MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, February 19, 2010

IT IS A GAME OF LIFE

Pagi jumaat ini tetiba tersedar awal pagi la plak selepas termimpi something pagi nie (menarik jugak mimpi tu, kalau la betul..huhuhu). Terdetik nak write something about my previous job & terlampau berbezanya kerja sekarang berbanding dulu. Untuk kerja sekarang, aku rasa beberapa kelebihan dan kekurangan pada diri aku berbanding dulu.



Antara kelebihan kerja sekarang, aku dapati kerja sebagai pensyarah ini mempunyai beberapa nikmat iaitu nikmat Masa (iaitu mempunyai masa untuk diri sendiri, masa untuk memajukan diri dan yang paling penting masa untuk kerja agama untuk mengabdikan diri kepada-Nya yang terbatas dalam kerja dulu). Jika dahulu, aku banyak terlibat dengan bahagian teknikal & perhubungan awam (Public Relationship) yang memberikan peluang untuk aku mengenali berbagai-bagai kerenah manusia. Life kerja pun bermula pada pukul 8 sehingga 3 pagi baru balik rumah (kekadang pkl 6 pagi aku dah ade kat site takpun pernah juga aku tido kat site untuk memastikan pekerja-pekerja projek bekerja 7 hari seminggu, pagi sehingga pagi esoknya non-stop demi mengejar schedule perlu disiapkan sebelum Krismas tersebut sebelum Orang Putih nie balik kampong beraya). Hidup kekadang mewah tapi jika projek lambat disiapkan, satu hari kos penalti yang perlu dibayar ialah rm25ribu untuk satu hari & aku adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan.

Life malam pula jauh berbeza. Jika di HQ Kuala Lumpur, paling awal pukul 10 mlm baru aku meninggalkan ofis, hanya ofis boy je yang balik pukul 5ptg. Bila malam menjelang, life bekerja turut berbeza kerana terpaksa melayan kerenah klient menghabiskan kehidupan malam di Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi sama ada makan, ke pusat hiburan& ke mana sahaja yang dikehendaki klien. Penat jugak badan tetapi keadaan memaksa walaupun aku tak suka dengan life begitu. Kekadang terasa ingin je aku off hs melarikan diri tapi sebagai engineer, perlu sentiasa ONN CALL eventhough masa tido. Bila malam, jika bukan klien-klien yang tak habis-habis aku call (kekdang dah bermacam alasan aku bg nak elakkankan diri), subcontractor pula yang call ajak keluar untuk membida/mendapatkan projek, bila keluar kita cakap je ape yang kita hendak smua akan dorang turuti (dalam erti kata lain rasuah la). Bagi aku, walaupun dorang keluarkan wang (maybe orang cakap sebagai umpan/modal), apa la sangat jika hendak dibandingkan dgn keuntungan yang mereka dapat sehingga beratus-ratus ribu @ billion RM. Dalam erti kata lain, bagi aku rasuah boleh dibahagikan kepada 3 iaitu rasuah wang ringgit (termasuklah diberikan kad kredit dorang dan kita bole membelanjakannya ikut suka), kedua material dan ketiga perempuan (rasuah seks takpun akan dihantar perempuan-perempuan cantik untuk menggoda serta sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan projek) tapi alhamdulillah aku belum terasa lagi untuk menerima rasuah yang ke-3 tu, terasa jijik sekali (walaupun ade sekali tu dorang hntar terus ke rumah, tp sorry beb coz aku ni bkn jenis murahan, bkn senang dibeli)….


Gambar di bawah nie merupakan Shahida, setiausaha merangkap PA aku suatu ketika dahulu... Orangnya cukup baik, rajin sehingga beberapa sekali pitam kat tempat kerja disebabkan kerja tengah banyak pada masa tu dengar sekarang dah makin relax & makin sihat)... Kekadang, dia la tempat aku meluahkan & bercerita..hahaha. Dah lama tak dengar khabar Syida nie, ntah dah kawin ke blum..huhuhu. Kekadang tu, bila kerja terlampau banyak, wlaupun bulan puasa, sanggup dia temankan aku siapkan kerja, documentation & siapkan preparation walaupun cuti Sabtu Ahad sebab hari Ahad tengah malam aku dah kena bertolak ke Camerons. Kekadang Syida nie rajin betul tolong mengingatkan ape-ape appointment aku..huhuhu. Kekadang rase seronok juga bila ade PA nie. Commitment keja dia cukup tinggi, kalau dia tak tolong aku dulu tak tau ape jadi ye...

