang suka kot tengok "Hantu".hihihi....

Baru-baru ni masa surf facebook, saya save gambar yang sempat dirakam secara tidak sengaja oleh adik kepada pelajar saya di Tawau. Katanya rakam ini dirakam di tempat kerja adiknya, selepas balik daripada kerja baru dia sedar bahawa "ada seseorang" yang menumpang bergambar.hihihi.. Dikhabarkan juga adik dia sakit(maybe demam kot) selepas kejadian tersebut.
(SELEPAS DISELIDIK RUPA-RUPANYA KAWAN-KAWANNYA TU PAKAI SATU APPLICATION SMART PHONE "CAMERA 360" GHOST APPLICATION untuk wujudkan gambar "HANTU" dibelakang budak tu, kesian budak tu kena pekena dgn kawan-kawan.hehehe"...

*Maaf kualiti gambar tak berapa cantik, biasala, tengah malam ditambah pula dengan jenis handset.hehehe..

Gambar yang aku save daripada Facebook salah sorang student aku, tapi puas aku cari tak jumpa tuan punya facebook.huhuhu.. Jadi, jika tuan punya facebook bace, saya minta izin ye share dlm blog nie (^_^)

---------------------------------------------------------------------------------------
Korang nilailah sendiri ketulenan gambar ni..hehehe... (^_^)

Sebenarnya, sebelum ini saya pernah merakam sesuatu "entiti" atau "makhluk" yang tidak dikenali seperti dalam gambar di bawah secara tidak sengaja.
 Pengalaman mengikut Ustaz Faizal dan Abang Faisal mengubati pesakit yang diganggu makhluk halus ini suatu ketika dahulu mengajar saya bahawa sedangkan sekuat  mana Jin pun akan tewas dengan kekuasaan Allah dan kekuasaan ayat suci Al-Quran. Semoga keimanan kita kepada Allah bertambah dengan segala pengalaman tersebut.  

Bila mengkaji mengenai kewujudan makhluk halus atau jin, pada akhirnya ia akan  membawa kepada kita betapa Agungnya ISLAM dan betapa MAHA HEBATNYA KEKUASAAN ALLAH & Al-Quran. Hatta kaum jin pun tunduk & mengakui kewujudan Allah, inikan manusia yang segelintir angkuh serta ego untuk mengakui
KEKUASAAN ALLAH malah selalu ingkar kepada-Nya. Wallahualam... 
Selepas sesi rawatan, Abang Faisal akan memberikan tazkirah kepada pesakit dan keluarga mereka menyebabkan dada saya terasa sebak dipilih menyaksikan betapa hebatnya Kekuasaan Allah....
 Pengalaman tersebut anda boleh baca di Bertambah Satu Lagi Pengalaman Mengubati Pesakit Gangguan Jin
 
Berikut gambar-gambar yang pernah saya rakam suatu ketika dahulu di sekitar Tawau. (Sila "klik" untuk besarkan gambar tersebut)....

Tanah Perkuburan Lama, Tawau.
Lokasi : Tanah Perkuburan Lama, Tawau. ANDA NAMPAK APA YANG SAYA NAMPAK???
Hantu Kubur - (Lokasi : Tanah Perkuburan Lama, Tawau). Bila aku tengok hantu nie, teringat aku kepada crita movie dalam Citer P-Ramlee, Pendekar Bujang Lapok sbb ade iras-iras macam hantu kubur dalam citer tu. Tengok skali lagi, ade iras-iras Hantu Lampor dalam Majalah Ujang/APO.hihihi...


Gambar Hantu Hutan Balung

HARDY BOY - Tahun lepas, dalam bulan Disember, saya telah ke Balung River sebab bercadang hendak adakan Program di sana. Biasalah, saya drive mane sambil ambil gambar di persekitaran manala tau kalau ada permandangan yang boleh dikongsikan di dalam blog ini, sebab mana-mana tempat aku pergi memang aku suka ambil gambar.

