HARDY BOY - 28 April 2012 (Sabtu) yang lepas, aku berkursus di Negeri Sembilan, pada hari yang sama BERSIH 3.0 sedang diadakan di Kuala Lumpur. Kursus pula habis lewat, jadi aku sampai di KL SENTRAL pada pukul 7.30 petang. Sampai jer sana, terkejut aku, memang penuh KL SENTRAL dengan orang-orang yang pakai BAJU KUNING sana sini. Tapi keadaan biasa jer, takde la huru-hara macam dalam TV tu, cuma SI BAJU KUNING ni tak kira lelaki atau perempuan baru je balik daripada DATARAN MERDEKA lepas PERHIMPUNAN tu... Aku biasela, buat-buat busy body pasang telinga dengar ape yang dorang sembangkan/discuss hasil post-mortem hari tu.
Masuk je KOMUTER on the way aku ke KLANG, dalam KOMUTER penuh lagi dengan SI BAJU-BAJU KUNING, so sejam perjalanan aku ke sana, sejam juga la aku pasang telinga dorang berceritakan pengalaman dorang dalam PERHIMPUNAN tersebut walaupun ade juga 1-2 orang yang pandang dorang dengan sinis (maybe takut kot mcm tengok TALIBAN.hahahaha)... Antara yang aku pelik, ada kalangan dorang yang bace newpaper CINA, dalam paper tu dah siap dimasukkan gambar-gambar BERSIH 3.0 dalam beberapa page terutamanya cover depan (TERKEJUT , cepat betul kerja ORANG SURAT KHABAR CINA NIE sambil aku terdengar komen sinis si BAJU KUNING "KALAU PAPER MELAYU DORANG KENA BALIK DULU UNTUK GORENG & PUTAR BELIT SUPAYA MAKIN TAMBAH UMPPPHH BARU ORANG SUKA BACA". Aku masa tu cuma mampu tersenyum jer sbb badan dah penat berkursus).APA PUN, KOMEN AKU PASAL ISU PANAS & KONTROVERSI BERSIH 3.0 NIE, senang jer, SESUATU YANG NEGATIF JANGAN LA IKUT, IKUT APA YANG POSITIF SAHAJA, DAH BESAR SO MASING-MASING DAH BOLE FIKIR SENDIRI...
DALAM facebook mahupun kedai kopi, mcm-mcm pendapat rakyat Malaysia luahkan sama ada menyokong atau membantah... Jadi, sementara isu ni masih panas aku attach la kat entry ni FOTO-FOTO SEMASA PERHIMPUNAN TERSEBUT untuk sama-sama kita fikirkan negatif atau positifnya....
Video mengenai Perhimpunan BERSIH, polis bermain siram-siram air & main baling-baling bom asap pemedih mata dengan para DEMONSTRAN BERSIH_3.0 kemudian sambung main pukul-pukul manja para DEMONSTRAN yang rata-ratanya tidak bersenjata (Ade orang cakap memang patut dorang di"BELAI" manja sedemikian, tapi bagi aku, aku nak tengok pun tak sanggup & tak sampai hati walaupun jika benar mereka bersalah kerana meraka tidak layak diperlakukan sedemikian, biar undang-undang sahaja yang tentukan hukuman mereka, dah la demonstran tu dah ditangkap & DAH TERKULAI TAK BERDAYA MELAWAN, yang pergi sambung belasah ramai-ramai BERTUBI-TUBI sampai LUNYAI tu APASAL??? Cuba DORANG face to face one by one dengan DORANG kalau nak tunjuk hebat sangat)...
"Mereka" ini maybe sedang bermain-main POLIS SENTRY dan membelai manja para demonstan yg tidak bersenjata dengan menggunakan gas pemedih mata, pancutan air kimia, disepak teranjang & dipukul cota".
Video - Polis pukul-pukul manja DEMONSTRAN BERSIH 3.0
Lagi Video - Polis pukul-pukul manja DEMONSTRAN BERSIH 3.0
SO, WAJARKAH DEMONSTRAN INI DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN OLEH POLIS ANTI-BERSIH INI???
(AKU tak kata semua polis kejam sebab aku sekeluarga pernah dilayan polis PARIT RAJA dengan begitu hormat sekali >>>Peristiwa Kecurian Pencuri Profesional Di Masjid UTHM)
Aku pun mempunyai ramai rakan di kalangan POLIS & keluarga aku pun ramai yang merupakan anggota POLIS dan bekerja dengan PDRM)
SO, WAJARKAH DEMONSTRAN INI DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN OLEH POLIS ANTI-BERSIH INI???
(AKU tak kata semua polis kejam sebab aku sekeluarga pernah dilayan polis PARIT RAJA dengan begitu hormat sekali >>>Peristiwa Kecurian Pencuri Profesional Di Masjid UTHM)
Aku pun mempunyai ramai rakan di kalangan POLIS & keluarga aku pun ramai yang merupakan anggota POLIS dan bekerja dengan PDRM)
No comments:
Post a Comment