...................................................................................
Baru-baru ni, ketika balik ke kampung datuk di Kelantan, aku suka "lepak" di tepi sawah padi yang sememangnya terletak di depan rumah datuk aku. Teringat zaman kanak-kanak dulu dgn pelbagai kenangan sebab aku dulu memang sorang yg nakal.hahaha. So, entry ni aku sharekan bersama gambar-gambar yang sempat aku ambil....
Mungkin orang rase pelik, tapi sebenarnya aku ni memang rindu sangat & suka lihat FAJAR MENYINSING atau SENJA menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi & ditambah pula dengan suasana yang tenang (semasa balik Kelantan) PADA WAKTU PAGI atau sebelah ptg antara pukul 6 hingga 7.30 ptg (sebelum mak aku panggil suruh balik sembahyang Maghrib, klu tak memang kena tarik telinga nanti.hahahaha)...
Pada waktu tersebut, terasa betapa agungnya kekuasaan Ilahi dengan permandangan yang saujana mata memandang, semoga aku terus mendekatkan diri kepada-Nya, sentiasa memuhasabah diri dan mengadu kpd Yang Maha Esa....
Kalau di Kuala Lumpur, dengan suasana yang sibuk, memang sukar nak feeling sangat suasana di sana....
No comments:
Post a Comment