Gambar ini saya rakam secara tidak sengaja konon-kononya nak ambil gambar permandangan...
Tapi, baru-baru ini, sambil tengah bersihkan laptop dengan membuang semua gambar-gambar yang tak penting, "terklik" la gambar berikut (jam pula menunjukkan hampir 11 malam), terlihatla entiti pelik dalam salah satu gambar yang kitorang ambil, gambar seolah berbentuk lembaga/manusia, jelas nampak bentuk mulut dan hidung tapi   tiada mata..... Gambar ini kami rakam semasa dalam perjalanan pulang dan perlu melalui 12 kilometer kawasan tanah tidak berturap.
Sama ada benar gambar makhluk yang kami ambil tersebut adalah jin/hantu atau hanya biasan kamera kami, anda boleh la nilailah sendiri, wallahualam....


 
HANTU HUTAN BALUNG

Jelas nampak bibir dan hidung tetapi tidak mempunyai mata




Tertarik juga aku dengan video "PONTIANAK LEPAR HILIR 7,PAHANG,MALAYSIA" (^_^)


 SEMOGA KITA LEBIH MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusof: 21)

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka…” (Al-Isra’ : 65)
Bagaimana mungkin makhluk akan dapat menguasai orang-orang yang mengesakan Allah, yang ikhlas, yang tidak menunjuk-nunjukkan amalnya kepada makhluk, yang berbicara tentang tujuan akhir, bukan pada permulaannya. Semua permulaan itu adalah bisu dan semua penghujung itu adalah pemahaman. Orang yang ikhlas itu kerajaannya ada di dalam hatinya dan kekuasaannya ada di dalam batinnya tanpa memandang kepada kenyataan zahiriyah.




 ---------------------------------------------------------------------------------------------


Saya tertarik dengan artikel Ustaz Jamil, salah seorang perawat Pusat Perubatan As-Syifa berikut 

mengenai HAKIKAT ALAM JIN

(http://tawwakkal.blogspot.com)

 

Hakikat Alam Jin

“Firman Allah swt yang bermaksud, “Dan sesungguhnya kami ciptakan manusia dari tanah liat kering yang berasal dari Lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan kami ciptakan jin sebelum adam dari api yang sangat panas.(Al-hijr:26-27)


Firman allah swt yang bermaksud,
Dan aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya melakukan amal ibadat kepada ku”(Adz-Dzariyat:56)


Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan daripada kalangan lelaki jin,maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Al-jin:6)


Sabda rasullullah saw:

Jin itu terdapat tiga golongan,satu golongan berterbangan,satu golongan berbentuk ular dan anjing,dan satu lagi berdiam ditempat dan berpindah-pindah”(HR-Al-hakim)


Firman allah swt yang bermaksud,

Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”(Al-A,raf:27)


Firman Allah swt yang bermaksud,

Semua yang ada dibumi itu akan binasa.Dan tetap kekel zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
(Ar-rahman:26-28)


Sabda rasullullah saw yang bermaksud,

Aku berlindung dengan kemuliaanMu.tiada tuhan kecuali engkau yang tidak mati sedangkan manusia dan jin itu mati”


(HR-Bukhari)

Maha suci Allah yang menjadikan segala kejadian dialam maya ini termasuk sekelian makhluk termasuklah makhluk yang bernama jin.Marilah kita renungkan bersama tentang kebesaran maha pencipta dan apakah kaitan makhluk ini dengan manusia dan akibat serta kesan kepada kita.

ASAL USUL KEJADIAN JIN.
Menceritakan akan asal kejadian jin ini adalah berbagai pendapat tentang terciptanya makhluk ini,namun tidak satu pun terdapat dalil masa terciptanya samada dari kitab dan sunah rasullullah SAW.pendapat mengatakan bahawa jin telah diciptakan oleh Allah sebelum Adam.