Kekurangan kerja sekarang ialah, terdapat banyak keistimewaan dulu yang telah ditarik balik & aku betul-betul bermula daripada bawah kembali untuk cuba berada di atas. Tiada lagi nikmat duniawi seperti dahulu, tiada nama, pangkat, kemewahan, pekerja bawahan yang beratus-ratus orang (engineer-engineer,sub-subcontractor & mcm2 position lg), tiada lagi peluang bergaul dengan golongan berpengaruh & macam-macam lagi (bukan ape, kita bole mencungkil rahsia kejayaan dorang, cara pemikiran, gaya hidup & asam garam hidup dorang, bukan senang nak jadi senang. Terima kasih Kak Lina & Encik Zack yang memberikan sedikit kepercayaan mengambil aku bekerja dulu dengan aku meletakkan syarat jika aku tidak dapat perform dalam tempoh 6 bulan, aku bersedia untuk meletakkan jawatan bila-bila masa sahaja. Alhamdulillah, dengan segala keperitan cecah juga 1 setengah tahun aku bekerja dengan memerah keringat berjaya menyiapkkan 7 projek mega serta dinaikkan pangkat daripada jawatan ke-5 dalam syarikat kepada jawatan ke-3 tertinggi sebelum turun kembali kepada jawatan ke-5 tertinggi (kerana bos mengambil beberapa orang 2 orang bos yang baru yang aku cukup hormati) daripada beratus-ratus orang pekerja semasa bekerja dalam sektor swasta di Kuala Lumpur dahulu). Tanpa komitmen & tunjuk ajar setiap individu peringkat, aku takkan berjaya. Antara sebahagian cabaran sebagai ketua ialah untuk mendapatkan kepercayaan serta peringkat pekerja (client, local autority, consortium company, consultant, suncontractor, sampai la kepada peringkat buruh) serta bagaimana untuk menjadi ketua yang dihormati/disegani. Ianya umpama sebuah permainan & we must know how to play the game kerana smua orang mahu menang, yang kalah akan disingkirkan. Aku dapati, untuk sentiasa dihormati client orang putih ni yang memang terkenal dengan sifat cerewet & keras kepala, kita perlu menjadikan kita a part of their team & kita perlu lebih hebat daripada mereka daripada teori, teknikal & experience. Sampai bila kita hendak bergantung kepada orang putih smua nie sebab orang Melayu/Malaysia pun mampu buat, geram ni sebab orang kite ni suke sangat bergantung kpd dorang. Apa yang aku belajar daripada dorang (terutamanya daripada Mr. Mark & Paul Jackson yg aku cukup respect),faktor yang menjadikan dorang hebat kerana mereka mempunyai displin yg cukup tinggi . Dengan tunjuk ajar Encik Zack, Encik Burn, Keong, Maniam, Ah Kok & beberapa engineer lain, akhirnya aku dapat berdiri sendiri.

Terlampau jauh berbeza kehidupan dulu & sekarang.


Gambar di atas merupakan kabel lebihan projek aku

Sekarang, aku bermula betul-betul daripada zero (di syarikat dulu aku diberikan bilik khas untuk aku je, sekarang meja pun takde, meja yang dok sekrang pun just tumpang duduk kejap je sebelum meja ini dijadikan kaunter bilik staf tak lame lagi.huhuhu..sedihnyer…). Tapi, bagi aku, jika itu harga yang perlu dibayar untuk mendapat Nikmat Ketenangan & Nikmat Masa yang aku tidak dapat ku rasai ketika dulu, aku rasa berbaloi cuma rase sedikit kecewa apabila ade beberapa orang yang cuba menabur pasir dalam periuk nasi kitorang dengan menafikan hak yang sepatutnya kitorang dapat (kekadang aku rase pelik, kenapa adenyer manusia yang perlu iri hati dengan sedikit nikmat yang diperolehi orang lain sedangkan untuk mendapat nikmat tersebut terlampau banyak pengorbanan yang terpaksa dikorbankan untuk mencapai tahap sekarang ini, kalaulah mereka dapat merasai keperitan tersebut…).

Tiada apa yang mampu dilakukan pada masa kini, melainkan banyakkan berusaha, berdoa & bertawakkal, insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita. Sabar-sabar pun, aku ni bukannya tergolong dalam golongan yang penyabar pun, maybe LIFE IS A GAME, so aku takkan mengaku kalah & sedang memikirkan strategi untuk bermain GAME tersebut demi untuk mendapatkan hak kitorang sepatutnya. Jika semasa dalam bidang swasta dulu, adakalanya untuk menang banyak stategi kotor & kasar kekadang perlu dilakukan, hanya yang betul-betul kuat serta dapat bertahan sahaja yang akan menang. Cuma keadaan sekarang berbeza yang memerlukan strategi yang juga jauh berbeza…. Pendendam ke aku nie?!!..erm…ntah la…

No comments:

Post a Comment