MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, October 04, 2012

Melupakan Bekas Kekasih - Tips

Sebenarnya, saya sering mendapat beberapa komen yang meminta nasihat saya berkenaan entry yang saya karang. Kebanyakkan yang meminta pandangan saya lebih banyak berkenaan dengan isu CINTA & PERKAHWINAN... 
Mungkin mereka ingin meluahkan perasaan di dalam blog saya ini, tapi takpa, saya tak kisah. Jadi, yang mana saya mampu bantu, dengan segala ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya cuba membantu mereka...


 Baru-baru ni saya menerima satu komen yang meminta saya memberikan pandangan & nasihat merujuk kpd entry berikut >>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA.
Keratan luahan perasaan lelaki yang putus cinta dan kecewa. Cukup panjang komennya, jadi saya ringkaskannya..
Panjang luahan hati seorang lelaki ini yang kecewa kerana wanita idaman hatinya telah bertunang dengan lelaki lain. Jadi, saya menasihatkan lelaki ini supaya melupakan wanita tersebut dan cuba mencari pengganti iaitu calon isterinya yang baru. Beberapa tips saya kongsikan dan akhirnya dia dapat melupakan wanita idamannya walaupun sedikit perit. Yang lebih menarik, 2 bulan kemudiaannya dia berjaya bertemu dengan jodoh yang lebih baik..


Alhamdulillah, akhirnya lelaki ini berjaya melupakan kekecewaaan hatinya dan tidak lama kemudian bertemu kekasih hati untuk dijadikan teman hidupnya. Semoga perhubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin..

Berikut saya
senaraikan tips-tips yang saya kongsikan dengan lelaki ini yang akhirnya telah berjaya menemukan beliau dengan wanita lain yang lebih baik. Tips ini boleh dicuba oleh orang lain yang mungkin berkesan dalam usaha untuk melupakan bekas kekasih atau lelaki/wanita idaman. Mungkin pahit tapi ingatlah bahawa "UBAT ITU PAHIT TETAPI TELANLAH IA SEBAGAI PENAWAR":-

1) Banyakkan berkawan dengan ramai kenalan berlainan jantina
Saya nasihatkan untuk anda berkawan sebagai kawan biasa sahaja dengan insan idaman anda (bergantung kpd tahap penerimaan si dia tersebut). Dan jika suatu hari nanti anda bertemu dengan insan lain yang paling sesuai, lupakanlah si dia kerana  anda perlu ingat bahawa Allah menjodohkan seseorang dengan jodoh yang paling sesuai dgn dirinya. Cuma anda kena perbanyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Adakan ciri-ciri yang anda mahukan ke dalam diri  anda terlebih dahulu. kita tidak tahu sama ada  anda akan dijodohkan dengan wanita tersebut atau dgn wanita lain yg lebih baik.

2) Berkawan sebagai kawan biasa 
Apa yg mampu anda lakukan sekarang ialah cuma berkawan seperti kawan biasa terlebih dahulu dgn si dia tersebut dan cuba campak jauh2 perasaan cinta pada si dia selagi si dia menjadi tunangan orang lain, insyaAllah anda lambat laun akan dapat menerima keadaan dirinya. 

3) Selalu ingat kepada Allah
Ingatlah bahawa Allah menduga hamba-Nya untuk menguji sejauh mana kuatnya seseorang hamba-Nya beriman kpd-Nya dan Allah juga mengurniakan seseorang itu dgn apa yg diperlukan hamba-Nya bukannya yg dikehendaki hamba-Nya....WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK, LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK!!!

4)  Cuba cari pengganti si dia
Anda juga saya nasihatkan berkawan dengan lebih ramai rakan perempuan/lelaki dalam mencari pengganti bekas kekasih/insan idaman untuk dijadikan teman hidup, insyaAllah perasaan rindu anda kepada si dia akan hilang...