Seperti yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Basyar Al-Qorsyi dalam kitab Al-Mabda dari Abdillah bin Amr bin Asy berkata bahawa “Allah swt menciptakan anak cucu jin sebelum terciptanya Adam dalam jarak masa 2000 tahun.namun ada pendapat yang mengatakan hanya 40 tahun.


Bagaimana pun segala pendapat
amat sesuai dengan keterangan firman Allah swt dalam surah Al-Hijr ayat 26-27.

BAHAN KEJADIAN DAN ALAMNYA.
Allah menciptakan jin itu dari pada api yang sangat panas dan Rasulullah SAW telah bersabda “Malaikat itu diciptakan daripada cahaya,jin diciptakan daripada api yang menyala sedangkan manusia diciptakan dari tanah yang dijadikan bentuk sifat”


Perbezaan alam yang tidak diragukan dengan manusia,dimana ada persamaan kehidupan seperti mereka ini perlukan makan dan minum,berkahwin ,beranak pinak dan juga kematian.kelebihan yang diberikan Allah kepada makhluk ini adalah tidak dapat dilihat dan boleh menjelma dan merubah bentuk dalam pelbagai keadaan.


Di dalam hal yang demikian,terdapat segolongan manusia yang berbeza pendapat dengan keberadaan makhluk ghaib ini dan menolak terus kepercayaan ada tidaknya masyarakat jin kerana hijap mata kita sebagai manusia tidak dibuka untuk melihat mereka namun bagi mereka yang mendalami keadaan tersebut akan terkadangkalanya merasai kehadiran makhluk jin tersebut.persoalannya mengapakah Allah menciptakan bulu roma,adalah salah satu sebab merasakan akan adanya makhluk itu dan kehadirannya.


Ketetapan alam jin adalah ghaib dan dimanakah tempat tinggal mereka?.Sabda Rasullullah”jin itu terdapat tiga golongan,satu golongan yang berterbangan diudara,dua golongan yang berbentuk ular dan anjing dan ketiga yang berdiam ditempat dan berpindah”.Kebiasaan jin ini mempunyai tempat kesukaan mereka terutama di pasar,ditempat yang kotor seperti tandas,tempat hiburan khususnya tempat yang dilarang oleh agama islam.


 
SIAPAKAH JIN DAN APAKAH JIN BERJASAD
M
akhluk jin ini adalah berbeza daripada malaikat dan terdapat beberapa persamaannya dengan manusia seperti berakal,merdeka,dapat membezakan atau memilih diantara yang baik dan yang salah.


Makhluk jin ini pada istilahnya berbeza prinsipnya dengan manusia tetapi mereka juga ada yang islam dan taat kepada Allah serta ada yang kufur serta bersekongkol dengan iblis.


Sehubungan dengan persoalan adakah jin itu berjasad,perbezaan pendapat dalam hal tersebut dimana jin itu tidak berjasad tetapi boleh merubah rupa bentuk keadaan mereka kepada menjadi jasad dalam bentuk jelmaan,namun pada prinsipnya jin itu mempunyai jasad yang halus bagaikan udara dan tidak diperlihatkan ketebalannya sehingga dapat dilihat oleh manusia,dengan itu jin itu dapat masuk kedalam liang roma anak Adam dan memfokuskan kesistem akal manusia supaya setiap perwatakan manusia yang dirasuk jin melakukan dan mengeluarkan perkataan tanpa sedar.

Jin itu jaga diberi keistimewaan oleh Allah dalam merubah bentuk jasad mereka seperti binatang dan manusia contohnya anjing,ular,burung,kuda,kambing atau binatang berbisa lain.

Makhluk jin itu juga mempunyai kemungkinan kekuatan seperti contoh bergerak dengan cepat dan yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman as,jin yang bernama ifrit dapat memindahkan singgahsana kerajaan Yaman ke Baitul Maqdis dalam masa yang singkat.

APAKAH JIN MEMPUNYAI KERAJAAN DAN NAMA MENTERI SERTA DIMANAKAH ARSY MEREKA.

