MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, June 08, 2011

TERINGIN NAK ANJUR SEMINAR RAWATAN PERUBATAN ISLAM

Sambungan entry terdahulu 

Sekadar Gambar Hiasan

  Selepas beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini, saya teringin untuk anjurkan SEMINAR PERUBATAN ISLAM. SURPRISE bila salah seorang ustaz yang saya pernah ikuti seminar perubatan 2 tahun lepas, Ustaz Hussein keluar TV dalam Program MASTIKA astro. Sebelum ini, saya pernah ikuti seminar daripada Ustaz Majid, blognya ialah : http://akrine.blogspot.com.

Selepas berbincang dengan ustaz, katanya seminar seperti ini perlu kerana kes-kes seperti ini amat berleluasa tanpa kita sedari. Kebanyakan perawat tidak menetapkan harga kerana rawatan yang diberikan tersebut perlu ikhlas kerana Allah.
Ustaz Hussein
Jika ada perawat yang tetapkan harga yang tidak munasabah, maka perawat tersebut mungkin seorang perawat palsu.  Apabila menghadiri seminar ini, saya rasa kagum betapa hebatnya Al-Quran dan ajaran dalam Islam.


Saya pernah bertanya, APAKAH KESANNYA JIKA JIN YANG TINGGAL DI DALAM BADAN KITA TIDAK DIBUANG?
Tak sanagka ramai yang datang sehingga tidak cukup ruang...
Ustaz : Jin tersebut akan mengganggu kita semasa kita menghadapi sakaratul maut, seperti berupa ibu bapa kita mengajak keluar daripada Islam, dan roh kita sukar untuk dilepaskan daripada jasad kita. Nauzubillah....


Ustaz : Sebenarnya, tanpa kita sedari, ramai daripada kita yang mempunyai jin-jin di dalam badan mereka tanpa kita sedari. Jin-jin tersebut mungkin datangnya daripada saka nenek moyang kita yang jin tersebut boleh hidup hingga lebih 7 keturunan manusia jika ia tidak dibuang semasa mereka hidup. Ada sesetengah jin datang berdamping dengan kita kerana kita mempelajari amalan tertentu dalam silat yang berunsurkan pemujaan. Ada juga jin-jin yang dihantar/disihir kepada kita dan ada juga jin(seperti jin asyik) yang suka berdamping dengan manusia (terutamanya dengan manusia yang suka menyendiri).



BERIKUT MERUPAKAN SALAH SEBUAH SEMINAR RAWATAN PERUBATAN ISLAM YANG SAYA PERNAH ANJURKAN SEBAGAI PENGARAH PROGRAM SUATU KETIKA DAHULU BERSAMA USTAZ HUSSEIN, PENSYARAH UTHM. 

Seminar ini merangkumi sesi teori dan amali.
 




 
 






Ustaz Hussein











No comments:

Post a Comment