5) Elakkan berada berseorangan  TETAPI AKTIFKAN BERSUKAN/RIADAH
kerana ini akan membuatkan akan ingat kepada "si dia". Syaitan pun suka menggoda anda.
Sebaliknya, teruskan aktif melakukan apa sahaja aktiviti yang amat menghiburkan anda seperti meluangkan lebih masa untuk hobi anda yang menarik, seperti pergi gim, bersukan mahupun berwindow-shopping...
Kalau rajin, keluarlah melakukan apa sahaja sukan atau berjalan-jalan di taman-taman yang boleh membuatkan anda leka dan melupakan "si dia". 
Bila dapat bekalan oksigen yang segar, otak pun aktif sambil anda menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi...
Anda boleh juga ajak keluar minum dan bersembang-sembang di kedai minum bersama kenalan rapat, jangan pergi teguk "air kencing syaitan pulak" mahupun pergi bunuh diri kerana ramai lagi orang diluar sana yang berebut nak menjadi pasangan hidup anda tanpa anda sedari cuma anda perlu cari mereka.hehehe

6) Melancong
Ajak kawan-kawan anda keluar melancong di mana-mana sahaja tempat menarik di Malaysia ini. Kalau takde kawan yang nak diajak, anda juga boleh melancong sendiri bercuti 2-3 hari..hehehe....

7) Ingat segala yang negatif tentang diri "si dia", 
then cabar la diri anda "Banyak lagi orang yang lebih baik yang anda boleh cari"....

8) Selalulah juga mengabdikan diri kepada Allah
rajin-rajinkanlah datang ke Masjid atau surau, jika berpeluang luangkanlah sedikit masa untuk mendengar kuliah agama dan carilah "penawar bagi hati dan rohani..".

9) Bangun jika boleh di satu pertiga malam, 
jika tak mampu, luangkanlah sedikit masa untuk merayu ataupun meluahkan perasaan anda kepada Allah, banykkan beristighfar dan beribadat. Ingatlah bahawa Allah sentiasa berada di sisi hamba-Nya walaupun tiada sesiapa yang mahu memandang kita...

10) Jauhi memori bersama
Buang segala item yang boleh mengingatkan anda kepada si dia seperti hadiah, gambar dan apa sahaja mahupun no tel(jika penting sangat, bole tulis no tel "si dia" di dalam buku nota dsbgainya.. Jika ada facebook, bole "Unfriend" supaya anda pun langsung tidak tahu perkembangan dirinya...

11) Sentiasa sibukkan diri dengan bekerja,
buat OT banyak-banyak untuk cari duit banyak-banyak. Kalau masih belajar, consentrate belajar nnti dah keja besar boleh pilih pilihan pasangan hidup yang lagi cantik/hensem-hensemmm..

12) Berhenti Menghubunginya Lagi
JANGAN GATAI-GATAI NAK AMBIL BERAT TENTANG DIRI DIA, stop bertanyakan khabar dia walaupun melalui kawan-kawan ataupun facebook... 

13) Luahkan perasaan anda kepada teman karib anda
Ini sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan perasaan anda. Sebagai teman rapat, dia juga perlu memberikan anda sedikit pandangan menyokong anda dan memberikan anda sedikit semangat, RIGHT???
 
14) Sentiasa berdoa. 
Selepas sembahyang, berdoalah dan merayu kepada Allah...
Anda juga boleh juga amalkan doa berikut
 

Ya Allah…
Ya Tuhanku…
Seandainya telah kau tetapkan
Dia milikku dan tercipta buatku..
Dekatkanlah dia kepadaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahgiaan abadi
Seiring kami melayari hidup
Ke tepian sejahtera
Tetapi tuhanku,
Seandainya kau takdirkan Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dalam ingatanku
Ya Tuhanku Maha Pengerti
Berikan aku kekuatan agar ku bahagia
Walau tanpa dirinya
Jika benar cinta itu cinta sejati
Maka bebaskanlah ia
Jika benar cinta itu suci
Ia akan datang sendirinya
Jika ia benar dan tak kunjungi lagi
Maka anggaplah cinta itu memang tidak pernah
Wujud dari awal lagi....