Makhluk jin dan iblis itu mempunyai kerajaan mereka sendiri dan mempunyai menteri serta nama-nama tersendiri dan mengadakan peracangan untuk menghacurkan manusia.Iblis telah meminta kepada Allah penagguhan dan kesempatan sehingga hari kiamat supaya mereka dapat menyusun langkah dan strategi dalam melemahkan dan memesongkan umat manusia supaya bersama-sama masuk dan dihumban ke neraka jahanam.

Firman Allah yang bermaksud:” Iblis menjawab;berilah tangguh kepada aku sehingga mereka dibangkitkan.Allah berfirman;”sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

(Al-A,raf:14-15)


Pemerintah jin yang teragung adalah iblis,dialah yang akan mengarahkan bala tenteranya yang tergolong dalam golongan jin dan syaitan melaksanakan segala penyusunan rancangan untuk memesongkan iman manusia supaya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.


Waktu yang amat disukai mereka dalam menjalankan menghasut keatas manusia adalah pada waktu malam.


Bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda
:Apabila terdapat sebahagian malam atau pada waktu malam,hendaklah kamu menahan anak-anakmu,sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu”.


Iblis adalah raja kepada pemerintah syaitan dan jin,diantara nama-nama dan jenis jin adalah;
1.
Jin ifrit – yang mempunyai kekuatan dan penipu.
2.
Syaitan – para syaitan.
3.
Al-maraddah – peragu-peragu.
4.
Al-tayaaruun – yang berterbangan.
5.
Al-a,waan – para pelayan-pelayan.
6.
At-tawaabi – para pengikut.
7.
Al-ghawaasuun – para penyelam.
8.
Al-Qurana – pengawan-pengawan.
9.
Al-ummaar – pemakmur.


Antara pemimpin dan kerajaannya.
Antaranya kerajaan jin yang paling jahat iaitu Ifrit.
1.
Thamrith.
2.
Munaliq.
3.
Shugal.
4. Hadlabaajin.
( mempunyai kerajaan yang besar dan pernah menjadi menteri
kepada nabi Sulaiman as.)

Raja jin kafir alam bawah.
1.
Ahmar.
2.
Burkhan.
3.
Mazhab.
4.
Marrah.
5.
Syamsyurash.
6.
Zubai,ah.
7.
Maimon.
8.
Jana.
9.
Amirun.
10.
Arwah.


D
i antara anak-anak Iblis yang juga mempunyai kerajaan yang besar adalah.
1.
Thubar – ditugaskan merasuk manusia yang ditimpa musibah dan
bala bencana supaya umat manusia dapat melakukan per-

kara buruk dan memalingkan keimanan serta kerasukkan.

2. Daasim – ditugaskan supaya marasuk manusia untuk menggagalkan keharmonian rumahtangga,silaturrahim dan para jemaah serta kekeluargaan.

3. Al-Awar – menggalakkan manusia membuat maksiat dan zina,minum arak,liwat dan berjudi.

4. Zalanbur – merasuk manusia supaya berperang dan berbunuhan.

Adalah diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Jabir berkata; Rasullullah SAW bersabda:Sesungguhnya iblis itu meletakkan arsynya di atas air,kemudian dia mengutusksn tenteranya dan yang paling dekat mereka dari kedudukan keagungannya adalah fitnah,salah satu dari mereka datang seraya berkata “Aku telah kerjakan itu dan ini.Kemudian dia berkata “Apa yang telah engkau perbuat tentang sesuatu,ia menjawab. “Tidak aku tinggalkan kepadanya (manusia) sehingga aku boleh memisahkan antara dia dan keluarganya,lalu ada yang berkata: “Hendaklah engkau mendekatkan dirinya.atau ada yang berkata lagi “tetapkanlah saja dia”lalu ia berkata: “Betul engkau.”




ENTRY SAYA YANG BERKAITAN
>>> KOLEKSI GAMBAR HANTU  

No comments:

Post a Comment