Anda boleh meneruskan membaca entry berikut untuk meneruskan pencarian anda dalam mencari CALON JODOH YANG TERBAIK, 
baca link saya yang berikut >>> Cara Cari Jodoh

SAYA DOAKAN ANDA SEMUA AGAR ANDA BERTEMU DENGAN PASANGAN HIDUP YANG TERBAIK DAN PALING SESUAI DENGAN ANDA, SEMOGA CINTA ANDA SAMPAI KE SYURGA (^_^)  
[Jika dengan meluahkan perasaan anda itu di entry komen blog saya ni pun boleh melegakan anda & membantu anda, silakan walaupun pengirim bertitle "Anynomous"]




-----------------------------------------------------------------------------


update 13 Mac 2013:  
Hari ni semasa  blogwalking, ter"jumpa" entry yg menarik ini,   
>>>  akuislam.com>>>PUTUS CINTA atau CINTA DI TOLAK

>>> cara untuk melupakan kekasih lama

6 comments:

  1. kira bagus la tips-tips ni... drpd buat bnda yg bukan2.

    alhamdulillah aku takde bekas-bekas ni... jd xde la pengalaman, dn tak paham la cmana perasaannya. hehehe...

    stail kolot kn... jumpa kata nak, tnya mak bapak, terus ajak kawen. hahaha...

    cuma nak nk kawen tu tgu keje la. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi alhamdulillah akhirnya ko dijodohkan dgn jodoh yang terbaik, anak professor lagi, then bahagia sampai sekarang.hehehehe..

      kalau aku nak kawin dgn anak professor,mmg aku tak layak sebab dlu aku memain jer.hahahaha...

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt. Jk x kberatan Sy ingin mnta pndgn Tuan sikit. Dulu sy ada knl seorng gadis di ipt smasa 1st year. Dia ala2 ustazah. Sy pun seorang hafal quran. Sy yakin Allahlah yg mmpertemukan kami. Sejak mengenalinya smasa study slama 4 tahun sampai bertunang, sy x prnah mendengar suaranya apatah lg miscall & berhubung langsung cuma pernah msj janji ingin menyuntingnya. Bgtu skali kami menjaga hbngn. Memang hubungn trjalin krn Allah. Bila teringat dia sy berdoa pd Allah. Sy & dia sudah istikharah & yakin Allah tlh mengikat hati kami.Dia pun sudah gtau familinya. namun smasa tempoh brtunang sy sakit kulit (eczema) yg agk truk satu badan terutama di muka & badan. pd ms itu plbagai penawar dcari namun blm berkesan. Dia gtau sy dia x kisah walau sy sakit. Sy prnh minta tngguh 6 bulan utk berubat. Ayah dia bg namun msih blum sembuh. kini kami dah putus & dia sudah berkahwin dgn pilihan kluarga. Skrg sy sudah pulih bkn 100% & sgt sedih krn melepaskan dia. Kini hati sy sgt hancur & pedih teringat dia. Kini bila berdoa solat zikir pd Allah utk melupakan dia masih x berkesan krn bila teringat Allah teringat dia spt hubungan dulu. Tiada haram dlm hubungan kami dulu. Jadi sy x tau cmana nak lupakan dia. Beratnya ujian saya. Adakah Allah mempertemukan kami untk Berpisah?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      Saya cuba membantu saudara dengan memberikan beberapa tips yg mungkin membantu.
      Pertama saudara kena selalu ingat bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya dengan ujian yg tidak mampu mereka tanggung. Dan Allah juga akan mempertemukan hamba-Nya dengan jodoh yang paling sesuai (tidak bermakna apabila seseorang itu ELOK bagi kita adalah hakikatnya dia memang paling sesuai dengan kita).

      saudara boleh memberikan lebih masa kepada wanita tersebut untuk menerima saudara tetapi selepas pelbagai usaha tetapi masih tiada isyarat positif dan anda berdua sudah membuat keputusan nekad, saudara boleh berusaha untuk melupakan wanita tersebut dan berusaha mencari wanita lain yang lebih sesuai dengan anda dan menerima anda seadanya. InsyaAllah segala kekurangan saudara masih dapat di atasi serta ingatkan insyaAllah tiada masalah/penyakit yang tiada ubatnya.

      Kali pertama putus cinta adalah sesuatu yang amat perit kerana ia merupakan proses untuk anda menuju kematangan. Perkara yang biasa secara puratanya seseorang itu akan putus cinta hingga hampir 6 kali seumur hidup. Kadar kekecewaan selepas putus cinta beberapa kali akan berkurangan kerana anda sudah pernah mengalaminya...

      Antara kaedah yang boleh anda gunakan untuk cuba melupakan wanita tersebut ialah:-

      i) semakin rindu anda kepada si dia, cubalah lebih merapatkan diri anda kepada Yang Maha Esa dengan beribadat, solat hajat, baca Yassin & Al-Quran serta menangislah sepuas-puasnya merayu kepada Allah agar saudara dapat melenyapkan ingatan terhadap wanita tersebut. Seeloknya Kaedah ini anda SELALU amalkan pada satu per tiga malam atau selepas tengah malam kerana pada waktu tersebut Doa kita semua lebih senang dimakbulkan....
      Menangislah sepuas-puasnya kepada Allah agar Allah memakbulkan hajat anda. InsyaAllah lambat-laun perasaan rindu anda kepada si dia itu akan berkurangan & anda akan berasa lebih tenang/lega/puas hati (Ingatlah Bahawa Allah sentiasa bersama hamba-Nya & sentiasa bersedia mendengar doa hamba-Nya). Bole juga ...

      ii) selalu ke masjid dan surau dan beribadat mengabdikan diri kepada Allah. Ingatlah bahawa walaupun tiada sesiapa yg menyangi anda tetapi Allah sentiasa menyayangi anda dan sentiasa bersangka baik kepada Allah..

      iii) BUANG SEGALA yang boleh mengingatkan anda kepada wanita tersebut seperti apa sahaja barang seperti hadiah (jika tidak boleh buang, simpan barang tersebut di tempat yg sukar untuk saudara capainya/ambil). Buang/simpan jauh-jauh juga segala yg bole mngingatkan saudara kpd wanita tersebut seperti gambar-gambar yg ada wanita tersebut(hardcopy atau softcopy) supaya saudara dapat melupakn wajah serta kenangan bersama wanita tersebut). Lupakan segalanya tentang wanita tersebut, singkirkan jauh-jauh...

      iV) ingatlah bahawa memang pahit untuk saudara telan kerinduan/sayang kepada wanita tersebut tetapi ingatlah juga bahawa UBAT YANG PALING PAHIT merupakan UBAT YANG PALING MUJARAB (PERIT DIAWALNYA TETAPI BIARLAH JIKA IA DAPAT MENJADI UBAT YANG PALING BERKESAN UNTUK ANDA MELUPAKN SI DIA)..

      V) ELAKKAN BERKOMUNIKASI/BERHUBUNG ATAU BERTEMU DENGAN WANITA TERSEBUT... iNSYAALLAH ANDA DAPAT PERLAHAN-LAHAN MELUPAKAN WAJAH DI DIA SETERUSNYA MENGHILANGKAN KERINDUAN KEPADA SI DIA...

      VI) Berjumpalah kaunselor atau anda juga boleh meluahkan perasaan anda yang terpendam kepada rakan karib yg anda percaya boleh memberikan pandangan serta semangat kepada anda.

      vii) Bergaullah dengan lebih ramai kenalan yg berlainan jantina kerana insyaAllah anda akan menemui jodoh yg anda cari.

      viiii) Sibukkan diri dengan hobi dan urusan kerja sehingga saudara leka untuk memikirkan tentang si dia..

      ix) Ingatlah kenangan pahit yang telah dia lakukan kepada saudara seperti dia pernah melukakan/mempermainkan hati saudara serta terapkan dalam hati bahawa dia bukan pasangan yg terbaik untuk anda.

      Delete
    2. x) Sibukkan diri anda melengkapkan diri dengan segala ilmu agama, al-quran, hadis, fardhu ain serta ilmu rumahtangga supaya anda lebih bersedia apabila tiba masa anda mendirikan rumahtangga..

      xi) Kukuhkan sumber ekonomi dan simpanan wang untuk masa depan/untuk rumahtangga yg bakal anda dirikan nanti...


      semoga saudara diberikan semangat sehingga anda menemui jodoh yg paling sesuai dngan anda dan lebih menyayangi anda....

      Delete
    3. Saudara boleh baca entry saya berkenaan tajuk ini semoga saudara bertemu jodoh yg terbaik (^_^) >>>
      Link Cara Cari Jodoh

      Delete